12 December 2011

Cara Melawan Hawa Nafsu


Cara Melawan Hawa Nafsu

1. Takut kepada azab Allah.

Apabila anda ingin melakukan maksiat, ingatlah azab neraka yang sangat 
panas. Sedangkan api di dunia pun kita tidak sanggup untuk merasainya.
Bagaimana pula dengan neraka! Setiap kali hawa nafsu anda mengajak kepada
maksiat, ingatlah azab neraka!Nescaya anda akan dapat mengalahkan 
hawa nafsu anda dengan izin Allah.

2. Mengingati mati.

Ketika nafsu anda membara,ingatlah mati.Jika anda mati dalam keadaan 
melakukan maksiat, adakah anda akan masuk syurga? Ingatlah mati selalu.

3. Memohon hidayah daripada Allah.

4. Setiap kali anda terasa ingin melakukan maksiat, cepat2lah beristighfar.

5. Cari kawan2 yang berpegang kuat dengan Islam dan jangan berkawan dengan golongan syaitan manusia yang akan menambahkan lagi hawa nafsu anda.

6. Cintakan majlis2 ilmu dan kuliah agama di masjid.

7. Sentiasa mendengar tazkirah dan peringatan2.

8. Sabar dalam melawan hawa nafsu.

Al-Imam Ibnul Qayyim menyebut di dalam "Tooriq Al-Hijrotain Wa Baab As-Sa'datain" m/s:292-293 beberapa faktor yang boleh membantu anda merealisasikan perkara tersebut.

1. Mengetahui kesan2 buruk maksiat.

2. Malu kepada Allah.

3. Mengetahui bahawa maksiat menghapuskan nikmat dan mengurangkan 
keberkatan.                                                             

4. Takut kepada Allah dan azab neraka.

5. Cinta Allah.

Akhirnya bertaubatlah dan sabar dalam mujahadah dan melawan hawa nafsu 
anda.

Sekian.

Petikan dari 
http://cahayamukmin.blogspot.com/2010/08/cara-melawan-hawa-nafsu.html#comment-form

07 December 2011

Asas hubungan antara Islam dengan kufur



Siyasah Syar‘iyyah & Tahalluf Siyasiyy Di Malaysia: Satu Analisis Kritikal (Siri 2)
Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal
Asas hubungan antara Islam dengan kufur
Asas hubungan antara Islam dan kafir ialah berdasarkan al-bara’ (lakum dinukum waliyadin).
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” (Ali-’Imraan: 118)

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali-’Imraan: 28)

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.” (Al-Anfaal: 39)

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” 
( Al-Mumtahanah: 8 )

Ini memberi makna bahawa tiada apa-apa hubungan antara orang Islam dan orang kafir yang sama dengan hubungan antara orang Islam dengan orang Islam. Tahaluf siyasi yang kita bincangkan sekarang adalah dalam kategori pengecualian. Paling tinggi hukum tahaluf ialah harus tidak lebih dari itu. Al-Aslu orang Islam mesti perkukuhkan hubungan sesama Islam sehingga kalimah Allah menjadi yang tertinggi.
“Orang kafir setengah mereka menjadi wali kepada setengah yang lain, jika kamu tidak melakukan seperti mereka akan terjadilah fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar”

Dirikan solat Subuh berjemaah

Dirikan solat Subuh berjemaah


Mari kita bayangkan kebarangkalian berlakunya satu situasi ini dalam kehidupan seharian.
‘Kokkokkokkok… Kokkokkokkok…’
Arghhh, kebencian sangat menebal dalam diri mendengarkan jam loceng berbunyi sekuat hati. Jam ku gapai menunjukkan jam 4 pagi. Di Jordan kala musim sejuk, inilah masa yang paling sesuai untuk bangkit bersiap menunaikan solat Subuh. Kepenatan masih terasa di urat-urat badan dan aku memutuskan untuk tidur kembali. Aku tak punya kekuatan untuk bangkit. Tiba-tiba, kedengaran pengumuman mengatakan 1000 dinar akan diberikan oleh utusan raja bagi sesiapa yang menunggu di luar kawasan rumahnya sekarang.
Tanpa berlengah, kepenatan hilang dan aku berlari sekuat tenaga ingin mengambil ganjaran yang diberikan. Kata utusan raja, ‘Sekiranya esok dan hari-hari kemudiannya engkau menunggu di tempat yang sama pada waktu yang sama, ganjaran yang sama akan diberikan setiap hari’. Aku berada di awangan. Selamanya takkan aku lupa dan lalai untuk mengutip ganjaranku setiap pagi. Oh ironinya, diri akukah itu?
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” (HR Bukhari dan Muslim)
Untuk merangkak mendapatkan 1000 dinar, tak kuasa aku melakukannya. Menjatuhkan air muka sahaja. Lainlah sekiranya raja memberikan jutaan dinar, baruah berpatutan untuk aku merangkak mendapatkannya. Subhanallah. Namun kekasih junjungan mengatakan kita akan merangkak untuk mengerjakan solat Subuh sekiranya kita tahu ganjarannya. Bayangkan betapa hebatnya solat Subuh berjemaah sehingga kita boleh mendapatkan ganjaran sedemikian bukan sekali dalam satahun tetapi setiap hari selagi nyawa dikandung badan.
Hadis Rasulullah s.a.w juga telah mengatakan bahawa solat Subuh berjemaah ini menjadi garis pemisah antara sifat sebenar orang mukmin dan orang munafiq. Apabila Rasulullah s.a.w. meragukan keimanan seseorang, baginda akan menelitinya ketika solat Subuh. Apabila baginda tidak mendapatinya solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang baginda ragukan dalam hati. Mereka yang tidak mempunyai iman yang teguh tidak akan mampu meninggalkan keindahan diulit mimpi indah di pagi buta.

Ada baik dibaca juga.....