31 March 2011

Tawadhu'

Imam Hasan al-Basri ditanya tentang sifat tawadhu'. 
Beliau berkata, "Tawadhu"itu ialah engkau mengeluarkan dirimu daripada kedudukan darjatnya. Apabila kamu bertemu dengan setiap muslim hendaklah kamu menganggap mereka lebih mulia daripada dirimu serta kamu mestilah sanggup membenamkan keegoan dirimu  sendiri. Di samping itu jangan lupa menghulurkan tanganmu kepada mereka yang berada dibawah sehingga dipimpin naik keatas. Oleh itu apabila kakimu tergelincir, lalu kamu jatuh tersungkur selepas berada di kemuncak, janganlah kamu menunding jari kepada orang bawahan yang kamu pimpin itu yang menyebabkan kamu jatuh. Kenal pastilah kesalahan dan keaiban dirimu sendiri sehingga kamu berjaya berdiri semula di puncak sekali lagi. Ketika itu kamu benar-benar mengetahui bagaimana untuk memantap dan memperteguhkan langkah-langkah seterusnya, disamping sokongan yang kian bertambah daripada pendokongmu yang ada bersama dipuncak."

29 March 2011

7 Golongan Manusia....Dimanakah kita???

Abu Laith al-Samarqandi berkata: "Sesiapa yang bergaul dengan tujuh golongan manusia, Allah akan menambahkan kepadanya tujuh perkara :
  1. Jika suka bergaul dengan golongan korporat, Allah akan menambahkan kedalam hati cinta dan tamak kepada dunia.
  2. Jika suka bergaul dengan penguasa atau pemerintah, Allah akan menambahkan ke dalam hati sifat takabbur serta berhati kesat.
  3. Jika suka bergaul dengan wanita, Allah akan menambahkan kedalam hati sifat jahil serta cenderung kepada nafsu syahwat.
  4. Jika suka bergaul dengan kanak-kanak, Allah akan menambahkan kedalam hati sifat suka bergurau serta sifat tidak serius.
  5. Jika suka bergaul dengan orang fasiq, Allah akan menambahkan kedalam hati sifat berani akan melakukan maksiat terhadap Allah serta sentiasa bertangguh-tangguh untuk bertaubat.
  6. Jika suka bergaul dengan para solihin, Allah akan menambahkan kedalam hati sifat cenderung untuk mentaatiNya.
  7. Jika suka bergaul dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu kedalam hati serta sifa wara'

p/s golongan manakah yang kita pilih? Lakukanlah perubahan dalam diri kita. Insya'allah segala yang baik itu datang dariNya.

27 March 2011

40 Amal Membawa Ke Syurga

Risalah ini sebahagian daripada terjemahan teks berbahasa Arab bertajuk "Ahlul Jannah, Aqwam Syahida Lahum Rasulullah s.a.w. bil-Jannah". Oleh Syeikh Yusuf al-Haj Ahmad dari Mesir. Diterjemah oleh A. Basit b. A.Wahab

Empat puluh amalan membawa ke Syurga:
  1. Islam dan Iman Link Hadith
  2. Bersuci
  3. Azan
  4. Solat
  5. Zakat
  6. Puasa
  7. Haji
  8. Siddiq(Bersifat Benar)
  9. Sabar
  10. Jihad Fi Sabilillah
  11. Mati Syahid
  12. Berkasih sayang kerana Allah
  13. Mencintai Al-Quran, Membaca, Mempelajari dan Beramal dengannya. Link Hadith
  14. Memelihara Anak Yatim
  15. Memdidik Anak-anak Perempuan Berikap Ihsan Terhadap mereka
  16. Mengasihi dan Belas Ihsan kepada Haiwan
  17. Membuang sesuatu yang menyakikan di jalan
  18. Menuntut Ilmu kerana Allah Link Hadith
  19. Mentaati Perintah Allah dan Rasul
  20. Wanita yang mentaati suami
  21. Mentaati kedua Ibubapa
  22. Memelihara hubungan Silaturrahim
  23. Menziarahi Pesakit
  24. Berkecukupan dan tidak meminta-minta kepada manusia
  25. Taqwa
  26. Menjauhi Dosa-dosa Besar
  27. Berakhlak Mulia
  28. Tidak berdusta
  29. Tidak Bertengkar
  30. Berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah
  31. Membina Masjid
  32. Membantu Orang Susah
  33. Bersedekah
  34. Redha dengan Allah, Islam dan Rasul
  35. Memerangi Syaitan
  36. Menjauhi Takabbur, Khianat, dan suka Berhutang
  37. Bersifat Adil
  38. Pujian keatas Mayat
  39. Menjaga Lidah
  40. Berzikir kepada Allah

26 March 2011

Sebab-sebab Iman Dicabut - 27 Sebab

Didalam risalah yang bertajuk "Minahu Zi al-Jalal Fi Islah Ilmi al-Hal" oleh Al-Allamah al-Syeikh Ahmad Abdul Ghani Abidin (1244H-1307H) berkata,
"Hendaklah diketahui bahawa sesuatu yang sangat menggerunkan hati seseorang mukmin itu ialah tilikan ilmu Allah yang terdahulu terhadap diri, sebelum ia diciptakan dan kesudahan hidup seseorang itu. Seorang hamba itu tidak mengetahui apakah kesudahan hidupnya sama sepertimana ketetapan yang terdahulu yang telah ditentukan oleh Allah samada kesudahannya bahagia atau sengsara. Apabila Allah menetapkan kesudahan hidup seorang itu bahagia bererti ia akan mati dalam iman. Jika sebaliknya, ia akan mati dalam kekufuran serta kekecewaan".

