Hadith berkaitan Akhlak
(Abu Daud)
Dari Ady bin Hatim r.a. yang berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
Dari Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati".
(HR Tirmizi)
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ كُنْتُ أَكْتُبُ كُلَّ شَيْءٍ أَسْمَعُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيدُ حِفْظَهُ فَنَهَتْنِي قُرَيْشٌ وَقَالُوا أَتَكْتُبُ كُلَّ شَيْءٍ تَسْمَعُهُ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَشَرٌ يَتَكَلَّمُ فِي الْغَضَبِ وَالرِّضَا فَأَمْسَكْتُ عَنْ الْكِتَابِ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَوْمَأَ بِأُصْبُعِهِ إِلَى فِيهِ فَقَالَ اكْتُبْ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا يَخْرُجُ مِنْهُ إِلَّا حَقٌّ
. (أبو داود)
Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi s.a.w. dengan tujuan hendak menghafaznya, lalu dilarang oleh orang-orang Quraisy serta berkata: "Patutkah engkau menulis segala yang engkau dengar, sedang Rasulullah s.a.w. seorang manusia yang bercakap dalam masa marah dan dalam masa suka? " Setelah itu aku pun berhenti dan menulis, kemudian aku menyebutkan hal itu kepada Rasulullah s.a.w., lalu Baginda menunjuk kepada mulutnya dengan jarinya sambil bersabda: "Tulislah, kerana demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, tidak keluar dan mulutku ini melainkan yang benar."
(Abu Daud)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Kebaikan itu ialah akhlak yang baik".
-Muttafaqa Alaih-
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang terbaik di kalangan kamu ialah yang terbaik akhlaknya".
-Muttafaqa Alaih-
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Seseorang mukmin yang berakhlak mulia akan memperolehi darjat orang yang berpuasa dan menghidupkan malam dengan qiamullai".
-Riwayat Abu Daud-
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Akhlak yang baik melupuskan dosa sebagaimana air mencairkan benda keras sedangkan akhlak yang keji itu merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu".
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya seseorang itu akan mendapat martabat orang yang berpuasa dan mendirikan malam dengan membaca al-Quran kerana akhlaknya yang mulia dan tingkah laku yang baik".
-Riwayat Ahmad-

"Tidak seorang pun di antara kamu sekelian, kecuali Tuhannya akan berbicara kepadanya besok di hari Kiamat. Antara ia dan Tuhannya tidak ada penterjemah. Ia memandang suatu kebaikan, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah dipersembahkannya, dan ia memandang sesuatu yang buruk darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah dilakukannya serta memandang apa yang ada di depannya, maka ia tidak melihat kecuali Neraka yang persis ada di depan wajahnya. Maka takutlah kalian kepada Neraka meski dengan hanya (bersedekah) separuh kurma, dan kalimat yang baik."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)
"Sesungguhnya aku diutuskan semata-mata untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"
(Hadis riwayat Ibn Jarud)
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak"
-Hadith Riwayat al-Baihaqi-
Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya".
(HR Tirmizi)
Ibn Abbas r.a berkata :
"Baginda Rasulullah s.a.w merupakan orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan baginda akan bertambah menjelangnya bulan Ramadhan ketika baginda dikunjungi oleh malaikat Jibrail. Jibrail akan datang menemani baginda pada setiap malam, pada bulan Ramadhan sehingga akhir Ramadhan. Pada setiap malam pada bulan Ramadhan baginda Rasulullah membaca Al-Quran dan memperdengarkan bacaan baginda kepada Jibrail. Pada ketika itulah Rasulullah dilihat sebagai seorang yang paling pemurah dengan melakukan pelbagai kerja kebajikan."
(Riwayat Bukhari)

"Orang mukmin makan dalam satu perut, walhal orang kafir
makan dalam tujuh perut "
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sayidina Umar ada berkata:

Sayidina Umar ada berkata:

Jauhilah makan berlebihan, sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk — Riwayat Abu Naim.
Daripada Jarir r.a daripada ayahnya, Rasulullah s.a.w
bersabda, "Sesiapa yang memberi contoh teladan, maka dia akan
mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari
kiamat".
-Hadis riwayat Ibn Jarud-
Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Huraian Hadith:
Orang yang beriman hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan beramal seperti yang dituntut oleh agama, kerana ganjaran pahala adalah berasaskan amalan yang benar-benar dilaksanakan, bukan dengan angan-angan kosong.
Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk kebahagiaan di akhirat.
Akal yang dianugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk memikirkan persediaan hidup di akhirat.
Wajib bagi seseorang mengelakkan diri daripada dikuasai oleh hawa nafsu yang akan membawa kepada kehancuran diri dan agama.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ، وَلاَ اللَّعَّانِ، وَلاَ الْفَاحِشِ وَلاَ الْبَذِيءِ. رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ.
Maksudnya : “Bukanlah seorang mukmin orang yang suka mencela, suka melaknat dan yang keji (samada perkataannya atau perbuatannya) dan yang kotor mulutnya (sekalipun perkataanya itu benar)”.
(Hadis riwayat Tirmizi dan beliau berkata: Hadis hasan gharib dan al-Albani menganggapnya sahih).
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya
Rasulullah saw. bersabda:
"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka."
"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka."
Sahabat bertanya,
"Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau
maksudkan?"
Nabi saw. menjawab,
"Siapa lagi kalau bukan mereka".
(Hadith Riwayat Muslim)
Dari Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW
bersabda:
"Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan
terhindar dari sifat Takabbur".
(HR Baihaqi)
Pada suatu hari baginda Nabi Muhammad s.a.w bercerita pada sahabat-sahabatnya, baginda bersabda:
"Apakah perlu aku khabarkan kepada kamu tentang ahli syurga, iaitu setiap orang yang lemah dan merendah diri, sekiranya ia bersumpah kerana Allah (untuk melakukan sesuatu) nescaya ia akan melakukannya. Apakah perlu aku khabarkan kepada kamu tentang ahli neraka, iaitu setiap orang yang degil sombong dan takabbur".

(al-Bukhari 8:24:Kitab Adab)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
" Sesiapa yang tawadhu'(link) kerana
Allah s.w.t , darjatnya akan diangkat oleh Allah s.w.t
setinggi-tingginya."
-Riwayat Ibnu Majah-
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Tidak ada seorang pun yang bertawadhu' kerana Allah kecuali Allah akan meninggikan darjatnya."
(Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Aku takut berlaku syirik kecil ke atas kamu. Maka sahabat bertanya apa dia syirik kecil, ya Rasulullah"?
Baginda menjawab:"Riak."
"Aku takut berlaku syirik kecil ke atas kamu. Maka sahabat bertanya apa dia syirik kecil, ya Rasulullah"?
Baginda menjawab:"Riak."
-Riwayat al-Baihaqi-
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah
SAW telah ditanya bahawa amalan yang manakah dengannya ramai manusia akan
memasuki syurga?
Sabda Baginda SAW: "Takwa (takutkan Allah SWT) dan
akhlak yang mulia".
Dan Baginda SAW ditanya: "Amalan apakah yang dengannya ramai manusia akan ke neraka"?
Sabda Baginda SAW: "Lidah dan kemaluan (yang disalah guna)".
Dan Baginda SAW ditanya: "Amalan apakah yang dengannya ramai manusia akan ke neraka"?
Sabda Baginda SAW: "Lidah dan kemaluan (yang disalah guna)".
(HR Tirmizi)
Dari Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:
"Dua serigala kelaparan yang dilepaskan pada satu
kumpulan kambing tidak mampu memudaratkannya lebih dari kemudharatan pada Agama
yang dilakukan oleh sifat tamakkan harta dan keinginan untuk menjadi orang yang
berpengaruh".
(HR Tirmizi)
Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada
kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang.
Orang yang terbaik di antara manusia adalah orang yang paling banyak memberi
manfaat kepada orang lain".
(HR Dar Qutni dan Targhib)
Kisah Tujuh Malaikat Penjaga Pintu-Pintu Langit
Ibn Mubarak mengatakan bahwa Khalid bin Ma’dan berkata
kepada sahabat Mu’adz bin Jabbal ra., “Ceritakanlah satu hadis yang kau
dengar dari Rasulullah SAW, yang kau menghafalnya dan setiap hari kau
mengingatnya lantaran sangat keras, halus dan dalamnya makna hadis tersebut.
Hadis manakah yang menurut pendapatmu paling penting?”
Mu’adz menjawab, “Baiklah, akan kuceritakan.”
