28 July 2011

Ahlan wa sahlan Ya Ramadan....



Sesungguhnya sinar ramadan itu kembali lagi
Datangnya dengan membawa sinar bagi yang mencari
Datangnya membawa seribu erti bagi yang mengerti
Datangnya membuka pintu-pintu kebahagiaan
Datangnya menutup pintu-pintu keresahan.


Ya Ramadan pintu taubat terbuka bagi yang mencari.
Terbentang kebajikan dari setiap arahmu
Tanpa sebarang prejudis
Tanpa sebarang yang menghalang
Hatta sekecil zarah
Dapat memberi segala kebaikan






22 July 2011

Buat suami penyabar.......

“Sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan ditanggung kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman.” (Surah at-Taubah, ayat 128)

Kasih sayang sesama insan akan membuahkan sikap bertolak ansur, hormat menghormati serta sedia berkorban demi kebahagiaan insan tersayang. Dalam hubungan suami isteri, kedamaian dan kasih sayang adalah teras utama.

Allah menjadikan perasaan kasih mesra antara suami isteri sebagai sunnah yang ada padanya tanda kekuasaan dan keagungan-Nya. Firman Allah bermaksud, 

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri daripada diri kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” 
(Surah ar-Rum ayat 21)

Selaras dengan ayat itu, Rasulullah SAW sering menasihati suami sebagai ketua keluarga supaya melayani isteri dengan sebaiknya. Baginda menegaskan, suami yang terbaik itu ialah yang berlaku baik terhadap isterinya. Baginda SAW juga berpesan kepada suami dengan sabdanya bermaksud: 

“Hendaklah kamu ingat memperingati supaya berbuat baik kepada wanita (isteri). Sesungguhnya mereka adalah seperti tawanan di sisi kamu. Kamu tidak memiliki apa-apapun daripada mereka kecuali hak menikmati hubungan kelamin antara kamu berdua. Tetapi, apabila isteri kamu melakukan kejahatan yang nyata, maka tinggalkan tempat tidur mereka, dan pukullah dengan cara yang tidak terlalu menyakitkan. Jika mereka kembali mentaatimu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyakitkan mereka. Ingatlah bahawa kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan isteri kamu juga ada hak ke atas kamu. Hak kamu ialah tidak membenarkan mana-mana lelaki tidur di atas tilam kamu dan tidak mengizinkan sesiapa yang kamu tidak suka memasuki rumah kamu. Adapun hak isteri ke atas kamu ialah kamu memberi yang terbaik kepada mereka pakaian dan makanan mereka.” 
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Walaupun kehidupan isteri terikat dengan suami laksana seorang tawanan, mereka tidak boleh dianggap sebagai hamba yang boleh diperlakukan sesuka hati. Isteri mempunyai hak mendapat layanan sebaiknya.

Baca selanjutnya di Blog: nikmat amal

20 July 2011

NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Alhamdulillah,akhirnya selesailah saya membaca dan menghayati mutiara kata dan nasihat-nasihat daripada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ini. Buku ini saya dapatkannya dari Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM. Pada mulanya, perancangan ialah ingin mencari buku berkaitan aliran Tariqat, tetapi apabila terjumpa buku ini, hati ini tertarik rasanya ingin membacanya kerana Syeikh Abdul Qadir adalah ahli sufi yang amat terkenal didunia islam.
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani atau nama sebenar beliau ialah Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qadir. Beliau adalah keturunan Rasulullah SAW melalui puteri Baginda Siti Fatimah Al-Zahra. Beliau adalah seorang ahli sufi yang tidak asing lagi di dunia islam, sehinggakan terdapat satu aliran Tariqat yang diasaskannya iaitu Tarikat Qadariah. Tulisan, nasihat dan buah fikiran beliau berkenaan dengan ketuhanan dan tasawuf sentiasa mendapat perhatian dan menjadi rujukan walaupun ianya telah berlalu lebih kurang 900 tahun yang lampau. Sama-samalah kita hayatinya dan semoga kita semua dapat mengambil sedikit pengajaran daripada tulisan ini.