Kebiasaan, iman itu punah atau dicabut ialah ketika seseorang itu berada diambang maut. Hal ini adalah disebabkan oleh sikap seseorang itu yang kekal serta ketegar dengan perbuatan dosanya sewaktu hayatnya. Sebab-sebab yang membawa kepada tercabutnya iman itu ialah:
  1. Aqidah yang Batil-Unsur ini mempunyai pengaruh yang sangat besar, menyesatkan orang yang sedang menghadapi sakaratul maut. Mereka terdiri daripada pelaku bid'ah yang menyalahi 'Iktikad Ahli Sunnah wa al-Jama'ah.
  2. Lemah Iman-Iman kepada Allah dan para Anbia lemah serta tidak dapat memahami dan menghayati Risalah para nabi dan Rasul. Hal ini juga adalah merupakan kecacatan-kecacatan yang menimpa batin manusia.
  3. Sembilan Anggota Tubuh Tidak Dibentuk Mentaati Allah-Anggota tersebut ialah lidah,dua biji mata,dua telinga,dua tangan serta dua kaki. Setiap anggota tesebut tidak diasuh dan dilentur melakukan ibadah yang selayaknya seperti yang dikehendaki oleh Allah. Setiap mukallaf di larang keras oleh Allah menyalahgunakan setiap anggota badan yang dicipta oleh Allah.
  4. Tidak Mahu Bertaubat Serta Kekal Dalam Maksiat-Dosa kecil yang dilakukan berterusan akhirnya akan menjerumuskan sipelakunya kedalam dosa besar. 
  5. Tidak Bersyukur Terhadap Nikmat Allah-Taufiq dan hidayah Allah akan membawa manusia kepada menghayati Islam yang diredhai oleh Allah serta membentuk manusia yang soleh lagi bersyukur.
  6. Merasa Selamat daripada Tipu Daya Allah dan dari Su'ul Khatimah(mati dalam kekufuran)-Sesiapa yang merasa aman daripada tipu daya Allah maka ia adalah kufur. Maksud tipu daya Allah itu ialah balasan azabNya.
  7. Menzalimi Manusia- Erti zalim itu ialah, meletakkan sesuatu tidak sesuai dengan tempatnya serta tidak berpegang kepada kebenaran. Allah pula telah mengharamkan perbuatan ini.
  8. Berkata-kata Ketika Azan Berkumandang.Tidak Menjawabnya seperti yang dituntut oleh Sunnah.-
  9. Menderhaka Kepada IbuBapa-Perbuatan menderhaka kepada kedua ibubapa adalah dosa besar.
  10. Suka Bersumpah Dusta
  11. Tidak Melakukan Tumakninah pada empat Rukun di dalam Solat-Suka bersumpah dusta dengan nama Allah walaupun ia benar.
  12. Meringan-ringankan Solat Serta Mengambil Mudah Terhadapnya-
  13. Minum Arak-
  14. Menyakiti Orang Islam-Maksud menyakiti orang islam itu samada dengan tangan atau lisan
  15. Mendakwa Memiliki Maqam Kewalian Dengan Dusta Secara Berterusan-
  16. Melupakan Dosa Yang Telah Dilakukan-Termasuk didalam hal ini ialah tidak mengendahkan perbuatan dosa yang dilakukan bahkan terus ketegar melakukan maksiat tersebut.
  17. Hairan Kepada Kelebihan Diri atau Ujub-Hal ini akan menjadikan seseorang itu menyangka bahawa amal kebajikan sudah cukup banyak sedangkan amalnya tidak seberapa. Sikap seperti ini adalah sebahagian daripada akhlak syaitan.
  18. Menyangka Diri Memiliki Ilmu yang Banyak-Pada hakikatnya orang yang seperti ini tidak memiliki ilmu. Adapun sangkaannya yang sedemikian itu adalah lahir daripada sifat ujub,takabbur, merendahkan orang lain atau seumpamanya.
  19. Mengumpat-
  20. Hasad atau Dengki-
  21. Menyalahi Serta Menentang Syeikh Yang Mendidik Tanpa Sebarang Alasan atau hujah daripada Syara'-
  22. Seseorang Mendakwa Bahawa Orang Lain Tidak Mengetahui Bahawa Ia Adalah Seorang Yang Soleh-Hal ini termasuk sangkaan rambang seseorang itu bahawa ia memiliki keistimewaan atau kekeramatan atau kewalian tanpa ujian daripada pihak yang lebih 'Arif daripadanya.
  23. Kekal Melakukan Perbuatan Bohong atau Dusta-Kekal melakukan perbuatan dusata itu bererti mengekalkan diri sentiasa dalam kongkongan dosa, akhirnya akan membinasakan diri.
  24. Menjauhi Para Ulama' Yang Soleh-
  25. Lelaki yang Memakai Pakaian yang Di Perbuat Daripada Sutera.-
  26. Memanjangkan Misai Serta Mencukur Janggut.-
  27. Suka Mengumpat- Ia adalah satu daripada perbuatan dosa-dosa besar.
Dipanjangkan oleh Mantan Mufti kerajaan Negeri Sembilan,
Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza bin Hj Ahmad.

25 March 2011

Haram Berdamai dengan Israel

 Komite Fatwa Ulama-Ulama Al Azhar:
 “Haram Berdamai dengan Israel”
Komite Fatwa menyatakan bahwa perdamaian dengan Israel–sebagaimana yang dinginkan oleh orang-orang yang menyeru kepada hal tersebut–tidak diperbolehkan secara hukum syara’
Pada hari Minggu, 18 Jumadal Ula 1375 H/Januari 1956 M, Komite Fatwa Al-Azhar mengadakan pertemuan khusus yang diikuti oleh anggota dewan ulama-ulama senior Al-Azhar dan dipimpin oleh Prof. Sheikh Mohammed Hassanein Makhlouf, salah seorang ulama senior Al-Azhar, yang juga mantan mufti Mesir. Pertemuan itu dihadiri oleh Syaikh Isa Manun, Dekan Fakultas Syariah dari Mazhab Syafi’i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Direktur Lembaga Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdullathif As-Subki, Direktur Tim Inspeksi di Universitas Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Sekjen Komite Fatwa.
Telah dipertimbangakan pertanyaan di bawah ini dan dikeluarkan fatwa sebagai berikut:

Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah Swt, Shalawat dan salam semoga dihaturkan kepada penghulu para nabi Muhammad Saw, dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya. Komite Fatwa Al-Azhar Asy-Ayarif telah memperhatikan beberpa pertanyaan tentang pandangan Syariat Islam seputar hukum berdamai dengan Israel yang telah merampas tanah Palestina, kemudian mengusir penduduknya, membantai para wanita, anak-anak, orang tua dan pemuda, merampas harta benda mereka dan melakukan perbuatan-perbuatan keji di tempat-tempat ibadah dan tempat suci kaum muslimin.
Juga tentang hukum saling mencintai dan tolong menolong dengan negeri-negeri penjajah yang membantu Yahudi dalam agresinya, membantu mereka dengan sokongan politik dan materi untuk mendirikan negara Yahudi di jantung kawasan negara-negara Islam. Dan juga tentang hukum bersekutu yang digembar-gemborkan negara-negara kolonial yang tujuannya tidak lain agar Yahudi tetap eksis di tanah Palestina, guna memudahkan mereka menjalankan misi kolonialisme.
Dan juga tentang kewajiban kaum muslimin terhadap tanah Palestina dan upaya mengembalikan rakyat Palestina yang terusir dari negeri mereka, serta kewajiban kaum muslimin terhadap proyek Israel memperluas tanah jajahannya dan upaya mereka untuk menarik orang Yahudi di manca negara untuk bermukim di Palestina, yang tentunya akan memperkokoh keberadaan dan kekuatannya serta menjadi ancaman bagi negara-negara disekelilingnya.