Sesaat kemudian, ia pun menangis hingga lama sekali, lalu ia
bertutur,
“Sungguh rindunya hati ini kepada Rasulullah SAW, ingin
rasanya segera bersua dengan beliau.”
Ia melanjutkan,
Ia melanjutkan,
“Suatu saat aku menghadap Rasulullah SAW. Beliau menunggangi
seekor unta dan menyuruhku naik di belakangnya, maka berangkatlah kamu dengan
unta tersebut. Kemudian beliau menengadahkan wajahnya ke langit, dan berdoa,
‘Puji syukur ke hadirat Allah, Yang Maha Berkehendak kepada makhluk-Nya menurut
kehendak-Nya,”
Kemudian beliau SAW berkata,
Kemudian beliau SAW berkata,
“Sekarang aku akan mengisahkan suatu cerita kepadamu yang,
apabila engkau hafalkan, akan berguna bagimu, tapi kalau engkau sepelekan,
engkau tidak akan mempunyai hujjah kelak di hadapan Allah SWT.”
“Hai, Mu’adz! Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Pada setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu, dan tiap-tiap pintu langit itu dijaga oleh malaikat penjaga pintu sesuai kadar pintu dan keagungannya.
Maka, malaikat Hafazhah (malaikat yang memelihara dan mencatat amal seseorang) naik ke langit dengan membawa amal seseorang yang cahayanya bersinar-sinar bagaikan cahaya matahari. Ia, yang menanggap amalan orang tersebut itu banyak, memuji amal-amal orang itu.
Tapi sampai di pintu langit pertama, berkata malaikat penjaga pintu langit itu kepada malaikat Hafazhah, ‘Tamparkanlah amal ini ke wajah pemiliknya, aku ini penjaga tukang pengumpat, aku diperintahkan untuk tidak menerima masuk tukang pengumpat orang lain. Jangan sampai amal ini melepasiku untuk mencapai langit berikutnya.’
Keesokan harinya, malaikat Hafazhah yang naik ke langit dengan membawa amal shalih seseorang lainnya yang cahanyanya berkilauan. Ia juga memujinya lantaran begitu banyaknya amal tersebut.
Namun malaikat di langit kedua mengatakan, ‘Berhentilah, dan tamparkan amal ini ke wajah pemiliknya, sebab dengan amalnya itu dia mengharap keduniaan. Allah memerintahkanku untuk menahan amal seperti ini, jangan sampai melepasi hingga langit berikutnya.’
Maka seluruh malaikatpun melaknat orang tersebut sampai siang hari.
Kemudian kembali malaikat Hafazhah naik ke langit dengan membawa amal hamba Allah yang sangat memuaskan, dipenuhi amal sedekah, puasa, dan bermacam-macam kebaikan yang oleh malaikat Hafazhah dianggap demikian banyak dan terpuji.
Namun saat sampai di langit ketiga berkata malaikat penjaga pintu langit yang ketiga, 'Tamparkanlah amal ini ke wajah pemiliknya, aku malaikat penjaga orang yang sombong. Allah memerintahkanku untuk tidak menerima orang sombong masuk. Jangan sampai amal ini melintasiku untuk mencapai langit berikutnya. Salahnya sendiri ia menyombongkan dirinya di tengah-tengah orang lain.’

Kemudian ada lagi malaikat Hafazah yang naik ke langit keempat, membawa amal seseorang yang bersinar bagaikan bintang yang paling besar, suaranya bergemuruh, penuh dengan tasbih, puasa, sholat, naik haji dan umrah.
Tapi ketika sampai di langit keempat, malaikat penjaga pintu langit keempat mengatakan kepada malaikat Hafazhah,
‘berhentilah, jangan dilanjutkan. Tamparkanlah amal ini ke
wajah pemiliknya, aku ini penjaga orang-orang yang suka ujub (membanggakan
diri). Aku diperintahkan untuk tidak menerima masuk amal tukang ujub.
Jangan sampai amal itu melepasiku untuk mencapai langit yang berikutnya, sebab
ia kalau beramal selalu ujub.’
