Hadith berkaitan Al-Quran-Al-Karim
Rasulullah S.A.W bersabda: "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran bagaikan buah limau, harum baunya dan lazat rasanya".
(HR Al Khamsah)
Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang membaca al-Quran dan menerangkannya, lalu ia menghalalkan yang dihalal al-Quran dan ia mengharamkan yang diharamkan al-Quran tentulah Allah akan memasukkan ia kedalam syurga dan Allah memberi syafaat sebanyak sepuluh orang dari keluarganya yang sepatutnya mereka itu wajibmendapat siksa neraka".
(HR Tarmizi)
(HR Al Khamsah)
Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang membaca al-Quran dan menerangkannya, lalu ia menghalalkan yang dihalal al-Quran dan ia mengharamkan yang diharamkan al-Quran tentulah Allah akan memasukkan ia kedalam syurga dan Allah memberi syafaat sebanyak sepuluh orang dari keluarganya yang sepatutnya mereka itu wajibmendapat siksa neraka".
(HR Tarmizi)
Nabi S.A.W bersabda maksudnya :
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya”
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: كِتَابُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ هُوَ حَبْلُ اللَّهِ مَنْ اتَّبَعَهُ كَانَ عَلَى الْهُدَى وَمَنْ تَرَكَهُ كَانَ عَلَى ضَلَالَةٍ
. (مسلم)
Dari Zaid bin Arqam, r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat pertunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: Beradalah ia dalam kesesatan. "
(Muslim)
Daripada Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w,
" Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia".
" Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia".
(Riwayat Abu Nua'im)
Dari Abdullah ibn Mas’ud r.a berkata; Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah akan ditulis baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata alif laam miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf yang berasingan".
(HR Tirmizi)
Dari Abu Zar Al-Ghifari r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada sesuatu pun yang lebih mendekatkan diri kepada Allah, kecuali dari perkataan yang asal yang keluarnya daripada Allah, yakni Al-Quran".
(HR Mustadrak Hakim)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?”
Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.”
(HR Baihaqi dari Ibn Umar)
الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ
Dalam wasiat Rasulullah s.aw kepada Abu Zar r.a yang bermaksud: “Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama dengan malaikat yang mulia dan setia. Sementara orang yang membaca al-Quran dengan terpaksa bersusah-payah akan mendapat dua ganjaran".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang mendengar sepotong ayat kitab Allah akan dituliskan untuknya ganjaran yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya dia akan memperoleh cahaya di hari kiamat”.
Dalam hadis Abu Hurairah r.a katanya yang bermaksud:
“Suatu ketika Rasulullah mahu mengutuskan sekumpulan utusan yang agak ramai. Baginda telah meminta mereka membaca. Baginda meminta setiap orang membaca iaitu membaca al-Quran yang mereka hafal. Lalu baginda bertemu dengan seorang lelaki yang paling muda usianya di kalangan anggota utusan itu dan baginda bersabda: “Apakah yang ada bersamamu wahai fulan?”
Jawab pemuda itu: “Saya hafal ini dan ini serta surah al-Baqarah”.
Baginda bertanya: “Apakah benar anda menghafal surah al-Baqarah?”
Lelaki itu menjawab: “Ya”.
Baginda bersabda: “Berangkatlah dan engkau adalah ketua mereka”.
(Riwayat al-Tirmizi dan katanya: Hadis ini hadis hasan)
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Saya ditunjukkan ganjaran-ganjaran umat saya termasuklah habuk yang dibuang oleh seorang lelaki dari dalam masjid. Saya juga ditunjukkan dosa-dosa umat saya dan saya dapati tidak ada dosa yang lebih besar selain kerana satu surah al-Quran atau sepotong ayat yang diberikan kepada seorang lelaki lalu dia melupakannya”.
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Dari Saidina Ali k.w katanya:
Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Awaslah! Sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar".
Aku bertanya:"Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?"
Baginda menjawab:
"(Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah,
ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu,
serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu;
(kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya) akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh,
dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus).Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya,hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang;
dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan.
Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya."
(Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya;
dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala;dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."
(Saidina Ali r.a)
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Rasulullah saw. tidak membacakan kepada jin dan tidak pula melihat mereka. Beliau pergi bersama para sahabat menuju pasar Ukaz. Saat itu antara setan dan berita langit telah terhalang. Mereka dilempari panah api. Setan-setan itu kembali kepada kaum mereka dan berkata: Antara kami dan berita langit telah terhalang dan kami pun dilempari panah api. Ini tidak lain pasti karena sesuatu telah terjadi. Pergilah ke belahan bumi bagian timur dan barat, telitilah apa yang menghalangi kita dengan berita langit. Mereka pun pergi ke belahan bumi bagian timur dan barat. Sebahagian mengambil arah Tihamah dengan tujuan pasar Ukaz (Nabi berada di Nakhl). Saat itu beliau sedang salat Subuh dengan para sahabat. Mereka mendengar Al-quran yang dibaca beliau dan memperhatikannya.
Lalu kata mereka:
"Inilah yang membuat kita terhalang dengan berita langit".
Mereka kembali kepada kaum mereka dan berkata:
"Hai kaumku, Sesungguhnya kami telah mendengar bacaan yang mengagumkan, yang dapat mengantarkan kita kepada kebenaran. Maka aku beriman kepadanya, dan tidak akan menyekutukan Tuhanku dengan siapapun. Maka Allah Taala menurunkan kepada Nabi-Nya, Muhammad saw".
Katakanlah, telah diwahyukan kepadaku bahwa sekelompok jin telah mendengarkan bacaan Alquran
(Hadis dalam kitab Sahih Muslim)
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ في يَوْمِ الجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الجُمُعَتَيْنِ
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Juma’at, Allah akan meneranginya dari cahaya di antara dua Juma’at.”
(Hadis Riwayat an-Nasaa’i dan al-Baihaqi. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya :“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia".
Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya: “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini".
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Rasulullah bersabda maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka."
(Hadis Riwayat Tarmizi)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."
(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).
Fadhilat membaca surah Al-Mulk
1. Riwayat Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”
2. Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang
membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”
Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
(HR At Tarmizi)
3. Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
4. Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
5. An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
6. Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
1 comment:
Allahu Akhbar
Post a Comment