Komite Fatwa menyatakan bahwa perdamaian dengan Israel–sebagaimana yang dinginkan oleh orang-orang yang menyeru kepada hal tersebut–tidak diperbolehkan secara hukum syara’, karena di dalamnya terdapat pembenaran terhadap penjajah untuk meneruskan upaya penjajahannya, pengakuan keberhakannya terhadap tanah jajahannya, dan dukungan kepada mereka untuk meneruskan agresinya.
Padahal semua agama samawi dan agama-agama non samawi sepakat mengharamkan penjajahan dan mewajibkan dikembalikannya tanah jajahan kepada pemiliknya. Komite juga menyerukan kepada pemilik hak (rakyat Palestina, penj-) untuk membela dan merebut haknya.

Karena di dalam Hadits ditegaskan, “Barang siapa yang terbunuh karena membela kehormatannya maka ia syahid.”
Dalam Hadits lain, “Bagi tangan (pemilik) apa yang diambilnya (dimilikinya) sampai dikembalikan.”

Maka tidak boleh bagi kaum muslimin untuk upaya damai dengan Yahudi—yang merampas tanah Palestina, menzalimi rakyatnya dan mengambil secara paksa harta benda mereka—upaya yang mengokohkan Yahudi untuk tetap tinggal di tanah Palestina dan mendirikan sebuah negara di atas tanah suci negeri Islam ini. Bahkan wajib bagi kaum muslimin semuanya untuk saling membantu—tanpa memandang suku, bangsa, perbedaan bahasa dan warna kulit—untuk mengembalikan rakyat Palestina ke negeri mereka, menjaga kesucian masjid Al-Aqsha yang merupakan tempat turunnya wahyu, tempat shalatnya para nabi yang diberkahi oleh Allah Swt, dan menjaga peninggalan-peninggalan sejarah Islam dari tangan para penjajah.
Wajib juga bagi mereka untuk menolong para mujahidin dengan senjata dan kekuatan untuk berjihad, dan hendaknya mereka mengeluarkan segala kemampuan yang dimiliki untuk mensucikan negeri Islam dari tangan penjajah yang zalim.

Allah Swt berfirman:
“Dan persiapkanlah bagi mereka (musuh-musuh Allah) kekuatan, apa saja yang engkau bisa, dan dari kuda-kuda perang yang ditambat, yang dengannya engkau membuat gentar musuh Allah dan musuh kalian…” (At-Anfal: 60)

Barang siapa yang tidak mendukung hal ini atau menyepelekannya atau mencela kaum muslimin karenanya, atau mengajak kepada hal-hal yang dapat memecah belah persatuan kaum muslimin, dan mendukkung usaha-usaha negara-negara penjajah dan Zeonis untuk merealisasikan rencana mereka terhadap negara-begara Arab dan Islam, terutama negara Palestina ini, maka dia dalam hukum Islam telah keluar dari Jama’atul Muslimin dan telah melakukan dosa yang besar.

Bagaimana tidak, semua orang tahu bahwa Yahudi selalu berbuat makar terhadap Islam, kaum muslimin dan negara-negara Islam, sejak dari zaman kenabian sampai sekarang, dan bahwasanya mereka tidak cukup sekedar menzalimi rakyat palestina dan mengotori Masjid Al-Aqsha saja, melainkan, rencana besar mereka adalah menguasai seluruh wilayah negara-begara Islam yang berada di antara sungai Nil dan Eufrat. Maka wajib bagi kaum Muslimin untuk menyatukan kata guna menghilangkan bahaya besar ini, membela negeri-negeri Islam dan menyelamatkannya dari tangan-tangan penjajah.

 Allah Swt berfirman:
Dan berpegang teguhlan kamu sekalian pada tali Allah dan janganlah berpecah belah…” (Ali Imran: 103)
Adapun bekerjasama dengan negara-negara yang membantu ekstrimis zalim ini dengan materi dan persenjataan sehingga tetap eksis di tanah kaum musllimin, hal itu tidak diperbolehkan menurut syara’, karena merupakan upaya saling bantu-membantu dalam kezaliman dan mendukung mereka dalam permusuhannya terhadap Islam dan negeri-negeri Islam.

Allah Swt berfirman,
“Sesungguhnya Allah hanya melarang kalian menjadikan teman orang-orang yang memerangi kalian dan mengeluarkan kamu dari negerimu sendiri serta orang-orang yang membantu orang lain untuk mengusir kamu. Barang siapa yang mendukung mereka, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Mumtahanah: 9)
Dalam ayat lain Allah berfirman,
“Tidak akan engkau temukan suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhir yang mencintai orang-orang yang melawan Allah dan Rasulnya, walau mereka adalah bapak, anak, saudara dan keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah ditetapkan oleh Allah iman dalam hatinya dan menguatkannya dengan pertolongan dari pada-Nya, dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha kepada mereka dan merekapu ridha kepada-Nya. Mereka itulah golongan Allah, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Al-Mujadalah: 22)

Tidak diragukan lagi bahwa mendukung musuh dan mencintai mereka sama dengan membantu mereka dengan sesuatu yang dapat menguatkan posisi mereka baik dengan pikiran, senjata dan kekuatan, baik secara tersembunyi atau terang-terangan, langsung atau tidak langsung, semua itu diharamkan bagi setiap muslim apapun alasannya. (SN/IKH)

23 March 2011

Belilah....anda tidak rugi....