Kemudia naik lagi malaikat Hafazhah ke langit kelima, membawa amal hamba yang diarak bagaikan pengantin wanita diiringi kepada suaminya, amal yang begitu bagus, seperti amal jihad, ibadah haji, ibadah umrah. Cahaya amal itu bagaikan matahari. Namun, begitu sampai di langit kelima, berkata malaikat penjaga pintu kelima,

“Aku ini penjaga sifat hasad (dengki, iri hati). Pemiliki
amal ini, yang amalnya sedemikian bagus, suka hasad kepada orang lain atas
kenikmatan yang Allah berikan kepadanya. Sungguh ia benci kepada apa yang
diridhai Allah SWT. Saya diperintahkan agar tidak membiarkan amal orang seperti
ini untuk melepasi pintuku menuju pintu selanjutnya.’
Kemudian ada lagi malaikat Hafazhah naik dengan membawa amal lain berupa wudhu
yang sempurna, sholat yang banyak, puasa, haji dan umrah.Tapi saat ia
sampai di langit keenam, malaikat penjaga pintu ini mengatakan, “Aku
ini malaikat penjaga rahmat. Amal yang seolah-olah bagus ini, tamparkanlah ke
wajah pemiliknya. Salah sendiri ia tidak pernah mengasihi orang lain. Apabila
ada orang lain yang mendapatkan musibah, ia merasa senang. Aku diperintahkan
agar amal seperti ini tidak boleh melepasiku hingga dapat sampai ada
pintu berikutnya.’
Kemudian ada lagi malaikat Hafazhah naik ke langit
ketujuh dengan membawa amal seseorang hamba berupa bermacam-macam sedekah,
puasa, sholat, jihad, dan kewara’an. Suaranya pun bergemuruh bagaikan petir.
Cahayanya bagaikan kilat.Namun tatkala sampai di langit yang ketujuh, malaikat
penjaga langit ketujuh mengatakan,
‘Aku ini penjaga sum’at (ingin terkenal). Sesungguhnya
orang ini ingin dikenal dalam kumpulan-kumpulan, selalu ingin terlihat lebih
unggul di saat berkumpul, dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah
memerintahkanku agar amalnya tidak itu tidak boleh
melepasiku. Setiap amal yang tidak bersih kerana Allah,
itulah disebut riya’. Allah tak akan menerima amal orang-orang yang
riya’.’
Kemudian ada lagi malaikat Hafazhah naik membawa amal seseorang hamba: Sholat,
zakat, puasa, haji, umroh, akhlaq yang baik, pendiam, tidak banyak bicara,
dzikir kepada Allah. Amalnya itu diiringi para malaikat hingga lagit ketujuh.,
bahkan sampai menerobos memasuki hijab-hijab dan sampailah ke hadirat
Allah.Para malaikat itu berdiri di hadapan Allah. Semua menyaksikan bahwa amal
ini adalah amal yang shalih dan ikhlas karena Allah SWT.
Namun Allah SWT berfirman,
‘Kalian adalah hafazhah, pencatat amal-amal hamba-Ku.
Sedangkan Akulah yang mengintip hatinya. Amal ini tidak karena-Ku. Yang
dimaksud oleh pemilik amal ini bukanlah Aku. Amal ini tidak diikhlaskan demi
Aku. Aku lebih mengetahuinya dari kalian apa yang dimaksud olehnya dengan
amalan itu. Aku laknat dia, karena menipu orang lain, dan juga menipu kalian
(para malaikat hafazhah). Tapi aku tak akan tertipu olehnya .Aku ini Yang
Paling Tahu akan hal-hal yang ghaib. Akulah yang melihat isi hatinya, dan
tidak akan samar kepada-Ku setiap apapun yang samar. Tidak akan tersembunyi
bagi-Ku setiap apapun yang tersembunyi. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah
terjadi sama dengan pengetahuan-Ku akan apa yang akan terjadi. Pengetahuan-Ku
atas apa yang telah berlalu sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang akan
datang. Pengetahuan-Ku kepada orang-orang terdahulu sebagaimana pengetahuan-Ku
kepada orang-orang yang kemudian. Aku lebih tahu atas apapun yang lebih samar
daripada rahasia. Bagaimana bisa amal hamba-Ku menipu-Ku. Dia boleh
menipu makhluk-makhluk, yang tidak tahu, sedangkan Aku ini Yang
Mengetahui hal-hal yang ghaib. Laknat-Ku tetap kepadanya.’
Tujuh malaikat Hafazhah yang ada pada saat itu dan 3.000 malaikat lain yang
mengiringi menimpali, “Wahai Tuhan kami, dengan demikian tetaplah
laknat-Mu dan laknat kami kepadanya.’
