29 August 2011


Memasukkan Iman lebih bererti Didalam Hati

Para insan yang mulia Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan disana terdapat hati untuk menyimpan baik buruknya pemikiran serta pandangan manusia untuk itu Ibnu Qoyyim rahimahullah berkata :
 Hati manusia dibagi menjadi tiga bagian diantaranya
  • Qolbun Salim yaitu hati yang bersih lagi baik, orang yang memiliki hati ini akan bersegera dalam menyambut seruan Ilahi Robbi tanpa adanya keraguan, mereka dengan mudah mengerjakan kebaikan baik itu ibadah mahdoh maupun sunnah.
  • Qolbun Maridh yaitu hati yang sakit, orang yang memiliki hati ini terkadang berbuat kebaikan juga terkadang berbuat keburukan namun disaat berbuat keburukan ia mengetahui bahwa hal itu adalah keliru dan ia berupaya semaksimal mungkin untuk meninggalkanya.
  • yang terakhir ialah Qolbun Mayyit yaitu hati yang mati dari rahmat ilahi, hati ini dimiliki oleh orang orang kuffar mereka tidak akan mau masuk islam namun adapula orang yang mengku dirinya islam akan tetapi mereka tidak mau melaksanakan islam itu sendiri.
Para insan hanya diri kita yang tau dimana posisi hati kita maka segeralah perbaiki hati itu sebelum ia membeku menjadi mati sehingga tidak mau menerima hidayahNya lagi.
petikan dari

Musafir Masa: Bertuahnya hari ini....jumpa Mursyid Dr.Zul

Bagaimana Syawal kita???

Musafir Masa: Bertuahnya hari ini....jumpa Mursyid Dr.Zul

25 August 2011

Setiap amalan dibalas


Setiap amalan dibalas

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKR


ISyed Qutub berkata: "Surah ini dimulakan dengan menayangkan beberapa surah kiamat yang dijelaskan dengan luas dalam surah al-Takwir, surah al-Infitar dan surah al-Naba', tetapi gambaran kiamat yang ditayangkan di dalam surah ini mempunyai satu ciri khusus yang berlainan, iaitu ciri menyerah kepada Allah SWT, di mana langit dan bumi menyerah diri dengan penuh patuh dan khusyuk kepada Allah."
Imam Malik meriwayatkan dari Abdullah bin Yazid, dari Abu Salamah bahawa Abu Hurairah r.a pernah membaca dalam solat bersama mereka yang bermaksud: "Apabila langit terbelah lalu ia sujud."
Apabila selesai, Abu Hurairah memberitahu mereka bahawa Rasulullah SAW pernah bersujud kerana membacanya. Demikian yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan al-Nasaei.
Firman Allah SWT: Apabila langit terbelah, serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh.
Ibn Kathir berkata: "Iaitu pada hari kiamat di mana makhluk mendengar dan mematuhi serta mentaati perintah Tuhannya yang selayaknya dipatuhi."

23 August 2011

Al-Quds: Sejarah & Pengajaran



Al-Quds: Sejarah & Pengajaran





A l-Quds bukanlah sebuah ibukota semata-mata. Al-Quds adalah ibu negara umat Arab dan Islam secara kekal untuk selama-lamanya. Al-Quds tanah suci ketiga dari tempat suci umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Al-Quds merupakan paksi bumi ke langit, pusat pengumpulan dan perhitungan, pusat tempat perbincangan agama dan kekudusannya sejak zaman berzaman dan apa yang saya ingin utarakan dalam dasar gomentari apa yang dikatakan oleh Netanyahu baru-baru ini dalam sebuah pertemuannya di salah sebuah Sekolah Agama Yahudi di Quds dengan katanya: "Al-Quds tidak akan sempurna pembahagiannya selepas ini, penempatan dan meyahudikan kawasan sekitarnya akan diteruskan".

