24 July 2013

Malam Seribu Bulan & Doa Lailatulqadar.

Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan.
Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : 
"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."
(Riwayat Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda: 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" 
( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

17 July 2013

Doa bagi melihat Nabi s.a.w di dalam tidur


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْـئَلُكَ بِنُورِ الأَنْوَارِ الَّذِي هُوَ عَيْـنُكَ لاَ غَيْرُكَ أَنْ تُرِيَنِي وَجْهَ نَبِيِّـكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا هُوَ عِنْدَكَ آمِين.

 Kaifiyatnya:

1.     Dibaca 3 malam berturut-turut, tiap-tiap malam sebanyak 100 kali iaitu selepas Isya’, atau

2.     Dibaca surah al-Ikhlas 17 kali dan dibaca doa di atas sekali sebelum tidur.

والله أعلم
Dipetik dalam kitab Aurad al-Tarikah al-Ahmadiah, karangan Syeikh Ahmad bin Mohd Said.


Antara amalan untuk bertemu Rasulullah SAW

1. Surah al-Qadr

Dibaca ketika terbit dan terbenam matahari sebanyak 21 kali.

03 July 2013

Fadhilat Orang Berpuasa

Fadhilat bagi orang yang berpuasa akan mendapat beberapa ganjaran yang tidak ternilainya, antaranya ialah:

Doa Mustajab:
Daripada Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka, mempunyai doa mustajab yang pasti tidak ditolak." 
(Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim dalam al-Mustadrak)

02 July 2013

Nama dan sifat Bulan Ramadhan

Berdasarkan kepada nas, sama ada al-Quran atau hadis jelas menunjukkan bahawa bulan Ramadhan mempunyai banyak nama dan sifat antaranya:
  • Bulan Berkat
  • Bulan Rahmat
  • Bulan Keampunan
  • Bulan Selamat daripada Neraka
  • Bulan Kesabaran
  • Bulan Pengorbanan
  • Bulan Kemenangan
  • Bulan Puasa
  • Bulan Taqwa
  • Bulan Ibadat
Petikkan dari buku Ramadhan Pelbagai Hukum dan Fatwa Puasa
oleh: Dr.Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

01 July 2013

Kedudukan hadis Dhaif dalam syariat Islam

Di dalam menentukan kedudukan hadis dhaif ini terdapat 3 pandangan utama:

Mazhab pertama: Tidak harus beramal dengan hadis dhaif secara mutlak. Ini adalah pendapat Qadhi Abu Bakar Ibn al-Arabi dan dihikayatkan daripada Ibn Sayid al-Nas daripada Yahya bin Ma'in.

Mazhab kedua: Boleh beramal secara mutlak. Pendapat ini dihekayatkan daripada Abu Daud dan Imam Ahmad.

Mazhab ketika: Boleh beramal pada fadhail a'mal. mau'izah dan qasas. Ini pendapat yang muktamad daripada Imam-imam al-Muhaqqiqqin. Antaranya ialah al-Maimuni daripada Imam Ahmad, al-Baihaqi daripada Ibn Mahdi, Ibn al-Mubarak, Ibn Abd al-Bar dan Imam al-Nawawi.

Syarat-syarat Beramal Dengan Hadis Dhaif di Sisi Imam al-Muhaqqiqin.


  • Hanya boleh digunakan pada fadhail a'mal sahaja
  • Hadis yang digunakan tidak terlalu lemah(dhaif)
  • Hendaklah ia termasuk di bawah asal yang diamalkan dengannya.
  • Jangan beriktikad ketika beramal dengannya bahawa ia thabit tetapi secara ihtiat sahaja
Inilah yang dinyatakan oleh Hafiz Ibn Hajar dan beliau menambah dengan syarat tidak beriktikad ketika beramal thabitnya supaya tidak menisbahkan kepada Nabi S.A.W pendapat ini dinaqalkan oleh al-Sakhawi daripada Ibn Abdul Salam dan Ibn Daqiq al-Id.

Ada baik dibaca juga.....