Koleksi Hadith

H
Daripada Ali bin Abi Talib k.w.j. berkata, 
"Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang sendinya besar. Terdapat bulu yang jelas dari dada sehingga pusatnya. Apabila berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun dari tempat yang tinggi.Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan Baginda, sama ada sebelum (baginda lahir) mahupun selepas (baginda meniggal dunia)"
(Riwayat at-Tirmizi)

Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah nasihat. ' 
Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? '
 Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya.









Ada baik dibaca juga.....