41 Kelebihan Rasulullah SAW

“Maklumat dalam risalah kecil ini adalah merupakan pilihan pengarangnya daripada riwayat yang sahih, tidak ada yang boleh diputuskan sebagai daif. Inilah keistimewaan risalah ini berbanding dengan kitab-kitab yang lain”. (Tahqiq Bidayah al-Sul, ms. 12)
Kandungan buku ini keseluruhannya menunjukkan kepada ketinggian darjat Rasulullah SAW, maka kita sebagai umatnya wajib menyayangi Baginda dengan mengikut petunjuk dan ajarannya yang sebenar, bukan hanya sekadar mencipta slogan atau cogankata yang ditulis untuk dilaungkan.
Penulis
Penterjemah
: Sheikh Izzuddin Abdul Aziz Bin Abdul Salam Al-Sulami
: Dr. Basit Bin Abdul Rahman
Kod Katalog
: TBBK 1180
Kod ISBN
: 978-967-388-022-5
Harga
: Semenanjung M'sia - RM8.00
: Sabah / S'wak: RM10.00
 
 
 
 

22 March 2011

KOLEKSI TULISAN DR ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI

Tiga perkara membatalkan akidah

Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI


IBN Jauzi berkata: “Sebahagian ulama berpendapat ayat yang sebelum ini telah dinasakhkan dengan pengecualian pada ayat ini, dan ini bukanlah dinamakan nasakh kerana pengecualian maksudnya mengeluarkan sebahagian dari semuanya yang membawa kepada takhsis.”


Sayid Qutub berkata: “Adapun orang-orang yang terus berdegil (di atas kesalahan mereka) dan tidak bertaubat sehingga peluang itu terlepas dari tangannya dan tempoh (yang diberikan Allah) telah berakhir, maka mereka akan menghadapi laknat yang diancamkan kepada mereka sebelum ini dengan huraian yang lebih terperinci dan tegas lagi.”


Benarlah firman Allah s.w.t bermaksud:
 "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati di dalam keadaan kafir, mereka ditimpa laknat Allah dan laknat para malaikat dan manusia seluruhnya".


"Mereka kekal di dalam laknat itu dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula diberi tempoh kelonggaran". (Al-Baqarah: 161-162)


Firman Allah s.w.t bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati di dalam keadaan kafir. Sesungguhnya disyaratkan mati dalam kufur kerana hukumnya mengikut bagaimana keadaan mati".


Abu al-`Aliyah berkata:
“Ini pada hari kiamat di mana orang kafir didirikan kemudian Allah melaknatnya seterusnya manusia dan malaikat juga melaknatnya".
Inilah yang dinukilkan oleh Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya.


Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh membawa kepada keluarnya seseorang dari daerah keimanan kepada kufur. Disebut secara umum di sini antara sebab-sebab tersebut:


Ulama berpendapat perkara yang membatalkan akidah dan iman terbahagi kepada tiga:


* Iktikad.

* Perbuatan.

* Perkataan.


Ulama menyebut dalam kitab masing-masing secara terperinci jenis-jenis perkara di atas yang boleh mengeluarkan daripada daerah keimanan sehingga membawa kekufuran. Secara ringkasnya seperti berikut:


* Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.


* Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.


* Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-lain.


* Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.


* Menghina al-Quran.


* Menghina Rasulullah s.a.w dan sunahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.


* Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.


* Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.


* Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.


* Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang diketahui umum.


* Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.


* Mengaku adanya Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.


* Menganut fahaman isme-isme yang lain seperti liberalisme dan lain-lain.


Seterusnya firman Allah s.w.t bermaksud:
"Mereka ditimpa laknat Allah dan laknat para malaikat dan manusia seluruhnya. Ayat ini yang dimaksudkan dengan laknat tiga wajah".
Pertama, mereka melaknatnya di hari akhirat.
Kedua, dikehendaki dengan manusia di sini ialah di kalangan orang yang beriman seperti pendapat Ibn Mas’ud, Qatadah dan Muqatil.
Ketiga, bahawa laknat daripada orang yang ramai.


Firman Allah s.w.t bermaksud :
"Mereka kekal di dalam laknat itu dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula diberi tempoh kelonggaran".
Maksud kekal di dalamnya atau padanya ada dua pendapat.
Pertama, kembali kepada laknat seperti pendapat Ibn Mas’ud dan Muqatil.
Kedua, kembali kepada neraka.


Ayat ini tidak menyebut suatu azab yang lain dari laknat yang menyerkup mereka, malah ia menyifatkan laknat ini sebagai suatu azab yang tidak akan diringankan dari mereka dan tempoh azab itu tidak akan ditangguhkan.


Itulah azab yang mengecilkan segala azab yang lain. Itulah azab diusir, dibuang dan dilayan dengan kasar dan tiada hati yang menaruh belas kasihan, tiada mata yang memandang dengan simpati dan tiada lidah yang mengucap kata-kata hormat.


Mereka dikutuk, diusir dan dibuang oleh para hamba Allah dan oleh Tuhan sekalian hamba-Nya sama ada di bumi dan di alam al-Mala`ul-A’la. Inilah azab yang amat pedih dan amat menghinakan.


Firman Allah:
"Mereka kekal di dalam laknat itu dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula diberi tempoh kelonggaran. Balasan itu disebabkan mereka telah menutup pintu yang terbuka itu kepada diri mereka sendiri dan membiarkan peluang itu terlepas dari tangannya dan tempoh (yang diberikan Allah) itu berakhir begitu sahaja, sedangkan mereka terus berdegil dengan sikap menyembunyikan kebenaran, memilih kekufuran dan kesesatan".


Iktibar dan pengajaran ayat:


1. Kebahagiaan yang hakiki ialah mati dalam husnu al-Khatimah apatah lagi diakhiri dengan kalimah tauhid.


2. Laknat yang datang daripada Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya menjadi dalil ia termasuk dalam dosa besar.


3. Beriman dengan hari balasan seperti adanya azab neraka adalah benar.


21 March 2011

Ya Rabb....ku bisikan kerinduan...


sungguh syahdu sekali....memang benar....masa dia jadi imam di masjid al-syakirin di KLCC, tersentuh jua jiwa ini....moga Allah Merahmati beliau.....amin.....