Maka, semua yang ada di langitpun mengatakan, ‘Tetaplah laknat Allah dan
laknat mereka yang melaknat kepadanya.’
Mu’adz pun kemudian menangis terisak-isak dan berkata, “Ya Rasulullah,
bagaimana boleh aku selamat dari apa yang baru engkau ceritakan itu?”Rasulullah SAW mejawab, “Wahai Mu’adz, ikutilah nabimu dalam hal keyakinan!”
Mu’adz berkata lagi, “Wahai Tuan, engkau adalah Rasulullah. Sedangkan aku ini hanyalah si Mu’adz bin Jabbal, bagaimana aku boleh selamat dan terlepas dari bahaya tersebut?’
Rasulullah SAW bersabda,
“Seandainya dalam amalmu ada kelengahan, tahanlah mulutmu,
jangan sampai menjelekkan orang lain, dan juga saudara-saudaramu sesama ulama.
Apabila engkau hendak memburukkan orang lain, ingatlah pada dirimu
sendiri. Sebagaimana engkau tahu, dirimupun penuh dengan aib.
Janganlah membersihkan dirimu dengan memburukkan orang
lain.
Jangan mengangkat diri sendiri dengan menekan orang lain.
Jangan riya’ dengan amalmu agar diketahui orang lain. Janganlah
termasuk golongan orang yang mementingkan dunia dengan melupakan
akhirat. Kamu jangan berbisik-bisik dengan seseorang padahal di sebelahmu
ada orang lain yang tidak diajak berbisik.
Jangan takabur kepada orang lain, nanti akan luput bagimu kebaikan dunia dan akhirat.
Jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang-orang takut akan keburukan akhlaqmu itu. Jangan mengungkit-ungkit apabila berbuat kebaikan.
Jangan merobek-robek (pribadi) orang lain dengan mulutmu, kelak kamu akan dirobek-robek oleh anjing-anjing neraka jahannam, sebagaiman firman Allah ‘Wannaasyithaati nasythaa.’ (Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan-badan manusia, yang mengoyak-ngoyak daging dari tulangnya).
Aku (Mu’adz) berkata, ‘Ya Rasulullah siapa yang akan kuat menanggung penderitaan semacam ini?’
Jawab Rasulullah SAW, ‘Wahai Mu’adz, yang kuceritakan tadi itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah SWT. Cukup untuk mendapatkan semua itu, engkau menyayangi orang lain sebagaimana engkau menyayangi dirimu sendiri, dan membenci sesuatu terjadi kepada orang lain apa-apa yang engkau benci bila sesuatu itu terjadi kepadamu.’Apabila boleh seperti itu, engkau akan selamat, terhindar dari penderitaan itu’.”
Khalid bin Ma’dan (yang meriwayatkan hadist itu dari Mu’adz RA) mengatakan, “Mu’adz sering membaca hadits ini sebagaimana seringnya ia membaca Al Quran, mempelajari hadits ini sebagaimana ia mempelajarai Al Quran dalam majlisnya.”

Dari Aisyah r.h berkata:"Rasulullah s.a.w ditanya mengenai amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah."
Baginda menjawab: "Amalan yang berterusan, walaupun sedikit."
(Riwayat Muslim)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi seorang apabila dia melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh".
-Riwayat Abu Ya'la-
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Allah S.W.T melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam pemerintahan."
-Riwayat Tirmizi-
Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata :
"Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku
masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "
Jawab Nabi SAW :
" Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang
besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh
Allah Ta'ala, iaitu :
Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya
dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat,
berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
Kemudian Nabi bersabda lagi :
" Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya
dan kemuncaknya? "
Aku menjawab :
" Mahu, ya Rasulullah ."
Sabda baginda :
" Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah
sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
Kemudian Nabi bersabda lagi :
" Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua
pekara ini ? "
Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. "
Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata :
" Awas, jaga ini baik-baik. "
Aku bertanya :
" Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana
berkata dengannya ? "
Baginda lalu menjawab :
" Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka
mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara
mereka. "
-Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan
Arba'in.-
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ
بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ الْبَدْرِيِّ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ
النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّـبُوَّةِ
الْأُولَى إِذَا لَمْ تَسْتَحِ
فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ.))
Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a,
katanya :Telah bersabda Rasulullah SAW :" Di antara sabda para Nabi
yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini )
ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '
-Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama
Matan Arba'in.-
Dari Abu Hurairah r.a, katanya :
"Telah bersabda Rasulullah SAW :
" Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu
tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan
kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian
sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah
bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh
membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.Taqwa itu
berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga
kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina
saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain
diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "
-Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan
Arba'in.-
Dari Thauban r.a meriwayatkan bahawa aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Berbahagialah orang-orang yang ikhlas. Mereka adalah pelita
di dalam gelap dan kerana mereka terpadam fitnah-fitnah yang besar.
(HR Baihaqi)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
"Seorang mukmin itu adalah cermin kepada
seorang mukmin yang lain dan mereka adalah bersaudara, di samping menjaga
barangan mereka yang hilang serta mempertahankan mereka". -
-Riwayat Abu Daud-
Dari Muaz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
" Barangsiapa memalukan saudaranya yang muslim dengan
sesuatu dosa yang dia telah bertaubat dengannya, Allah tidak akan mematikannya
sehinggalah dia sendiri terjerumus ke dalam dosa tersebut".
(HR Tirmizi)
Dari Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW memegang
bahuku (untuk menarik perhatianku kepada perkara yang penting ini) lalu
bersabda:
" Hiduplah kamu di dunia ini seperti musafir atau
sebagai orang yang sedang melintasi jalan".
(HR Bukhari)
Dari Abu Said r.a dan Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Mengumpat adalah lebih buruk dari zina. Para sahabat r.hum
bertanya; Wahai Rasulullah, bagaimana mengumpat itu lebih buruk dari zina?
Baginda SAW menjawab: Seorang yang berzina boleh memohon ampun, maka Allah SWT mengampunkannya, tetapi orang yang diumpat, apabila dia tidak memaafkan orang yang mengumpat, maka pengumpat tetap berdosa.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
"Tahukah kamu apa itu memfitnah"?
Para sahabat r.hum berkata: "Allah dan RasulNya
lebih mengetahui".
Baginda SAW bersabda: "Memfitnah adalah mengatakan
sesuatu tentang saudara (muslim) ketika dia tiada yang dia tidak
suka".
Ditanya: "Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu
sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku katakan"?
Baginda SAW menjawab:" Jika apa yang dikatakan benar,
maka itu adalah mengumpat (bahkan lebih buruk daripada memfitnah)".
(HR Muslim)
Dari Ibnu Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
"Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela
mereka dan jangan mencari keburukan mereka".
(HR Ibnu Hibban)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
"Dunia ialah penjara bagi orang-orang mukmin dan syurga
bagi orang-orang kafir".
(HR Muslim)
Hazrat Abdullah bin Qais Al Khuza’i r.a meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa berdiri dengan penuh perasaan riak dan
sum’ah (suka dipuji-puji), dia sentiasa di dalam kemurkaan Allah SWT sehingga
dia duduk (dan meninggalkan niatnya itu)".
(Tafsir Ibnu Kathir)
Dari Ali r.a meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda:
"Tidaklah seorang muslim mengunjungi seorang muslim
yang sakit diwaktu pagi kecuali 70,000 malaikat berdoa memohon rahmat ke
atasnya sehingga ke petang, atau berkunjung kepadanya di waktu petang,
melainkan 70,000 malaikat berdoa ke atasnya sehingga ke pagi, dan dia mendapat
sebuah kebun buah-buahan dalam syurga".
(HR Tirmizi)
Dari Abu Said Al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekali pun melainkan diampuni akan dosa-dosanya".

عَنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ
بْنِ جُنَادَةَ وَ أَبِي عَبْدِ
الرَّحْمٰنِ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((اِتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا
كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّـيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ.))
رواه الترمذي
وقال :
حديث حسن ، وفي
بعض النسخ : حسن صحيح
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman
Mu'az ibn Jabal, r.a., daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
"Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana
engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan
menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi
pekerti yang baik."
(Riwayat -Tirmizi)
Dari Ibnu ‘Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:
"Bukanlah dari kalangan pengikut kami, yang tidak
berkasih sayang kepada yang kecil dikalangan kami, yang tidak menghormati yang
tua dikalangan kami, yang tidak menyuruh akan kebaikan, yang tidak melarang
dari kejahatan".
(HR Tirmizi)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang
yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka?
Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik
pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa
berunding.”
