Hadith Berkaitan Puasa



Hadith Berkaitan Puasa


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:
1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
2.Para malaikat beristifar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3.Allah S.W.T memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman:"Hampir-hampir hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan, lalu kembali kepadamu".(Mereka sanggup bersusah-payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat).
4.Syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti bulan lain selain Ramadhan.
5. Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjaknnya). 
Mengenai anugerah kelima ini ada sahabat bertanya kepada Baginda,"Ya Rasulullah apakah itu berlaku pada malam Lailatul Qadar?
Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya".
(Hadith Riwayat Ahmad)


Dari Abu Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata : “Amin..amin. .amin..”.
Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada beliau : “Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau mengatakan Amin 3kali, apakah sebabnya?”
“Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : “Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, tetapi dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” . Kemudian aku mengaminkannya.
“Dan sesiapa yang dapat bersama orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan : Amin”
“Dan sesiapa yang namaku disebutkan di hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan “Amin”.
 (H.R Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188)

Daripada Ali k.w.j, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa Allah S.W.T mewahyukan kepada seorang Nabi di kalangan Bani Israel seraya berfirman: "Khabarkanlah kepada kaummu bahawa tiada seorang hamba yang berpuasa sehari semata-mata keranaKu kecuali Aku sihatkan tubuh badannya dan Aku besarkan ganjarannya".
(Hadith Riwayat al-Baihaqi. Hadith seumpama ini juga diriwayatkan oleh Abu Syaikh dalam kitabnya al-Thawab oleh al-Dailami dan al-Rafie daripada Abi Darda'. Lihat Kanz al-Ummal (23633))


Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan.Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : 
"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."
(Riwayat Ahmad)

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:" Penghulu bulan adalah bulan Ramadhan dan penghulu hari adalah Hari Jumaat". 
(Hadith Riwayat al-Tabarani)



"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat."
 (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan". 
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

" Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.”
(Riwayat Imam al-Bukhari)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah"
(Riwayat Ibn Hibban) 


"Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." 
(HR Ibn Majah)

"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk air."
 (HR Tirmidzi)

*Rutab adalah buah kurma yang masak dan belum dikeringkan. Tamar adalah buah kurma yang telah dikeringkan.*



Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yng maksudnya:
"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur."

 Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa Rasulullah sa..w bersabda yang bermaksud:
"Yang menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahlikitab) ialah makan sahur."

Nabi saw. bersabda,"Janganlah seorang wanita itu berpuasa walau satu hari pun jika suaminya berada di rumah tanpa izinnya, kecuali puasa Ramadhan". 
(HR Muslim) 

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun." 
(HR Muslim) 

Menghidupkan Malam Hari Raya 
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya hatinya tidak mati pada hari hati-hati lain mati”. 
(Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.) Hadis ini menurut Imam Nawawi dalam al-Majmu’; sanadnya adalah dhaif. Namun menurut ulamak, hadis dhaif harus diamalkan dalam fadhilat amalan. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426). 

Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata :" Adalah Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. 
( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad) 

Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ).
(H.R : Bukhari ) 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit". 
(HR al-Tirmizi) 

Diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, 
"Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan."
 (HR Bukhari) 

Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.”
(HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah"
(HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan.
 (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat."
 (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.”
 (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji."
(HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu."
(HR Muslim) 


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit". 
(HR al-Tirmizi) 

Diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, "Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." 
(HR Bukhari) 

"Sesiapa yang berbuka di bulan Ramadhan tanpa rukhsah (keringanan syarak), Allah akan merendahkannya dan tidak menerima puasa gantinya walaupun dia berpuasa ganti sepanjang hayat."
(Riwayat Abu Daud)

"Sesiapa yang menghampiri Allah di bulan ini (Ramadhan) dengan satu amalan sunat ia sumpama mereka melakukan satu amalan fardu di bulan yang lain. Sesiapa yang mengerjakan satu amalan fardu, ia seolah-olah mengerjakan 70 amalan fardu di bulan yang lain. Di bulan ini, orang yang mengimaninya akan ditambah rezki."
(Riwayat Ibnu Khuzaimah)

"Seorang penyeru langit akan berseru pada setiap malam sehingga waktu fajar: Wahai pencari kebaikkan! Bergembiralah! Wahai pencari kejahatan! Menjauhlah. Adakah sesiapa yang meminta ampun!? Allah akan mengampukannya. Adakah sesiapa yang bertaubat!? Allah menerima taubatnya. Adakah sesiapa yang ingin memohon!? Allah mengakbulkan permohonannya. Adakah sesiapa yang meminta!? Allah akan memperkenankan permintaannya."
(Riwayat Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Melaksanakan Umrah pada bulan Ramadhan menyamai haji".
atau dalam satu riwayat lain:Mengerjakan haji bersamaku". 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Allah S.W.T naungkan kepada kamu dengan berlabuhnya bulan Ramadhan ini dengan Rasulullah s.a.w bersumpah:"Tiadalah berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan Ramadhan dan tidak kepada munafiq lebih teruk daripada bulan Ramadhan.Sesungguhnya Allah S.W.T menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadhan". 
(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Permulaan Ramadhan membawa kerahmatan, pertengahan keampunan dan kesudahannya merdeka daripada api neraka".
(Hadith Riwayat Ibn Abi Dunya, al-Khatib al-Dailami dan Ibn Asakir)

Daripada Abi Mas'ud al-Gifari katanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Kalaulah hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan, nescaya mereka bercita-cita supaya bulan Ramadhan berlaku sepanjang tahun".
(Hadith Riwayat al-Tabarani, Ibn Khuzaimah dalam sahihnya dan al-Baihaqi)




No comments:

Ada baik dibaca juga.....