06 August 2013

Adab yang silap ketika Hari Raya

Antara adab-adab tersebut ialah:
  1. Tidak melakukan solat raya dan tidak oergi ke tempat solat, sebaliknya hanya berada di rumah.
  2. Banyak menonton rancangan televisyen sehingga tiada dalam kamus untuk ziarah-menziarahi. Hal ini makin subur dewasa ini dengan tarikan rancangan yang begitu menarik lagi melalaikan.
  3. Tidak menutup aurat atau berpakaian yang menjolok mata tanpa mengikut syariat Islam
  4. Memansang lagu-lagu dan nyanyian hari raya yang kurang sopan dan berlebih-lebihan atas nama hari raya untuk berhibur. Alangkah baiknya jika digantikan dengan alunan zikir, nasyid dan nyanyian sopan yang tidak keterlaluan.
  5. Pergi beraya di rumah rakan-rakan dalam tempoh masa yang amat panjang sehingga mengganggu tuan rumah.
  6. Mengkritik makanan yang dihidangkan atau membandingkan kelazatan makanan antara satu rumah dengan rumah yang lain.
  7. Bersalam-salaman termasuk antara lelaki dan perempuan atau berkumpul setempat sehingga timbul perasaan yang kurang selesa pada golongan beragama.
  8. Meminta duit secara berlebih-lebihan sehingga perasaan tuan rumah tertekan dan tidak selesa.
  9. Pergi beraya di rumah seseorang sehingga lupa untuk menunaikan solat fardu dan menta'khirkan solat pada waktunya.
  10. Lupa menziarahi golongan fakir dan anak yatim, tetapi matlamatnya lebih kepada rumah bangsawan dan hartawan.
  11. Merayakan hari raya sehingga sebulan dan tidak lagi mampu untuk menunaikan puasa sunat 6 syawal.
  12. Kurang bersedekah dan memberi bantuan kepada fakir miskin, anak yatim serta mereka yang berada dalam kenaifan.
  13. Berlebih-lebihan dalam berpakaian sehingga menampakkan kemewahan yang melampau hingga membawa perasaan takabur, riyak dan sombong.
  14. Berkumpul secara beramai-ramai tanpa faedah dan tidak menghiraukan orang lain.
  15. Terlupa untuk menziarahi pesakit di hospital atau mereka yang mengharapkan bantuan sebaliknya kita menyibukkan diri dengan kegembiraan yang melampau bersama rakan taulan yang sihat.
Petikan dari Buku Ramadan ,
Pelbagai Hukum dan Fatwa Puasa 
oleh Dr.Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri

Ada baik dibaca juga.....