Hadith Berkaitan Ilmu


Hadith berkaitan Ilmu

عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا الْفَرَائِضَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا الْقُرْآنَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ فَإِنِّي امْرُؤٌ مَقْبُوضٌ وَالْعِلْمُ سَيُقْبَضُ وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ حَتَّى يَخْتَلِفَ اثْنَانِ فِي فَرِيضَةٍ لَا يَجِدَانِ أَحَدًا يَفْصِلُ بَيْنَهُمَا.
 (الدارمي والدارقطني)
Dari Ibnu Mas'ud ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai;  - pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai;  pelajarilah Al-Qur'an dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu".

(Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. 
(أبو داود وابن ماجه)
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah,  sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga,  pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa pergi ke masjid untuk mempelajari ilmu dan kebaikan atau mengajarkan orang lain akan mendapat ganjaran haji yang sempurna". 
(HR Tabrani)


Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan".

Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Siapa yang ingin melihat orang yang dimerdekakan Allah daripada neraka, maka lihatlah para murid-murid(pelajar agama) maka demi Allah yang jiwa Muhammad di tanganNya, tiada seorang pelajar yang berulang-alik ke pintu orang alim melainkan Allah menulis untuknya bagi tiap-tiap huruf yang dipelajari dan tiap langkah sama dengan ibadah satu tahun, dan untuk tiap langkah satu kota di syurga, dan tiap ia berjalan dimintakan ampunan oleh bumi dan tiap pagi dan petang tetap diampunkan dosanya, dan disaksikan oleh malaikat bahkan mereka berkata: Mereka inilah yang dimerdekakan oleh Allah dari api neraka".
(Hadith riwayat Abu Laith al-Samarqandi dalam Tanbih al-Ghafilin)

Dari Abu Said'al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Amal yang utama di atas bumi ini tiga: Penuntut ilmu,jihad dan usaha kerja, kerana penuntut ilmu itu kekasih Allah, dan pejuang jihad waliyullah dan yang usaha pekerjaan siddiqullah(orang yang bersungguh-sungguh membenarkan kepada Allah)".
(Hadith diriwayatkan Abu Laith al-Samarqandi dalam Tanbih al-Ghafilin)

Sabda Nabi Muhamad s.a.w yang bermaksud :  
" Jadilah kamu sebagai seorang ulama' atau penuntut ilmu atau mendengar majlis ilmu atau kasih kepada ilmu. Janganlah kamu termasuk golongan yang kelima nescaya kamu akan binasa."-

(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)


Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: 
"Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu". 
(HR Tabrani)


Rasulullah ditanya tentang kedudukan dua orang lelaki, seorang ahli ibadah dan seorang lagi ahli ilmu. Lantas Baginda s.a.w menjawab yang bermaksud :  
" Kelebihan para ulama' berbanding dengan ahli ibadah, ibarat kelebihanku berbanding orang yang paling rendah kedudukkannya dikalangan kamu."
Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 
"Sesungguhnya para malaikat, segala makhluk yang berada di langit dan dibumi sehingga semut yang berada didalam lubangnya serta ikan di lautan, sentiasa mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Disamping itu pula seluruh penduduk bumi dan langit akan memohonkan keampunan kepada Allah untuk para ulama."
Riwayat al-Tabrani, Kanz al-Ummal (28736), 145/10, Jami'al-Ahadith (14774)


Mafhumnya: 
Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah
bersabda:  
"Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia 
menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti
dengan rantai daripada api neraka". 

 (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

Dari Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah kamu mempelajari ilmu agama untuk memperlihatkan kehebatan ke atas ulama dan mempelajari ilmu untuk berhujah dengan orang-orang yang bodoh, dan untuk menarik perhatian majlis. Barangsiapa berbuat demikian maka tempatnya ialah didalam api neraka, api neraka". 
(HR Ibn Majah)


Dari Abu Hurairah r.a dan Abu Said Al-Khudri r.a keduanya bersaksi bahawa Nabi SAW bersabda: 
"Tidaklah satu kelompok yang duduk mengingati Allah kecuali para malaikat menaungi mereka dengan sayap-sayapnya, dan rahmat Allah meliputi mereka, sakinah turun ke atas mereka dan Allah menyebut mereka dalam majlis para malaikat". 
(HR Muslim)

Tidaklah duduk suatu kaum untuk berzikir kepada Allah kecuali malaikat menaungi mereka, rahmat meliputi mereka dan turun ketenangan atas mereka, serta Allah sebut mereka pada orang yang ada disisiNya".
(HR Muslim, at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Apabila kalian melewati kebun syurga maka masuklah kalian. Ada yang bertanya "Apakah kebun syurga itu" Baginda menjawab "Kumpulan Zikir". Dalam riwayat lain "Majlis Zikir".
(HR at-Tirmidzi)

Sheikh Nurudin al-Marbu al-Banjari
Penjelasan tentang zikir

Dari Safwan bin Assal Al-Muradi r.a. meriwayatkan satu ketika aku datang menemui baginda Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di dalam masjid duduk bersandar di atas cadar merah,lantas aku berkata:"Ya Rasulullah SAW sesungguhnya aku datang untuk menuntut ilmu."
Nabi menjawab: "Selamat datang bagi orang yang menuntut ilmu.Sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayap-sayapnya bagi mereka yang menuntut ilmu, kemudian berkumpul bertumpuk-tumpuk antara satu sama lain, hinggalah ke langit dunia.Mereka melakukannya kerana cintanya kepada orang yang menuntut ilmu."
(HR Tabrani)


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Ilmu adalah imam kepada amal, dan amal adalah makmumnya."

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sekali melihat wajah orang berilmu, adalah lebih aku suka daripada beribadat selama satu tahun, rajin berpuasa dan mendirikan sembahyang malam. Ini kerana, sudah tentu orang yang berilmu yang mahu mengajarkannya".

Ra

4 comments:

Anonymous said...

izin copy..assalamualaikum...

Mengharap RedhaMu said...

silakan.....moga dapat memberi manfaat pada kita semua. :)

Anonymous said...

Izin utk copy. Tq

Anonymous said...

assalammualaikum. sumber rujukan pls :)

Ada baik dibaca juga.....