31 March 2012

Membantah kerana nafsu-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani :
"Janganlah kamu semua membantah orang lain kerana hawa nafsu, tetapi bantahlah kerana iman. Jadikanlah iman sebagai bantahan. Jika kamu semua membantah orang ingkar kerana Allah, Dia akan melindungi kamu semua dalam menyelamatkannya. Tetapi, jika kamu semua membantahnya kerana hawa nafsu, hasutan syaitan dan hasrat kamu, Allah akan membiarkan kamu semua. Kamu semua tidak akan mampu menyelamatkan orang ingkar itu dan tidak akan mampu memusnahkan kemungkarannya. Imanlah yang sepatutnya menjadi bantahannya. Sesiapa membantah orang yang ingkar bukan kerana iman, dia sebenarnya bukanlah membantah kemungkaran orang itu. Bantahan itu perlulah kamu lakukan tanpa "dirimu", kerana Allah semata-mata, bukan kerana makhluk, demi membela agama Allah, bukan demi membela nafsumu, untukNya bukan untukmu."




Petikkan dari buku 
Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani 
Terbitan Al-Hidayah (2011)
http://www.hidayah.com.my/site/

28 March 2012

Pergi dan cucilah tanganmu-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Salah seorang Syeikh yang sezaman dengannya, iaitu Syeikh Muzaffar Mansur ibn al-Mubarak al-Wasiti meriwayatkan: 
"Aku mengunjungi Syeikh Abdul Qadir bersama beberapa orang muridku. Aku membawa sebuah buku falsafah. Dia menyelami dan memandang kami lalu berkata kepadaku, "Bertapa kotor dan buruknya sahabat yang kamu genggam itu! Pergi dan cucilah tanganmu!" Aku terkejut mendengar ucapan marah Syeikh. Tidak mungkin dia mengetahui isi buku yang memang ku sukai dan hampir ku hafal itu.
Terlintas dalam fikiran untuk bediri dan menyembunyikan buku itu di suatu tempat untuk diambil kembali semasa pulang. Baru sahaja aku hendak bangkit, Syeikh menatapku tajam dan aku tidak dapat berdiri. Dia memintaku agar menyerahkan buku itu. Sebelum ku berikan, aku membukanya buat terakhir kali. Namun, tidak ada satu pun huruf yang kulihat. Semuanya kosong. Putih. Semua yang ku tulis di sana telah hilang.
Setelah menerima buku itu, dia amati apa yang ada didalamnya lalu menyerahkannya kembali kepadaku sambil berkata, "Inilah 'Keutamaan Al-Quran' yang ditulis oleh Daris". Ku terima dan ku buka buku itu. Ternyata buku falsafah itu telah diubah menjadi Fadhd'il al-Quran karya Ibn Daris, dengan tulisan yang amat indah. Kemudia dia berkata, "Mahukah kamu bertaubat dengan lisan dan hatimu?"
"Ya,"jawabku
"Berdirilah." Ketika aku bangkit, ku rasakan semua ilmu falsafahku luruh dari fikiranku dan jatuh ke tanah. Tidak ada satu pun perkataan mengenainya yang tinggal dalam fikiranku." 



Petikkan dari buku 
Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani 
Terbitan Al-Hidayah (2011)
http://www.hidayah.com.my/site/

27 March 2012

Apakah hukum nikah?-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Ketika Syeikh sedang asik dalam aktiviti sama' dan wajd' di hadapannya muncul secebis kertas di dalamnya tertulis satu pertanyaan mengenai fiqh: "Saya minta izin bercakap dan bertanya, adakah nikah itu hukumnya wajib atau tidak?" 


Syeikh menjawab, "Dalam persoalan ini terdapat perbezaan pendapat. Satu mazhab mengatakan bahawa nikah itu sunnah. Mazhab lain mengatakan bahawa sibuk beribadah (sehingga tidak berkahwin), apabila tidak ada kebimbangan berkenaan dengan hasrat biologinya, adalah lebih utama. Ini pendapat Syafi'e dan Ahmad. Menurut Abu Hanifah, berkahwin lebih utama.


Bila kamu murid, sibuk dengan ibadahmu itu lebih utama. Bila kamu murad, kamu tidak berhak merancang apa pun untuk dirimu. Bila Allah mahu, Allah akan mengahwinkanmu. Bila Allah mahu, Allah akan menjadikanmu sibuk dengan aktiviti selain perkahwinan(ibadah). Bila ada bahagianmu yang dapat kamu ambil, bahagian itu akan mengambilmu dan berkata kepada Allah Yan Maha Benar. Aku tidak berbuat apa pun, tetapi dia menjauhi dariku, dia menjadikanMu memerhatikannya."


Adapun untuk murid, disisi batin, berkahwin haram baginya, atau dia menambah bilangan bajunya(maksud mengurangkan kualiti zuhudnya), atau ia memiliki empat jari di bumi (maksudnya rugi). Murid itu pelancong, dia tidak dapat menetap, tidak mempunyai baju dan tidak memiliki perabot. Bahkan dia telanjang tidak mengenakan seluruh bajunya (maksudnya tidak berhasrat atau kilauan dunia). Bila dia telah sampai kepada tujuannya dan perjalanannya berakhir di sana, jika Allah Yang Maha Menguasai mahu mengahwinkannya, Allah akan melaksanakannya dengan wajd'-Nya



Petikkan dari buku 
Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani 
Terbitan Al-Hidayah (2011)
http://www.hidayah.com.my/site/

Apa kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Seorang murid bertanya kepada Syeikh Abdul Qadir, 
"Bagaimana mengawal gejolak dan hasrat nafsu dalam jiwa?"