Perindu Ilahi: Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Tolong sampaikan kepada bakal imamku

Tolong sampaikan kepada bakal imamku
Tolong beritahu si dia, 
cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia,
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, 
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia.
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia.
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, 
bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia.
Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia.
Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, 
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, 
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya. 
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. 
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. 
Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia.
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, 
jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia.
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, 
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


Petikan dari blog Kasturi
http://musafir-ghuraba.blogspot.com/2011/02/tolong-sampaikan-kepada-bakal-imamku.html


-P.S-kepada bakal-bakal imam dan yang menjadi imam perhatikan bait-bait puisi ini. :)

33 ciri-ciri gadis muslimah

33 ciri-ciri gadis muslimah sopan dan berakhlak yang sempurna.... istiqamah.....

1.Solat tepat waktu
2.Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
3.Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, 4.alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
5.Tidak mengeluh dengan masalah remeh dalam kehidupan hariannya.
6.Bercakap dengan  suara yang rendah.
7.Lembut dan halus tingkahlakunya.
8.Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
9.Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
10.Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
11.Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
12.Pandai mengambil hati orang tua.
13.Menghormati dan taat ibubapa.
14.Kesayangan keluarga dan tetangga.
15.Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
16.Berkuku pendek sentiasa, bagi menyempurnakan wudhu.
17.Rambut tak diwarnakan.
18.Banyak dan murah dengan senyuman.
19.Banyak mendengar dari bercakap.
20.Senyuman adalah ketawanya.
21.Tidak ketawa terbahak-bahak.
22.Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
23.Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
24.Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
25.Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
26.Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
27.Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
28.Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
29.Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
30.Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
31.Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
32.Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
33.Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.

Di ambil dari blog Kasturi
http://musafir-ghuraba.blogspot.com

15 July 2011

DOA RABIUL AL ADAWIYAH:

"Tuhanku, apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku, berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu."

bacalah kisahnya disini.....
http://kisahteladan.info/wali/rabiah-al-adawiyah.html

13 July 2011

Maha Suci Engkau Ya Rabb.....

Ya Rabb sesungguhnya daku malu terhadap diriku ini. Daku malu terhadap apa yang Engkau berikan kepada penduduk SyurgaMu.....Ya Rabb ampunilah diri ini jika tersalah dan tersilap......hanya Engkau yang dapat memberi pengampunan kerana Engkaulah Yang Maha Pengampun.....Amin......ya rabbal alamin....

Baca link sini.....
http://syahirul.com/bidadari-syurga-menurut-al-quran-dan-hadith/

07 July 2011

Sya'aban

Ibadah Bulan Sya'aban

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Aishah r.a katanya: 
"Rasulullah s.a.w tidak berpuasa lebih banyak daripada puasa bulan Sya'aban, sesungguhnya baginda berpuasa seluruhnya dan terkadang-kadang berpuasa sebahagian kecil".

Dalam satu lafaz yang lain beliau berkata: 
"Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sebulan penuh selain Ramadan, dan saya tidak pernah melihat akan dia banyak berpuasa selain Sya'aban".

Hadis pertama menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w kadang-kadang berpuasa penuh pada bulan Sya'aban dan adakalanya ia hanya berpuasa sebahagian daripadanya sahaja.

Hadis kedua menjelaskan bahawa baginda banyak berpuasa dalam bulan Sya'aban tetapi tidak pernah penuh berpuasa sebulan. Berdasarkan keterangan diatas sebahagian ulamak mengatakan bahawa kedua-dua bentuk atau cara puasa tersebut pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sebahagian ulama pula menyatakan bahawa hadis kedua menafsirkan hadis pertama. Lafaz "Nabi berpuasa seluruhnya" bermaksud bahawa baginda berpuasa sebahgian besar daripada hari-hari bulan berkenaan.

Rasulullah s.a.w melarang seseorang mendahului puasa Ramadan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya. Bagi orang yang biasa berpuasa sebelumnya seperti puasa Isnin dan Khamis dan secara kebetulan hari tersebut jatuh bertepatan dengan awal Ramadan, maka hal tersebut tidak menjadi satu kesalahan.

Larangan tersebut berdasrkan hadis.
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w beliau bersabda yang bermaksud:
"Janganlah seorang  di antara kamu mendahului Ramadan dengan puasa sehari atau dua hari, kecuali kalau seseorang itu kebiasaannya berpuasa dan tepat hari puasanya, maka ia boleh berpuasa pada hari berkenaan".