Kata-kata Netanyahu diluahkan pada kesempatan ulang tahun "Peringatan Penyatuan Quds", iaitu pada hari kita sama-sama memperingati tarikh Naksah - kekalahan 1967 - serta deklarasi Zionis Israel meyahudikan Quds, yang merupakan tarikh keramat mereka memperingati dan memperbodoh-bodohkan kekalahan kesatuan Arab dalam sejarah abad ini !!!.

22 August 2011

Kekuatan Akidah (untuk da'i 2)

Persoalan Agama: Iman suntik kekuatan akidah ummah
Bersama Ustaz Zahazan

2011/08/21

ADA orang mendakwa bahawa dia mempunyai akidah yang kuat. Persoalannya, apakah ukuran yang boleh menilai kekuatan akidah seseorang

Jefri,
Pulau Pinang.


21 August 2011

Kelebihan baca al-Quran

Persoalan Agama: Kelebihan baca al-Quran bantu Muslim di akhirat
Bersama Ustaz Zahazan

2011/08/21

SAYA ada membaca terjemahan al-Quran. Cuma saya tidak faham apa maksud satu firman Allah yang saya temui iaitu cahaya atas cahaya? Soalan kedua, bagaimana kita hendak memperoleh manfaat dari membaca al-Quran. Saya teringin belajar al-Quran tetapi saya sudah berumur.

Hamba Allah,
Rawang.


Dahsyatnya murka Allah

Dahsyatnya murka Allah

ALLAH SWT menyebut tentang api neraka yang menyala-nyala disediakan khas untuk orang kafir dengan menyifatkan neraka itu dengan gambaran yang terlalu takut kepadanya, sehinggakan kanak-kanak menjadi beruban.
Seterusnya Allah meneruskan khabar-Nya dengan menakut-nakutkan dan mengancam mereka bahawa mereka tidak akan selamat daripada seksaan yang menimpa mereka di dunia sebagaimana yang telah menimpa orang yang mendustakan para rasul sebelum mereka.
Contoh seksaan: Bumi yang bergoncang kuat, ribut taufan yang membinasakan tanaman dan ternakan, sehinggakan tidak ada lagi orang yang tertinggal dan menyalakan api. Kemudian, Allah SWT memberikan pelbagai contoh ujian dan cubaan yang telah menimpa umat sebelum mereka kepada mereka.

19 August 2011

Tazkirah Ramadan

APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN DAN SIAPAKAH DIA UWAIS AL-QARNI?

Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan  Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;

Surah Al-Baqarah:183

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)

Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?

14 August 2011

Kegunaan BABI

FAKTA

Mungkin ramai orang Islam tidak tahu bahawa label bertulis ‘This product contain substance from porcine’ sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi’. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi’.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan
2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesies babi
3. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50kg
4. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg
5. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi
6. Boar: Babi liar
7. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun
8. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi
9. Ham: Daging pada bahagian paha babi
7. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan)
8. Sow Milk: Susu babi



Bahagian babi yang sering diguna dalam penghasilan produk

PANKREAS - bagi menghasilkan insulin
LEMAK - digunakan dalam proses pembuatan susu, alat kosmetik, perisa serta pewarna tambahan, tablet serta minyak
DARAH - digunakan bagi menghasilkan serum atau vaksin serta tablet
TULANG - bagi penghasilan gelatin, cairan atau emulsifier dalam ubat, minuman dan makanan. Juga digunakan dalam penghasilan kalsium fosforus dalam produk ubat gigi serta susu
KULIT - penghasilan kolagen dalam perkakasan kosmetik serta ubat bagi rawatan kecantikan
ORGAN DALAMAN - bagi penghasilan media fermentasi seperti etanol, laktat, aseton atau butirat



petikan Metro Ahad

12 August 2011

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran!

Mari cube cari......  <<link asal

Subhanallah....betul senang nak cari......

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
 
JUZ 2=?
JUZ 3=?
JUZ 4=?
JUZ 15=?

