Al-Sheikh Abdul Qadir al-Jeilani al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata : Berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W itu mempunyai 42 kelebihan. Hal ini di dalam kitabnya 'Hadaiq al-Anwar' :-
- Melaksanakan perintah Allah S.W.T
- Bersamaan dengan ganjaran selawat Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W
- Bersamaan dengan selawat para malaikat.
- Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah S.W.T atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
- Dikurniakan oleh Allah S.W.T sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
- Dituliskan oleh malaikat sepuluh kabaikan atas setiap selawat.
- Dihapuskan oleh Allah S.W.T sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
- Segala doa akan diperkenankan oleh Allah S.W.T
- Mendapat syafaat daripada Rasulullah S.A.W
- Mendapat keampunan Allah S.W.T serta akan ditutup segala keaiban.
- Allah S.W.T akan menutupi segala dukacita.
- Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah S.A.W
- Mendapat darjat al-Sidq
- Ditunaikan segala hajat.
- Selamat sejahtera pada hari kiamat
- Allah S.W.T dan para malaikat akan berselawat ke atas setiap individu yang berselawat.
- Mendapat khabar gembira daripada Allah S.W.T dengan balasan syurga
- Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
- Rasulullah S.A.W akan menjawab secara langsung keatas setiap selawat yang dibaca.
- Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
- Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecawa pada hari itu.
- Tidak akan merasai fakir.
- Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
- Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah S.A.W kepada yang berselawat.
- Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.
- Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan RasulNya atau daripada majlis-majlis lagha.
- Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah S.W.T apabila disebut (di alam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
- Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
- Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.
- Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
- Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah S.W.T.
- Mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T
- Mendapat kesempurnaan iman.
- Kasih dan cinta kepada Rasulullah S.A.W.
- Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah S.W.T.
- Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan dihadapan Rasulullah S.A.W secara langsung.
- Teguh pendirian dengan kebenaran.
- Beselawat bererti kita menggunakan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah S.A.W ke atas diri kita. Disamping itu ia dianggap sebagai mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
- Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
- Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah S.A.W dan kepada diri sendiri.
- Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah S.A.W didalam jiwanya.
- Dikurniakan oleh Allah S.W.T maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
Dipanjangkan oleh,
Dato' Hj Mohd Murtadza Bin Hj Ahmad
Sheikh Tarikat Ahmadiyyah
Al-Idrisiyyah al-Rasyidiyyah al-Dandarawiyyah
Kg.Pondok Rasah
Seremban.
No comments:
Post a Comment