17 March 2011

Rahmat atau Laknat

Rahmat atau Laknat

Dari ˜Atha' bin Abu Rabah r.a katanya, dia mendengar Aisyah isteri Rasulullah saw. bercerita:
"Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah saw sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya".
Berkata Aisyah:"Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa".
Jawab baginda :"Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat."


Kebinasaan Berlaku Tidak Mengira Sesiapa Masa dan Tempat

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
"Bakal ada tentera yang akan menyerang Ka'abah, tetapi ketika mereka sampai disuatu tempat lapang, tiba-tiba ia dibinasakan semuanya , baik yang pertama hingga yang terakhir."
Aisyah bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya, padahal disitu ada orang-orang yang tidak ikut serta, iaitu orang yang sedang dipasar dan lain-lainnya"?
Jawab Nabi : "di binasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing.

Petikkan dari sumber JAKIM.

No comments:

Ada baik dibaca juga.....