Di antara kelebihan bulan Syaaban ialah:
  1. Syaaban mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti yang dijelaskan oleh hadis berikut yang bermaksud: "Kelebihan bulan Syaaban terhadap semua bulan seperti kelebihanku terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan itu terhadap semua bulan seperti keutamaan Allah Ta'ala kepada hambanNya".
  2. Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadah. Dalam bulan ini Allah S.W.T banyak memberi rahmat dan kurnia kepada hambaNya. Tentang rahmat Allah S.W.T ini Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud:"Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.Rasulullah s.a.w juga pernah memberitahu para sahabat tentang bulan Syaaban. Bulan tersebut dinamakan demikian kerana bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hambaNya; Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Adakah kamu semua tahu kenapa dinamakan "Syaaban"? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda berkata: Kerana dalam bulan itu kebaikan berkembang dengan banyak sekali.
Dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud:
"Jibril telah datang padaku pada malam Nisfu Syaaban dan berkata: Wahai Muhammad pada malam ini pintu-pintu langit, juga pintu-pintu rahmat dibuka, maka bangunlah dan sembahyang, angkat kepala dan kedua belah tanganmu ke langit. Aku bertanya: Wahai Jibril, apakah erti malam ini? Ia menjawab: Pada malam tersebut tiga ratus pintu rahmat dibuka. Allah Ta'ala mengampuni orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, melainkan mereka yang terdiri daripada ahli sihir, tukang tilik, orang yang suka bermusuh-musuhan, peminum arak, juga orang yang terus-menerus melakukan zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua ibubapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan silatulrahim. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulanginya. Maka pergilah Nabi 'alahi 's-salam lalu bersembahyang dan menangis dalam sujudnya sambil berkata: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada siksaanMu dan kemurkaanMu dan aku tidak menghitung pujian-pujian keatasMu seperti Engkau puji diriMu sendiri, maka segala puji adalah bagiMu sehingga Engkau rela".


Orang yang berpuasa pada bulan ini amat besar pahalanya. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Barangsipa berpuasa tiga hari daripada permulaan Syaaban, pada tiga hari pada pertengahannya dan tiga hari pada pertengahannya dan tiga hari akhirnya maka Allah S.W.T akan mencatat baginya pahala 70 orang nabi, dan ia adalah seperti orang yang beribadat kepada Allah Ta'ala selama 70 tahun. Andainya ia mati ditahun itu ia adalah seperti orang mati syahid".

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadah akan terpelihara daripada maksiat, taubatnya diterima juga terselamat daripada bencana pada tahun berkenaan. Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan Syaaban dan bertaqwa kepada Allah S.W.T serta taat juga menahan diri daripada maksiat, Allah Ta'ala akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkan dia daripada segala bencana yang berlaku pada tahun tersebut juga daripada sakit-sakit".

Kasih dan ketaantan orang yang beribadat pada tahun tersebut terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban maka hatinya tidak akan mati biarpun semua hati mati ketika itu".


Petikan dari buku TAQARRUB
Amalan Menghampirkan Diri Pada Illahi
Dr.Amran Kasimin(1991)

06 July 2011

Taqwa

Kalau kita ertikan menurut ajaran  atau syara' maka taqwa bermakna menjauhkan dan memelihara serta mengadakan penjagaan diri atas laknat Allah iaitu dengan menjalankan apa yang menjadi kehendak Illahi dan patuh kepadaNya serta menjauhi larangan-larangan.


Pendapat Para Ulama
  • Taqwa ialah: Mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya agar terhindar dari hukum Allah.
  • Taqwa ialah: Menjaga diri dari segala sesuatu yang berakibatkan negetif sehingga tidak terjerumus kepada perkara dosa.
Demikianlah antara lain makna dari taqwa sehingga inilah yang harus mendasari segala amal yang dilakukan oleh sekelian manusia. Dengan taqwa ini pula Allah melihat sehingga nilai dari amal perbuatan ditentukan dengan ketaqwaan dalam hati.

  • Taqwa adalah : bersedia membersihkan diri dari berbagai tindakan kerana takut hal-hal yang haram
  • Taqwa yakni : Jika hati dapat merasakan takut kepada Allah sehingga mahu beramal untuk mendapatkan pahala dari Allah dan siap meniggalkan sesuatu yang dimurkai Allah.

Janji Rasulullah.....

Ada baik dibaca juga.....