59 Akhlak terkeji.Masih ada sifat bergini??

Imam al'Allamah al-Barkawi menyatakan bahwa akhlak yang terkeji bagi hati itu 59, Saya sebutkan secara ringkas disini dan hendaklah dijauhi supaya mendapat taufiq daripada Allah dan dijauhi daripada Su'ul-Khatimah iaitu:
  1. Kufur
  2. Bid'ah Riya'
  3. Takabbur
  4. Ujub
  5. Hasad
  6. Bakhil
  7. Melampau
  8. Jahil
  9. Kufur Nikmat
  10. Mengingkari Qadha'Allah
  11. Keluh-kesah
  12. Merasa selamat dari azab Allah
  13. Putus asa
  14. Suka membuat zalim
  15. Benci kepada orang soleh
  16. Berpegang secara mutlaq kepada sebab-musabab
  17. Bangga diri
  18. Bimbang mendapat kehinaan
  19. Suka dipuji
  20. Tunduk pada hawa nafsu
  21. pak turut
  22. Panjang angan-angan
  23. Tamak
  24. Suka mendedahkan diri kepada unsur kehinaan
  25. Dengki
  26. Mengecewakan harapan orang
  27. Suka permusuhan
  28. Bacul
  29. Bertindak melulu
  30. Khianat
  31. Sabotaj
  32. Mungkir janji
  33. Bersangka buruk
  34. Betenung nasib
  35. Cinta Harta
  36. Cinta Dunia
  37. Haloba
  38. Lemah Akal
  39. Menganggur
  40. Gopoh
  41. Bertangguh untuk beramal
  42. Golojoh
  43. Tidak bersifat malu
  44. Berduka cita dengan urusan duniawi
  45. Takut kehilangan harta dunia
  46. Menipu
  47. Fitnah
  48. Menipu-daya
  49. Bergantung kepada makhluk
  50. Cepat berubah
  51. Ketegar
  52. Menentang
  53. Memuji diri
  54. Munafiq
  55. Melenting
  56. Bebal
  57. Rakus
  58. Mudah kecewa
  59. Degil

19 March 2011

Peribadi 10 tokoh srikandi

Peribadi 10 tokoh srikandi
WANITA sememangnya golongan hebat yang memiliki pelbagai pesona. Setiap wanita mengimpikan ciri-ciri kesempurnaan termasuk sahsiah, perwatakan dan kejayaan dalam karier.
Bagi memiliki sifat kesempurnaan terbabit ia perlu dilengkapi sifat terpuji, kekentalan jiwa dan ilmu yang tinggi supaya bertepatan dengan ciri serta kehendak Islam.
Buku 10 Tokoh Idola Muslimah ini mengajak pembaca menghayati sejarah perjuangan insan-insan hebat iaitu perjuangan menegakkan Islam. Kisah hidup mereka perlu dijadikan pedoman dan teladan sebagai panduan dalam melayari kehidupan.


Pemilihan tokoh-tokoh srikandi Islam sebagai wanita contoh yang tersurat dalam sejarah Islam ini boleh ditampilkan serta diketengahkan kepada wanita masa kini.

Mereka ialah Siti Aminah binti Abdul Wahab, Siti Khadijah binti Khuwailid, Siti Aisyah binti Abu Bakar, Siti Hajar, Siti Sarah, Fatimah Az-Zahrah binti Muhammad, Siti Zulaikha, Asma’ Abu Bakar, Asiah Muzahim dan Siti Rahmah.
Setiap tokoh dirungkaikan secara terperinci merangkumi sejarah hidup dan kaitannya dengan kehidupan masa kini serta kisah inspirasi yang boleh dijadikan motivasi bagi menghias peribadi.

Ketika ini kita ketandusan tokoh menepati cita rasa Islam sebenar dan masih belum terlambat lagi untuk mencedok dan meneliti kembali perjalanan srikandi hebat yang terbukti mempunyai kriteria unggul dan berbeza.
Segala kesukaran dan cabaran yang dilalui tokoh-tokoh srikandi hebat berkenaan dapat dijadikan iktibar dan mampu tampil sebagai ikon dalam menjalani perjuangan dan perjalanan penuh cabaran.
Hakikatnya, mereka berjaya meletakkan penanda terbaik dalam meniti perjuangan. Golongan ini berjaya mengangkat martabat wanita hingga nama dan kisah sebahagian daripada mereka terus tercatat dalam lembaran sejarah dan wahyu Ilahi.
Setiap peristiwa yang tercatat dalam al-Quran mempunyai hikmahnya tersendiri terutamanya kepada kaum wanita. Wanita adalah tonggak utama dalam kehidupan rumah tangga kerana wanita yang melahirkan serta mendidik anak sebagai pewaris masa depan.
Pembabitan tokoh wanita dalam menegakkan agama suci Allah tidak boleh dianggap remeh kerana ia adalah titik tolak kepada kemenangan Islam.
Justeru, penting bagi kita untuk menyoroti kembali kisah hidup, kehebatan, titik tolak kejayaan dan rahsia besar jiwa mereka dalam meraih kejayaan dan kecemerlangan peribadi, sahsiah serta perwatakan mereka.
Mereka boleh dijadikan idola demi menyuntik semangat dalam mengendalikan masalah dan cabaran semasa.




Tajuk: 10 Tokoh Idola Muslimah
Penulis: Sakinah Salleh
Penerbit: PTS Millenia Sdn Bhd
Cetakan: Pertama
Harga: RM13.00 (Semenanjung) RM15.00 (Sabah dan Sarawak)
Halaman: 115 muka surat

Sejenak Berfikir...

Menjaga Imej Agama
Sabda Rasulullah s.a.w:
 "Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini?"


Alamat Mimpi
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). 
Mimpi itu ada tiga jenis:
(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah,
(2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan,
(3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang.
Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain."

Kelebihan berwuduk

ABU Hurairah meriwayatkan Rasulullah (SAW)) bersabda:
“Pada hari kiamat, umatku dipanggil dengan ghurram muhajjalin, kerana bekas wuduknya (yang bercahaya). Siapa yang mahu menambah ghurramnya, silalah lakukan,”
(Hadis Riwayat Bukhari).
“Sesiapa yang berwuduk (mahu mendapat) kesucian, Allah pasti menetapkan baginya dengan 10 kebaikan,”
(Hadis Riwayat Abu Daud).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah bersabda:
“Seseorang sentiasa dianggap seperti dalam keadaan solat asalkan dia tidak berhadas,” Seseorang bertanya, “Apakah erti hadas itu Abu Hurairah?”. “Buang angin,” jawab Abu Hurairah
 (Hadis Riwayat Bukhari).
Humran bekas hamba Uthman bin Affan mengatakan Uthman bin Affan meminta sebaldi air bagi berwuduk. Dia menuangkan air itu ke tangannya dan membasuh tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air lalu berkumur-kumur dan membersihkan hidung, dan memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkan air itu semula.

