07 March 2011

Solatlah ia adalah kewajipan kita

Solat adalah Tiang Agama
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Kepala segala soal ialah Islam (menyerah diri),tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya (Klimaksnya) ialah jihad fi sabilillah.
(Hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Solat ibadat yang pertama diwajibkan.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
" Difardukan sembahyang atas Nabi s.a.w pada malam beliau di Isra'kan itu lima puluh waktu, kemudian dikurangi sehingga ditetapkan lima. Lantas nabi diseru, ya Muhammad! Sesungguhnya perkataan di sisiKu tidak dapat diubah lagi, dan sesungguhnya bagi engkau dengan sembahyang yang lima waktu ini (dinilai sama) dengan lima puluh waktu."
(Hadis riwayat Ahmad, An-Nasaei dan At-Turmuzi)

Solat merupakan ibadat yang pertama dihisab pada hari kiamat.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
" Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain."
(Hadis riwayat Thabrani)

"Sesungguhnya yang pertama difardukan oleh Allah atas manusia dari agama mereka ialah sembahyang dan yang pertama puladihisab dengannya ialah sembahyang juga. Dan Allah berkata: Periksalah sembahyang hambaKu ini, maka jika sembahyangnya sempurna tuliskansempurna, dan jika kurang, berkatalah Allah S.W.T : Adakah hambaKu itumelakukan sembahyang tathawuk (sembahyang sunat) , kalau ada sempurnalah sembahyang yang fardu itu kerana sembahyang sunatnya itu.
( Hadis riwayat Abu Ya'la)

Sembahyang merupakan wasiat terakhir Rasulullah s.a.w, yang terakhir yang ditujukan kepada seluruh umatnya ketika beliau berpisah dengan dunia ini.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Jagalah sembahyang, sembahyang dan apa yang dimiliki oleh tangan kananmu".
 (Hadis riwayat Ahmad)

Sembahyang merupakan garis pemisah antara Islam dan kafir.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Beza antara seorang laki-laki (muslim) dengan kafir ialah meninggalkan sembahyang".
( Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abud Daud Turmizi dan Ibnu Majah )

Dalam hadis yang lain ditambahkan:
"Janji antara kami dan mereka ialah sembahyang, maka siapa yang meninggalkan sembahyang, maka sungguh telah kafirlah ia".
( Hadis riwayat Ahmad dan Ash-Habussunan)

Sembahyang juga menjadi ukuran bagi berkembang atau tidaknya ajaran Islam di muka bumi.
Sembahyang merupakan ajaran terakhir yang mungkin akan hilang dari dunia.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Sungguh akan runtuhlah tali Islam satu demi satu, maka setiap kali putus tali yang satu manusia akan bergantung (berpegang) dengan tali berikutnya. Maka yang pertama runtuh ialah hukum Islam dan yang terakhir ialah sembahyang".
( Hadis riwayat Ibnu Hibban )
Dalam sebuah hadis yang lain baginda menegaskan, sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"Siapa yang menjaga dan memelihara sembahyangnya, menjadilah ia cahaya, keterangan dan kemenangan di hari kiamat. Dan barang siapa yang tidak menjaga sembahyangnya ia tidak akan mempunyai cahaya, keterangan dan kemenangan. Dan adalah ia bersama Qarun, Fir'aun, Haman dan Ubai bin Khalaf di hari kiamat".
( Hadis riwayat Ahmad, Thabrani, Ibnu Hibban)

Sembahyang merupakan jaminan masuk syurga.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Lima sembahyang yang diwajibkan Allah atas hambaNya maka barangsiapa yang menegakkan sembahyang itu  dan tidak mensia-siakannya kerana mengaggap ringan dengan kewajipan sembahyang itu, maka ia telah memiliki janji dengan Allah, bahawa Allah akan memasukkannya kedalam syurga. Dan barangsiapa yang tiadalah ia mempunyai janji dengan Allah, jika Ia kehendaki Ia siksa dan jika Ia kehendaki akan dimasukkanNya kedalam syurga".
( Hadis riwayat Dara Quthny, Muslim, Ibnu Hibban )

Sembahyang adalah Syiar Islam yang utama dan merupakan tali penghubung antara hamba dengan Tuhannya.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya, ialah dikala hamba itu sedang sujud (dihadapan Allah), oleh itu perbanyakkanlah doa dalam sujud".
( Hadis riwayat Muslim Daud dan An-Nasei )

* Yang dikehendaki adalah hati batin yang menguasai nafsu, hati batin yang patuh melaksanakan perintah Allah S.W.T.  Sebab itulah sembahyang memerlukan syarat iaituPenyertaan Hati Batin.*
(petikan buku Kesilapan Ketika Sembahyang)

No comments:

Ada baik dibaca juga.....