Syeikh Abdul Qadir menjawab,"Berjuanglah melawan hawa nafsu dalam jiwa sehingga gejolak nafsu itu tidak berkurik menggodamu. Dengan cara itu kamu dapat mengangkat darjat jiwa (nafs)mu menjadi jiwa yang faham (faqihah) dan tenang (muthmainnah). Tutup rapat-rapat hasrat dan dorongan nafsu agar tidak mempengaruhi jiwamu; penjarakan nafsu jangan sampai dengan bebas ia memuaskan hasrat jahatnya sehingga merosakkan jiwamu. Sehingga apabila dorongan buruk nafsu telah layu atau tidak berkurik, maka sirr dalam jiwa akan bening kembali. Dengan tekad dan kerja keras (mujahadah), jiwamu akan berubah (dari nafsu lawwamah yang rendah menjadi nafsu muthmainnah)".

Dalam soalan yang lain,

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ditanya tentang makna hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud;"Allah tidak akan menerima/mengabulkan doa yang salah"

Syeikh menjawab, "Makna hadis itu adalah bahawa Allah S.W.T tidak akan menerima atau mengabulkan doa yang dibuat-buat, bersajak dan penuh kepura-puraan. Nabi s.a.w pernah menegaskan ,"Aku dan orang yang bertaqwa dari umatku jauh dari kepura-puraan."


Petikkan dari buku 
Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani 
Terbitan Al-Hidayah (2011)
http://www.hidayah.com.my/site/

25 March 2012

Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Keberanian musuh (orang-orang kafir) dinilai dari ketabahannya di saat berhadapan dengan mereka. Tetapi, keberanian orang-orang soleh dinilai dari segi ketabahannya di waktu bertemu dengan hawa nafsu, kesenangan, perwatakan syaitan-syaitan dan teman-teman mereka yang sentiasa mengajak berbuat kejahatan. Sedangkan keberanian orang-orang khas (Khawwash) dinilai dari segi “zuhud”nya dalam urusan dunia dan akhirat dan kebergantungannya kepada Allah Azza Wajalla.

17 March 2012

Adakah Beruntung Menjadi Golongan Sedikit?






Umar al-Khattab r.a pernah mendengar seorang lelaki berdoa 
"Ya Allah, jadikanlah aku daripada golongan yang sedikit". 
Lantas beliau bertanya, "Apakah maksud doamu itu wahai si fulan?"
Lelaki itu berkata, "Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah S.W.T berfirman,
"Dan tidak ada orang yang beriman yang turut bersama-samanya melainkan sedikit sahaja".
(HUD 11:40).
Allah Ta'ala juga berfirman:
"Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur". (Saba' 34:13).
Lantas Umar pun berkata "Benarlah engkau".


Petikan dari:
Hidup Ini Perlu Bersyukur
Majalah Q&A

15 March 2012

Awas!!

Adakah ini terjadi dalam diri kita....perhatikanlah....andai ada maka lakukanlah apa yang sepatutnya agar tidak terjerumus didalam tempat yang disediakan untuk mereka yang ingkar!!

Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku melalui pada malam aku diisra’kan dengan kaum yang dipotong lidah mereka dengan gunting daripada api, maka aku bertanya, “Siapakah kamu ini? Maka mereka menjawab, kami adalah orang yang suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi kami tidak melakukannya dan kami suka melarang orang lain meninggalkan kejahatan tetapi kami mengerjakannya”.
(HR Ibnu Hibban)

Memburu Syahid Cita-citamu

Namamu terkenal serata dunia
Sebut sahaja gentarlah semua.
Dimana sahaja dirimu berada 
Pasti kemenangan datang menjelma

12 March 2012

Adakah kita bersyukur??

Daripada al-Nu'man bin Basyir r.a, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bercakap ,mengenai nikmat Allah bererti syukur, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti kufur,dan sesiapa yang tidak bersyukur sedikit nescaya dia tidak bersyukur yang banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak bersyukur kepada Allah."

(Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad 4/278 dan al-Baihaqi pada Syu'ab al-Iman 4/102. Hadis ini adalah hadis hasan.)

Bersyukur adalah suatu tindak balas yang baik, sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap  kebaikan yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh penghargaan dan terima kasih. Biasanya kata-kata pujian dan sanjungan diluahkan oleh penerima kepada orang yang memberi.

Lima Nasihat Berguna



Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."


Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

11 March 2012

Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

“Jika kamu memberikan makanan mu kepada para muttaqin serta membantu dia dalam urusan dunia, lalu kamu mendapatkan bahagian pahala dari amal yang ia lakukan, tidak kurang sedikitpun kerana kamu telah menolong niatnya dan telah menghilangkan kesulitannya. Pendek kata, kamu telah mempercepatkan langkahnya ke hadapan Allah Azza Wajalla. Demikian pula jika kamu memberikan makanan mu kepada orang munafik yang nyata dan melakukan maksiat, serta kamu membantunya dalam urusan dunia, bererti kamu akan mendapat siksa dari kejahatannya, tidak kurang sedikitpun kerana kamu telah menolongnya dalam maksiat kepada Allah Azza Wajalla. Tentu saja keburukannya akan kembali kepadamu.”

“Saudara! Jika bicara, bicaralah dengan niat yang baik. Jika diam, diamlah dengan niat yang baik. Setiap orang yang tidak berniat dalam beramal, maka tiada berguna baginya amal yang ia kerjakannya itu, amalnya sia-sia. Baik engkau bicara atau diam, kau tetap berdosa sebab engkau tidak membenarkan niatmu, diam dan bicara yang tidak mengikut sunnah.”

Ada baik dibaca juga.....