Seterusnya dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh dua tangannya hingga siku sebanyak tiga kali. Selepas itu dia berkata, Rasulullah berpesan, “sesiapa yang berwuduk sepertiku ini, kemudian solat (sunat wuduk) dua rakaat dengan khusyuk, pasti diampuni dosanya yang lalu,”
(Hadis Riwayat Bukhari)
 - DIPETIK DARIPADA BUKU DIARI HIDUP RASULULLAH (SAW).

Harga: RM 11.90 / RM 13.90
ISBN-13: 978-983-3372-94-2
ISBN-10: 983-3372-94-5
Tarikh Terbit: 18 Aug 2009
Jumlah Muka Surat : 160

http://www.hmetro.com.my/myMetro/PTS Millennia Sdn Bhd

17 March 2011

Rahmat atau Laknat

Rahmat atau Laknat

Dari ˜Atha' bin Abu Rabah r.a katanya, dia mendengar Aisyah isteri Rasulullah saw. bercerita:
"Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah saw sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya".
Berkata Aisyah:"Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa".
Jawab baginda :"Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat."


Kebinasaan Berlaku Tidak Mengira Sesiapa Masa dan Tempat

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
"Bakal ada tentera yang akan menyerang Ka'abah, tetapi ketika mereka sampai disuatu tempat lapang, tiba-tiba ia dibinasakan semuanya , baik yang pertama hingga yang terakhir."
Aisyah bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya, padahal disitu ada orang-orang yang tidak ikut serta, iaitu orang yang sedang dipasar dan lain-lainnya"?
Jawab Nabi : "di binasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing.

Petikkan dari sumber JAKIM.

16 March 2011

Masa-masa yang mustajab untuk berdoa

Waktu-waktu doa mustajab:
  1. Selepas Azan
  2. Antara Iqamah dan sembahyang
  3. Antara dua khutubah Jumaat
  4. Waktu Sahur
  5. 1/3 malam
  6. Waktu hujan turun
  7. Ditengah medan peperangan yang terlalu sengit
  8. Semasa melihat Kaabah
  9. Ketika Tawaf dan Saie
  10. Selepas setiap kali mendirikan sembahyang
  11. Ketika berpuasa wajib atau sunat
  12. Semasa dalam kesusahan serta penderitaan
  13. Selepas membaca Al-Quran
  14. Waktu hampir saat berbuka puasa
  15. Semasa meminum air Zam-zam
  16. Ketika ayam berkokok(waktupagi/subuh)
  17. Semasa berkumpul di majis zikir



Beringatlah

 يَسۡمَعُ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِ ثُمَّ يُصِرُّ مُسۡتَكۡبِرً۬ا كَأَن لَّمۡ يَسۡمَعۡهَا‌ۖ فَبَشِّرۡهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ۬
 (٨)
(7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Kalamullah

 فَٱصۡبِرۡ لِحُكۡمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعۡ مِنۡہُمۡ ءَاثِمًا أَوۡ كَفُورً۬ا
(٢٤)
وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً۬
(٢٥)


(24) Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;
(25) Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang) dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.-Al-Insan-


 أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمۡسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيۡلِ وَقُرۡءَانَ ٱلۡفَجۡرِ‌ۖ إِنَّ قُرۡءَانَ ٱلۡفَجۡرِ كَانَ مَشۡہُودً۬ا
(٧٨)


(78) Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.-Al-Israq-



http://www.quranexplorer.com/

11 March 2011

Jumaat-" Yaumu 'l-mazid "

HARI JUMAAT
Hari Jumaat mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.Itulah sebabnya hari tersebut dinamakan"Penghulu segala hari". Hari Jumaat juga dianggap sebagai hari raya mingguan dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w : "Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu juga ia dimasukkan dalam syurga, dan pada hari itulah ia dikeluarkan darinya."

Hari Jumaat juga dinamakan "Yaumu 'l-mazid" iaitu hari pemberian tambahan, kerana pada hari tersebut Allah S.W.T mengurniakan rahmat yang banyak kepada hambaNya. Segala permohonan yang diminta oleh seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan " Waktu Mustajab." "Waktu Mustajab" ini tidak ditentukan, boleh jadi pada waktu pagi atau petang, siang atau malam, ketika imam sedang duduk antara dua khutbah atau selepas solat Asar pada hari berkenaan. Tujuannya ialah agar hamba itu senantiasa beribadat dan berdoa kepada Allah S.W.T, bukan pada masa-masa tertentu sahaja.


Waktu mustajab pada hari Jumaat:- 

Sabda Rasulullah s.a.w:" Malaikat Jibrail a.s, telah datang kepadaku sedangkan di tapak tangannya ada sebuah cermin putih. Ia berkata: "Ini adalah hari Jumaat, yang disediakan untukmu oleh Tuhanmu, untuk menjadi satu hari raya bagimu dan umatmu selepas kau. Di tengah-tengah cermin ini ada satu titik." 
 Aku (Muhammad) bertanya : "Titik apakah itu?"
Ia menjawab : " ia adalah satu saat dari dua puluh empat jam, barang siapa berdoa kepada Allah Ta'ala pada saat itu, nescaya Allah S.W.T memperkenankan permohonannya. Ia (Jumaat) adalah penghulu semua hari."

Dari (Abu Hurairah) bahawasanya Rasulullah s.a.w menyebut-nyebut tentang hari Jumaat. Beliau bersabda: "Pada hari (Jumaat) itu ada suatu saat yang apabila bertepatan dengan seorang Islam ketika ia sedang sembahyang memohon sesuatu kepada Allah S.W.T nescaya Allah S.W.T akan memperkenankan dia. Sambil ia mengisyaratkan dengan tangannya, menunjukkan sedikitnya waktu yang dimaksudkan itu".
 
Dari Abu Burdah bin Abu Musa Al-Ashari r.a katanya:
Abdullah bin Umar r.a bertanya: "Pernahkah engkau mendengar ayahmu bercerita tentang Rasulullah s.a.w iairu mengenai Jumaat?"  
 Ia menjawab: Ya. Saya pernah mendengar dia (bapa) berkata:  
Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Ia adalah antara duduknya imam (di atas mimbar) sehingga sempurna sembahyang."
 
Bahawasanya Nabi s.a.w ada bersabda:  
"Sesungguhnya pada hari Jumaat itu ada suatu saat apabila bertepatan dengan seseorang islam memohon kepada Allah S.W.T ketika itu, Allah akan memperkenankannya, (saat itu) ialah selepas asar."
 