(Riwayat At-Tirmizi)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
" Berilah ganjaran yang sewajarnya terhadap mereka yang
telah melakukan kebaikan terhadapmu. Jika kamu tidak memiliki sesuatu untuk
berbuat demikian maka doakanlah mereka sehingga terbukti kepada mereka bahawa
kamu memang bersungguh-sungguh untuk memberikan mereka ganjaran".
-Riwayat Abu Daud-
Dari Zaid bin Thabit r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah
bersabda:
"Tiga perkara yang dengannya hati orang beriman akan
suci dari sifat khianat, dengki (dan semua keburukan):
1. Beramal untuk redha Allah SWT.
2. Inginkan kebaikan untuk para pemimpin,
3. Sentiasa bersama dengan jemaah orang Islam. Ini kerana
orang yang bersama-sama jemaah akan dilingkungi oleh doa ahli-ahli jemaah
itu".
(HR Ibn Majah)
Nabi SAW bersabda :-
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat"
( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)
Sombong
(HR Bukhari dan Muslim)
“Ada tiga kelompok orang yang nanti pada hari kiamat Allah tidak akan berbicara dengan mereka, Allah tidak akan membersihkan (mengampuni dosa) mereka, dan Allah tidak akan memandang mereka, serta mereka akan disiksa dengan siksaan yang pedih, yaitu: orang tua yang berzina, raja (penguasa) yang suka bohong, dan orang miskin yang sombong.”
(HR. Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu".
(HR Muslim)
Dari Abdullah bin Mas’ud ra dari Nabi Muhammad saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk sorga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun hanya sebesar atom.”
Ada seorang laki-laki berkata: “Sesungguhnya seseorang itu suka memakai pakaian yang bagus dan sandal/sepatu yang bagus pula.” Nabi Muhammad saw kembali bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah, suka pada keindahan. Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan sesame manusia.”
(HR. Muslim)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
" Wahai Abu Hurairah! Bersifat wara' lah kamu nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling tinggi pengabdiannya. Hinakanlah diri kepada Allah s.w.t nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling bersyukur. Kasihilah manusia sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri nescaya kamu akan menjadi mukmin sejati. Perbaikilah hubungan sesama jiran pasti kamu akan menjadi seorang Islam sejati. Oleh itu kurangilah ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati."
Riwayat Ibnu Majah
Pemimpin
Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinannya. Pemimpin adalah yang bertanggungjawab memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah pemimpin dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah pemimpin dan tentu akan ditanya perihal kepimpinannya."
(Hadis sahih Muttafaq 'alaih)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Pemimpin itu pada tiga keadaan, satu golongan pemimpin yang masuk syurga dan dua golongan yang masuk neraka. Pemimpin yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak memimpin kearah kebenaran, maka masuk neraka. Pemimpin yang memimpin tanpa ilmu, dia masuk neraka."
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Aku adalah pemimpin anak Adam pada hari kiamat dan tidak sombong, di tanganku panji-panji pujian dan tidak sombong. Tidak seorang nabi pun baik Nabi Adam mahupun yang lainnya melainkan berada di bawah panji-panjiku dan aku adalah orang pertama yang memberi syafaat dan orang yang pertama yang diterima syafaat dan tidak sombong."
(Hadis Hasan Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Abu Sa’id)
Pengajarannya :
Rasulullah s.a.w. adalah contoh pemimpin yang tidak sombong samaada di dunia maupun di hari Akhirat. Baginda memimpin dengan penuh adil, saksama dan bertanggung jawab dalam kepimpinannya. Oleh itu sesiapa sahaja yang telah dilantik menjadi pemimpin dalam apa bidang sekali pun hendaklah memimpin dengan adil dan buangkan segala sifat sombong. Sesungguhnya sesiapa sahaja pemimpin yang ada sifat ini akan dimurkai oleh Allah s.w.t.
"Pemimpin itu pada tiga keadaan, satu golongan pemimpin yang masuk syurga dan dua golongan yang masuk neraka. Pemimpin yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak memimpin kearah kebenaran, maka masuk neraka. Pemimpin yang memimpin tanpa ilmu, dia masuk neraka."
-Riwayat Tirmizi-
Sabda Nabi SAW:
إِنَّهَا سَتَكُونُ أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ، فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذَبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنَّا وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلاَ يَرِدُ عَلَى الْحَوْضِ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذَبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّيْ وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَي الْحَوْضِ.
