27 September 2012

Nasihat Syeikh Qadri al-Jailani

Mengutamakan Yang Utama

"Seorang mukmin sepatutnya mengutamakan yang wajib. Setelah itu baru yang sunnah. Selama perlaksanaan amal wajib belum selesai, sibuk dengan amalan sunnah adalah kebodohan dan kepandiran. Sebabnya, jika dia melakukan yang sunnah sebelum melaksanakan yang wajib, ibadahnya tidak diterima".

Petikan daripada

12 September 2012

Cukupkah Solat dirimu itu??



Bilangan Waktu solat yang wajib ditunaikan sepanjang hidup


Jangka masa waktu
Umur semasa dilakukan
Bilangan waktu Solat yang wajib
Sehari semalam
15
5 kali sehari semalam
Sebulan
15
5 x 30 =150
Setahun
Dari 15-16
150 x 12 =1800
Sepuluh Tahun
Dari 15-25
1800 x 10 = 18000
Dua puluh tahun
Dari 15-35
1800 x 20 =36000
Tiga puluh tahun
Dari 15-45
1800 x 30 =54000
Empat puluh tahun
Dari15-55
1800 x 40 =72000
Lima puluh tahun
Dari 15-65
1800 x 50 =90000
Enam puluh tahun
Dari 15-75
1800 x 60 =108000
Tujuh puluh tahun
Dari 15-85
1800 x 70 =126000

Wahai lelaki inilah bilangan solat yang wajib bagi dirmu untuk melakukannya dari permulaan umur baligh. Apakah telah cukup kalian lakukan?? Andai ada yang tertinggal dengan sengaja atau tidak sengaja maka lakukanlah solat gantian kembali walaupun tidaklah sama fadhilatnya. Pintalah ampunan dariNya agar solat yang tertinggal itu DIA terima. Maka susuli jua dengan solat-solat sunat yang lain untuk menambah kepincangan didalam solat-solat yang wajib itu. 


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Sesungguhnya yang pertama difardukan oleh Allah atas manusia dari agama mereka ialah sembahyang dan yang pertama pula dihisab dengannya ialah sembahyang juga. Dan Allah berkata: Periksalah sembahyang hambaKu ini, maka jika sembahyangnya sempurna tuliskan sempurna, dan jika kurang, berkatalah Allah S.W.T : Adakah hambaKu itu melakukan sembahyang tathawuk (sembahyang sunat) , kalau ada sempurnalah sembahyang yang fardu itu kerana sembahyang sunatnya itu.
( Hadis riwayat Abu Ya'la)


dari hambaMu yang faqir ini.
Wallahualam.

Ya Rasulullah kami ingin berkenalan dengan mu!!



Sifat-sifat tubuhnya yang mulia.



Daripada Ali bin Abi Talib k.w.j. berkata,
"Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang sendinya besar. Terdapat bulu yang jelas dari dada sehingga pusatnya. Apabila berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun dari tempat yang tinggi.Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan Baginda, sama ada sebelum (baginda lahir) mahupun selepas (baginda meninggal dunia)". 
(Riwayat at-Tirmizi)


Kesayangan manusia (sahabat) terhadap Nabi Muhammad s.a.w menyebabkan segala apa mengenainya  lebih-lebih lagi sifatnya telah disurat dan dirakamkan dalam semua kitab, Sunanulsitta khususnya dalam Al-Zarqani dan Al-Syama' al-Imam al-Tarmidzi r.h. Hasil dari itu maka seorang manusia muslim dengan segera dan tidak teragak-agak akan dapat mengenali baginda Rasulullah s.a.w. 

Rasulullah s.a.w di kurniakan sebatang tubuh yang tegap dan kacak (Murabba' Al-Qamah) cahaya kulitnya putih kemerah-merahan. Ukuran tingginya seimbang dan sederhana, bila melangkah berjalan, maka seakan menurun dari tanah tinggi kata sahabtnya. Rapi dan penuh dengan kesungguhannya.
(Keadaan ini selain dari sebab-sebab bentuk tubuhnya yang tegap dan sihat maka ianya mencerminkan hasrat jiwanya yang tidak pernah kekosongan. Ada orang yang berbadan tegap dan rangkanya menggerunkan. Namun hentakkan kakinya tidak bermaya dan tidak tentu arah sahaja. Bila diajak bercakap, jelas nampak rupanya jiwa dia kosong, tidak punya program hidup sebeb itu dia merayau-rayau membawa kaki sahaja. Bagi Muhammad s.a.w setiap detik umurnya penuh tepu dengan kerja. Maka anggotanya pun turut hidup dan menghayunkan rentak yang aktif).

09 September 2012

Jangan Menampar Muka!!