Nabi s.a.w ada bersabda: "Hari Jumaat itu dua belas jam. Sebahagian daripadanya ada suatu waktu yang tidak didapati padanya seseorang hamba Islam yang memohon sesuatu kepada Allah S.W.T, melainkan Allah S.W.T memberi akan dia, carilah dia pada akhir waktu, sesudah asar."

Abu Salamah bin Abdul Rahman berkata:"Bahawa sekumpulan manusia yang terdiri daripada sahabat Rasulullah s.a.w duduk berkumpul, lalu mereka membincangkan tentang masa yang terdapat pada hari Jumaat. Mereka kemudian pergi (sesudah menetapkan) bahawa saat itu ialah pada akhir waktu dari hari Jumaat." 
Dalam hadis yang lain....
Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila  datang hari Jumaat, Allah ta'ala mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka ada kalam-kalam emas dan kertas daripada perak. Mereka berdiri di pintu-pintu masjid dan menulis nama merka yang masuk masjid dan bersembahyang Jumaat. Apabila sempurna sembahyang, mereka semua naik ke langit dan berkata:"Wahai Tuhan kami, kami telah tulis nama mereka yang masuk masjid dan bersembahyang Jumaat." 

Allah ta'ala menjawab: "Wahai malaikatKu, demi keagungan dan kebesaranKu, sesungguhnya Aku telah ampuni mereka dan mereka sudah tidak berdosa."

Dalam hadis yang lain pula.... 
Nabi s.a.w bersabda:
"Penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Itulah hari yang teragong di sisi Allah Ta'ala dan (ia) adalah lebih besar daripada Hari Raya Fitrah dan Raya Qurban. Pada hari itu terjadi lima peristiwa: Allah azza wa jalla menjadikan Nabi Adam a.s, Allah Ta'ala menurunkan Nabi Adam a.s ke bumi, pada hari tersebut Allah Ta'ala mematikan Nabi Adam a.s, pada hari Jumaat itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hambapun yang memohon sesuatu, kecuali Allah Ta'ala akan memperkenankan permohonannya selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. Pada hari itu juga terjadinya hari kiamat. Tidak ada seorang malaikat pun sekalipun yang amat dekat kedudukkannya (di sisi Allah), langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan semuanya memohon belas kasihan pada hari Jumaat."

Diantara amalan yang patut dilakukan pada hari Jumaat ialah:

i. Membaca Al-Quran. Diantaranya surah Al-Kahf. 
Ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang berbunyi:"Barang siapa membaca suruh Al-Kahf pada hari Jumaat, maka memancarlah cahaya dari bawah tapak kakinya higga ke puncak langit. Cahaya itu terus menyinarinya pada hari kiamat dan diampunkan untuknya antara dua Jumaat."
Menurut sebuah hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Barangsiapa mandi pada hari Jumaat necaya diampunkan dosa-dosanya dan apabila ia berjalan untuk mengerjakan sembahyang Jumaat, Allah Ta'ala meulis untuknya ganjaran ibadah dua puluh tahun bagi setiap langkah dan apabila ia sembahyang Jumaat ia akan diberi balasan amalan selama dua ratus tahun."

Namun demikian, ganjaran pahala yang diberi oleh Allah s.w.t itu bergantung kepada kehadiran diri seseorang yang terlibat di masjid. Orang yang datang awal mendapat ganjaran lebih berbanding mereka yang datang lewat.
Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud:
" Barangsiapa pergi sembahyang Jumaat pada masa Pertama, ia seakan-akan mengorbankan seekor unta. Barangsiapa berangkat masa Kedua, ia seakan-akan mengorbankan seekor lembu betina. Barangsiapa pergi pada waktu Ketiga, ia seolah-olah mengorbankan seekor kibas. Barangsiapa pergi pada waktu Ke Empat, ia seolah-olah telah menghadiahkan seekor ayam. Barangsiapa pergi pada waktu Kelima, ia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. Apabila imam naik atas mimbar, maka kertas catatan pun ditutup dan pena juga diangkat. Para malaikat sama-sama berkumpul berhaampiran mimbar mendengar kutbah. Barangsiapa datang selepas itu, ia seolah-olah datang hanya untuk melakukan hak sembahyang."

"Barangsiapa membaca surah Al-Kahf di malam Jumaat dan di siang Jumaat Allah S.W.T akan mengampuni dosa-dosanya hingga ke Jumaat yang lain, dan memohon kesejahteraan baginya tujuh puluh ribu malaikat hingga ke pagi, dan ia dipelihara dari penyakit sopak, sakit kusta dan fitnah dajal."

ii. Memperbanyakkan zikir pada pagi hari.
"Astarfirullah hal azim al lazi la illaha illa hu wal hayyul qaiyumu atubu ilaihi."

iii. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Allah S.W.T juga mengampunkan dosa-dosa mereka yang mandi sunat pada hari Jumaat, manakala setiap langkahnya menuju ke masjid itu dibalas dengan kebajikan jua.

iv.Mandi pada hari Jumaat
Dari Abu Bakar r.a menyakatakn bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa mandi pada hari Jumaat necaya diampunkan dosa-dosanya dan apabila ia berjalan untuk mengerjakan sembahyang Jumaat, Allah Ta'ala meulis untuknya ganjaran ibadah dua puluh tahun bagi setiap langkah dan apabila ia sembahyang Jumaat ia akan diberi balasan amalan selama dua ratus tahun."

v.Wirid Selepas Solat Jumaat

Membaca surah Al-Fatihah 7 kali, al-Ikhlas 7 kali, Surah al-Falaq 7 kali, Surah an-Nas 7 kali.
 Daripada Aisyah r.a,baginda telah bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa membaca selepas sembahyang Jumaat sebanyak tujuh kali nescaya Allah azza wa jalla melindunginya daripada setiap kejahatan sehingga Jumaat yang berikutnya.

Kemudian  membaca doa sebanyak 70 kali atau sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali. 
Yang bermaksud: 
"Ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji, wahai Tuhan yang mencipta sesuatu dari permulaannya, wahai Tuhan yang mengembalikan hidup sesuatu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Penyayang, limpahkanlah kecukupan padaku dengan barang-barang yang halal hingga aku tidak memerlukan barang yang haram, perkayakan daku dengan keutamaanMu daripada segala sesuatu yang lain dariMu".