Bagaimana pula dengan JUZ 30??
Pasti jawapannya mudah dicari.... :)

Ungkapan Popular Yang Disangka Hadis

Ungkapan Popular Yang Disangka Hadis

Antara ungkapan yang disangkakan hadis ialah:

Ø¥ِعْÙ…َÙ„ْ Ù„ِدُÙ†ْÙŠَاكَ ÙƒَØ£َÙ†َّÙƒَ تَعِÙŠْØ´ُ Ø£َبَدًا ÙˆَاعْÙ…َÙ„ْ ِلآخِرَتِÙƒَ ÙƒَØ£َÙ†َّÙƒَ تَÙ…ُÙˆْتُ غَدًا

Maksudnya:

“beramallah untuk dunia kamu seolah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhirat kamu seolah kamu akan mati esok hari”

Ungkapan ini sebenarnya merupakan ucapan Ibn `Umar radiyallahu `anhuma dan bukannya hadis Nabi.

Namun, Islam sememangnya menggalakkan umatnya bekerja membina tamadun dunia kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sebagai khalifah yang telah ditetapkan oleh Allah. Namun, kerja-kerja membangunkan dunia itu mesti dalam ruang lingkup peraturan yang ditetapkan oleh Allah agar ia menjadi satu bentuk ibadah (perhambaan diri) kepada Allah. Justeru, segala kerja yang dilakukan di dunia sewajarnya menjadi ladang untuk akhirat dengan dilakukan menurut perintah Allah.

Hadith


Keutamaan Saf yang Pertama
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikatnya pula mendoakan bagi orang-orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang serta orang-orang yang merapatkannya; dan orang yang masuk menutup celah saf sembahyang itu (akan beroleh satu tambahan lagi, iaitu) diangkatkan Allah martabatnya dengan perbutannya yang tersebut: satu darjat."
 
Aisyah r.a
Kemuliaan Ramadhan
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikat-Nya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama."
 
al-Bara' bin 'Aazib r.a

06 August 2011

Ingatilah ini......


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : 
Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : 
"Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya.  
Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya.  
Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. 
Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannyayang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia.
-Petikkan dari Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in.-

04 August 2011

DR Zul Al Bakri


Surah al-'Asr

03 August 2011

Doa Lailatul Qadr



Waktu atau bilakah berlakunya al-Qadar

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: "Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."

Lailatul Qadar berlaku pada 10 malam terakhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:" Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh akhir bulan-bulan Ramadan dalam malam ganjil."

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan. Hujah mereka amat banyak antaranya:

  • Mengikut Abu Ka'ab katanya: " Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas'ud telah menyakinkan bahawa malam Lailatul Qadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatul Qadar pula jatuh pada malam ke 27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbang kamu tidak lagi berusaha mencarinya.
  • Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: " Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27."
  • Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadar mempunyai 30 perkataan. Perkataan ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatul Qadar.
  • Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a yang bermaksud: "Sesiapa yang mencari Lailatul Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam ke-27, carilah kamu Lailatul Qadar pada malam yang ke-27."
Pada malam ke-23 Ramadan. Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Carilah malam Qadar pada 23 Ramadan.

Pada malam 21 Ramadan. Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Syafie. Dia berdalilkan pada hadis riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Tuntutlah  malam 17,21 dan 23 Ramadan."

Pada malam 24 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda SAW bersabda:" Carilah malam Lailatul Qadar pada malam 24 Ramadan."-(Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi)

Pada malam akhir Ramadan. Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:" Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan."-(Riwayat Ibn Nasr)

Petikan daripada:
Ramadan Pelbagai Hukum dan Fatwa Puasa
Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri


02 August 2011

Peringatan

Dari Shaddad ibn Aus r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghisab (memperbaiki) akan dirinya dan beramal dengan amalan yang akan dibawa selepas mati. Dan orang yang bodoh itu ialah orang yang sentiasa mengikut keinginan hawa nafsunya dan berangan-angan mendapat (pengampunan) Allah.
(HR Tirmizi)

Ada baik dibaca juga.....