Contoh sifat kasih Rasulullah s.a.w

Sehingga di dalam peperangan yang sengit, pertarungan lembing dan pedang. Di dalam keadaan ini biasanya hilanglah nilai-nilai kemanusiaan, diganti dengan perasaan marah, benci dan dendam terhadap seteru. Namun begitu, orang Islam dituntut supaya mengekalkan sedikit perikemanusiaan seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Hendaklah engkau menjauhi muka, sesungguhnya Allah cipta Adam di atas rupaNya".(Hadis Sahih Muslim)

Menetak muka dengan pedang atau seumpamanya adalah dilarang kerana perbuatan tersebut membawa kecacatan kepada seseorang untuk seumur hidupnya dan dia akan sentiasa berada dalam keadaan tidak tenteram, tidak puas hati terhadap hidup setelah hilang rupa paras yang cantik.

Sekiranya pukulan ke muka itu berupa penampar atau seumpamanya, ini merupakan penghinaan yang tidak patut di maaf, malah kadangkala perbuatan itu boleh membawa kepada pembunuhan dan pertumpahan darah. Juteru itu. Allah S.W.T telah menjadikan pukulan di muka itu adalah di antara cara penghinaan di akhirat. Firman Allah yang bermaksud: " Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata):Rasalah azab seksa yang membakar",(Surah al-Anfal 50)

Benar, di dalam Islam kasihan belas merupakan suatu yang dituntut. Sifat kemanusiaan merupakansesuatu yang diwajibkan sehingga di dalam keadaan yang biasanya manusia meninggalkan sifat kasihan belas dan kemanusiaan dalam perhitungan mereka.

Kalau inilah kedudukan kasih belas di dalam senarai nilai-nilai Islam, maka tidak menghairankan sekiranya Rasulullah s.a.w mengaitkan sifat ini dengan kebaikan, malah baginda menjadikan kebaikan dengan pengertiannya yang amat luas itu terletak di dalam lingkungan sifat kasihan belas. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud," Orang yang tidak ada padanya sifat kasihan belas (al-Rifq) tidak ada padanya kebaikan".(Sahih Muslim-5,452 Kitab al-Bir)

Petikan dari 
Buku Sifat-sifat Rasullullah s.a.w 
Bekalan Untuk Pendakwah
dari karya asal Nilai-nilai Islam 
oleh Dr. Jabir Qamihah

p.s lihatlah bagaimana Islam menjaga agar tidak sewenangnya menampar muka seseorang itu. Bagaimana dunia kini?? kejam bukan!!

08 September 2012

Sifat-sifat Rasulullah

Sayyidatina 'Aisyah (r.a) pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w lalu beliau menjawab: "Akhlaknya adalah Al-Quran, baginda reda dengan keredhaanNya dan baginda murka dengan kemurkaanNya".
Sayyidatina 'Aisyah r.a tidak melampaui di dalam kata-katanya, kerana setiap nilai yang disebut oleh Al-Quran terpancar pada peribadi Rasulullah s.a.w sama ada pada perkataan atau perbuatannya.

Ibn Abu Halah telah mensifatkan Rasulullah s.a.w dengan katanya: " Baginda sentiasa tersenyum, berlemah lembut, tidak bersifat kasar, tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat, tidak membuka keaiban orang dan tidak suka memuji".

Saidina Ali bin Abu Talib bertanya kepada baginda tentang sunnahnya, baginda bersabda yang bermaksud: " Ma'rifah modalku, akal sumber agamaku, cinta asasku, mengingati Allah penghiburku, kepercayaan perbendaharaanku, dukacita temanku, ilmu senjataku, sabar pakaianku, reda hartaku,melahirkan kelemahan terhadap Allah kemegahanku, zuhud tugasku, yakin kekuatanku, benar temanku, taat kewajipanku, berjihad akhlakku dan 'cahaya mataku' didalam sembahyang".

Petikan dari 
Buku Sifat-sifat Rasullullah s.a.w 
Bekalan Untuk Pendakwah
dari karya asal Nilai-nilai Islam 
oleh Dr. Jabir Qamihah

04 September 2012

Kasihnya Rasulullah s.a.w

Terdapat satu riwayat sewaktu Rasulullah s.a.w menuju ke Mekah besama-sama ribuan tentera muslimin baginda terlihat seekor anjing betina yang sedang menyusukan anak-anaknya. Baginda merasa bimbang kalau-kalau anjing-anjing itu dipijak oleh tentera-tentera yang ramai itu dengan tidak disedari lalu baginda memerintahkan Ju'il bin Suraqah supaya berdiri di samping anjing-anjing supaya anjing-anjing itu tidak diapa-apakan oleh tentera-tenteranya.

*begitulah baginda Rasulullah s.a.w yang begitu kasih terhadap makhluk ciptaanNya. Bagaimana kita??

Ada baik dibaca juga.....