Petikkan daripada buku Taqarrub-Amalan Menghampirkan Diri Pada Illahi
Dr.Amran Kasimin (1991)

10 March 2011

Berselawatlah....jika kasih pada kekasihNya

Al-Sheikh Abdul Qadir al-Jeilani al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata : Berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W itu mempunyai 42 kelebihan. Hal ini di dalam kitabnya 'Hadaiq al-Anwar' :-
  1. Melaksanakan perintah Allah S.W.T
  2. Bersamaan dengan ganjaran selawat Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W
  3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
  4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah S.W.T atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
  5. Dikurniakan oleh Allah S.W.T sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
  6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kabaikan atas setiap selawat.
  7. Dihapuskan oleh Allah S.W.T sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
  8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah S.W.T
  9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah S.A.W
  10. Mendapat keampunan Allah S.W.T serta akan ditutup segala keaiban.
  11. Allah S.W.T akan menutupi segala dukacita.
  12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah S.A.W
  13. Mendapat darjat al-Sidq
  14. Ditunaikan segala hajat.
  15. Selamat sejahtera pada hari kiamat
  16. Allah S.W.T dan para malaikat akan berselawat ke atas setiap individu yang berselawat.
  17. Mendapat khabar gembira daripada Allah S.W.T dengan balasan syurga
  18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
  19. Rasulullah S.A.W akan menjawab secara langsung keatas setiap selawat yang dibaca.
  20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
  21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecawa pada hari itu.
  22. Tidak akan merasai fakir.
  23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
  24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah S.A.W kepada yang berselawat.
  25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.
  26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan RasulNya atau daripada majlis-majlis lagha.
  27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah S.W.T apabila disebut (di alam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
  28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
  29. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.
  30. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
  31. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah S.W.T.
  32. Mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T 
  33. Mendapat kesempurnaan iman.
  34. Kasih dan cinta kepada Rasulullah S.A.W.
  35. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah S.W.T.
  36. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan dihadapan Rasulullah S.A.W secara langsung.
  37. Teguh pendirian dengan kebenaran.
  38. Beselawat bererti kita menggunakan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah S.A.W ke atas diri kita. Disamping itu ia dianggap sebagai mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
  39. Berselawat  juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
  40. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah S.A.W dan kepada diri sendiri.
  41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah S.A.W didalam jiwanya.
  42. Dikurniakan oleh Allah S.W.T maqam seorang Syeikh dan Murabbi. 


Dipanjangkan oleh,

Dato' Hj Mohd Murtadza Bin Hj Ahmad
Sheikh Tarikat Ahmadiyyah
Al-Idrisiyyah al-Rasyidiyyah al-Dandarawiyyah
Kg.Pondok Rasah
Seremban.

09 March 2011

Ma Makna Taqarrub



Ma makna Taqarrub ?

(Taqarrub) bererti menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. Satu usaha yang dilakukan oleh seorang hamba untuk mendapatkan kasih (hubb) illahi. Taqarrub merupakan satu martabat pengabdian yang tinggi, melebihi amalan-amalan biasa yang sewajarnya dilaksanakan.

"Bertaqarrub" bererti melakukan amalan-amalan sunat (nawafil) secara terus-menerus. Allah S.W.T berjanji bahawa Ia akan mengasihi orang yang berkenaan. Apabila Allah S.W.T mengasihi seseorang, Allah S.W.T akan memberi kekuatan fizikal, iaitu telinga,mata, tangan dan kaki, juga kekuatan mental. Apabila orang yang berkenaan memohon, Allah S.W.T akan memperkenankan dan akan melindunginya andai ia memohon perlindungan.

Martabat taqarrub tidak akan diperolehi oleh seseorang sehingga Allah S.W.T mengasihi orang yang berkenaan. Ini bermaksud bahawa pembentukkan sifat taqarrub itu adalah semata-mata kerana belas ehsan serta kemurahan Allah S.W.T jua.

Diantara kaedah atau cara untuk bertaqarrub kepada Allah S.W.T ialah dengan melakukan amal ibadat pada hari-hari Jumaat, berpuasa sunat pada masa-masa tertentu,beribadah pada malam hari dengan melakukan Sembahyang Tahajud, Tasbih, Wirid dan lain-lain termasuk membaca Al-Quran.

Bertaqarrub bererti berilmu. Hamba yang kuat beribadah (abid) tetapi tidak berilmu itu sebenarnya tidak ubahnya seperti orang yang berjaya melakukan sesuatu tetapi hanya berupaya melepaskan tanggungjawab diri yang perlu dipikul. Untuk mempertahankan keyakinan yang dimiliki itu seseorang itu kadang-kadang menemui kegagalan. Seumpama orang yang bertaklid yang melakukan sesuatu secara ikut-ikutan, bukan daripada keyakinan diri.

Bertaqarrub juga bererti berusaha dengan akal dan kekuatan yang dikurniakan kemudian bertawakal, menyerah diri kepada Allah S.W.T. Ini bererti Allah S.W.T itu merupakan tempat berlindung yang sebenar. Orang yang bersandarkan atau hidup mengharapkan kepada orang lain akhirnya akan kecewa kerana manusia itu akan pupus.


Begitulah halnya dengan orang yang bersandarkan kepada kekuatan meterial dan sebagainya. Hal yang demikian tidak berlaku padaNya. Allah S.W.T itu tetap kekal (Qadim). Berdasarkan keterangan tersebut tidak peliklah kalau jiwa orang yang bertaqarrub kepada Allah S.W.T itu sentiasa tenang dan damai kerana tempat ia besandar dan berlindung itu tetap kekal (Qadim), Maha Agung lagi Perkasa.

Taqarrub dapat juga bererti ikhlas iaitu melakukan sesuatu kerana Alllah S.W.T. Oleh sebab orang yang bertaqarrub itu menyandarkan diri kepada Allah S.W.T, maka segala tindak tanduknya adalah kerana Allah S.W.T. Dengan menggunakan akal untuk memilih, orang yang bertaqarrub tidak akan menyeleweng, juga tidak takut melaksanakan sesuatu yang hak. Itulah sebabnya orang yang bertaqarrub itu orang yang berjaya hidupnya di dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya bertaqarrub adalah jalan yang perlu dilalui oleh setiap orang yang inginkan kejayaan, ketenangan jiwa dan keamanan di dunia dan di akhirat.

Diambil dari petikan :
"TAQARRUB AMALAN MENGHAMPIRKAN DIRI PADA ILLAHI"
oleh Dr.Amran Kasimin (1991)


Ada baik dibaca juga.....