Maksudnya: “Akan datangnya para pemimpin yang banyak berdusta dan melakukan kezaliman. Maka sesiapa yang membenarkan pendustaan mereka, dan membantu di atas kezaliman mereka, maka dia bukanlah daripada golongan kami dan aku bukan daripada golongan mereka dan dia tidak akan datang ke kolamku (di akhirat nanti). Dan sesiapa yang tidak membenarkan pendustaan mereka dan tidak membantu kezaliman mereka, maka dia adalah daripada golonganku dan aku daripada golongannya, dan dia akan datang (meminum) kolamku”.
(Hadis riwayat Ahmad dengan isnad yang sahih.)
ZINA/WANITA
Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja.
Maka jawab Nabi: "Palingkanlah pandanganmu itu!"
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
“Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah”.
(Riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)
Daripada Maimunah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.”
(Riwayat Ahmad, kata al-Munziri – 3/265: isnadnya hasan)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Nabi SAW:
“Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya, Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi”.
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadith sahih)
Daripada Jarir bin ’Abdillah al-Bajali RA, berkata:
“Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang memandang perempuan dengan pandangan secara tiba-tiba, maka baginda memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku.”
Dalam riwayat lain beliau bersabda: “Tundukkan pandanganmu.”
(Riwayat Muslim)
“Hai ‘Ali, janganlah engkau ikuti satu pandangan dengan pandangan lainnya. Sesungguhnya bagimu hanya pandangan yang pertama dan tidak bagi pandangan yang selanjutnya.”
(Riwayat Abu Dawud)
“Tidaklah seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi SAW sabdanya:
"Sesungguhnya dunia ini manis dan menghijau (yakni lazat dan nyaman) dan sesungguhnya Allah itu menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu, maka itu Dia akan melihat apa-apa yang engkau lakukan. Oleh yang demikian, maka takutilah harta dunia dan takutilah pula tipu daya kaum wanita. Sebab sesungguhnya pertama-tama fitnah yang terjadi di kalangan kaum Bani Israil adalah disebabkan kaum wanita".
(Riwayat Muslim)
Ðari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.”
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?”
Rasulullah SAW bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.”
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?”
Rasulullah SAW bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Daripada Mu’az bin Jabal RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak menyakiti seseorang perempuan akan suaminya di dunia melainkan bersumpahlah isteri di akhirat (bidadari) celakalah engkau, “Jangan engkau menyakiti”. Sesungguhnya dia hanya sebentar sahaja bersamamu di dunia ini kemudian dia akan berpisah daripadamu untuk kembali kepada kami”.
(Hadith Riwayat At-Tirmizi katanya ini hadis Hasan)
Daripada Usamah bin Zais R.huma dari Nabi SAW sabdanya, “Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan”.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud)
Rasulullah bersabda,"Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung)"
(HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)

ARAK/KHAMAR
"Empat (macam manusia) tidak Allah SWT. masukkan mereka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya"
(Hadis Riwayat Al-Hakimi)
Dari Ibn Umar r.a. bahawasanya Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Ingatlah tiap sesuatu yang memabukkan itu khamar (arak) dan tiap khamar itu haram"
(Riwayat Ahmad dan Abu Ya'la)
Nabi SAW pernah bersabda:
"Tidak akan berzina seorang pelacur semasa berzina jika dia beriman, dan tidak akan minum khamar (arak) ketika meminumnya jika beriman dan tidak akan mencuri seorang pencuri jika dia beriman"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kalian tamak, sebab tamak adalah kefakiran yang abadi".
(Ibn Abi A'sim no 2249)
“Maksud Hadis Nabi SAW:
“Mencela sesama muslim adalah kefasikan dan membunuhnya adalah kekufuran.”
(Bukhari no.46,48, muslim no. 64,97, Tirmidzi no.1906,2558, Nasa’I no.4036, 4037, Ibnu Majah no.68, Ahmad no.3465,3708)
5 comments:
mohon izin share...
Silakan...moga dipanjang-panjangkan lagi..
:)
Salam ... mohon izin share ... semoga dirahmati ... terima kasih ... fakhrul anwar
silakan.....kerana ana sekadar berkongsi. Bukan ana punya hadis....moga2 ianya memberi manfaat pada semua yang membacanya...Insya'allah.
assalamualaikum..mohon share..tq
Post a Comment