30 June 2011

Sememangnya manusia sebegini....

EMPAT GOLONGAN MANUSIA
Sedarkah kita bahawa jika direnungkan ada empat golongan manusia dalam hubungan dengan masyarakatnya:

1.Orang yang baik,tetapi kebaikan itu hanya  untuk dirinya sendiri sahaja.
2.Orang yang jahat,tetapi kejahatannya merosakkan dirinya sahaja.
3.Orang yang baik dan berusaha agar orang lain juga baik.
4.Orang yang jahat dan selalu berusaha merosakkan orang lain dalam masyarakat.

Kata pepatah,
jika kita tak boleh menjadi garam yang boleh menyelamatkan ikan dari busuk,
maka janganlah menjadi lalat yang merosakkan ikan.
Kita digolongan mana?
Jika kita tak boleh berbuat baik dalam masyarakat,
janganlah rosakkan orang lain yang berbuat baik pada masyarakat.

Sumber: 5-sifat-manusia-menghadapi-kesusahan

27 June 2011

Israq Mikraj

FIRMAN Allah yang bermaksud:
“Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”  
(Surah al-Israk, ayat 1)

“Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. “Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” 
– (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Ramai yang sudah mengetahui peristiwa Israq Mikraj namun bukan cerita ini yang ingin ku sampaikan tapi persoalannya apakah pengajaran yang dapat kita lakukan selaku Umat Islam akhir zaman ini. Peredaran zaman berzaman yang terus berlalu menyebabkan ramai umat Islam semakin lari dari kaedah yang sebenar dari apa yang ditunjukkan oleh Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sunnahnya dan Al-Quran telah banyak yang tidak kita ikuti. Malah semakin jauh darinya, ada juga yang mahu keluar dari agama ini dan tidak percaya atas segalanya.


Wahai saudara seagama ku, perkukuhkanlah ikatan sesama Islam disamping perkuatkan lagi jaringan Jemaah kita sesama islam. Lakukanlah perbincangan jika terdapat sesuatu masalah. Usahlah menunding kepada mana-mana pihak, sebaliknya lakukanlah apa yang dituntut oleh Allah S.W.T sebagaimana yang dituntut di dalam Al-Quran dan Sunnah RasulNya.


Wahai saudara seislamku, pihak yang ingin memecahbelahkan benteng ukhwah islam ini sememangnya telah lama berlaku. Malahan beberapa cara mereka telah berjaya menembusi benteng yang kian rapuh ini. Maka sesuatu perlu dilakukan untuk menjadikan benteng itu kukuh semula. Usahlah harta dunia ini membuatkan perpecahan benteng yang dibina itu.


Wahai saudara seislamku, jika dahulu umat islam ditindas kerana menegakkan agama Allah Ta'ala. Kini agama Islam telah tersebar luas diseluruh pelusuk bumi tetapi kekuatannya telah runtuh sedekit demi sedikit.

Marilah wahai saudara seislamku, kita perkuatkan akidah dan keimanan kita terhadap agama yang suci ini demi mencari keredhaanNya.

"Pokok itu tidak bergoyang jika tiada anginNya
Angin itu tidak datang jika tidak diizinNya.
Alam tidak wujud jika kita bukan hambaNya
Syurga Neraka telah tersedia 
Kepada siapakah  penghuni didalamnya
Maka segera memohon kepadaNya
Agar diri serta seluruh keluarga mendapat RedhaNya".


25 June 2011

Masa lalu....

Hal Antum Muslimun?

Dari ‘Amr bin Abasah r.a meriwayatkan bahawa dia bertanya iman apakah yang lebih afdhal? 
Baginda SAW menjawab: Iman yang mana disertai dengan hijrah. 
Beliau bertanya: Apakah hijrah itu?
Baginda SAW menjawab: Hijrah daripada meninggalkan kejahatan
(HR Musnad Ahmad)

------------------------------------------------------------------------
Dari Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah kamu mempelajari ilmu agama untuk memperlihatkan kehebatan ke atas ulama dan mempelajari ilmu untuk berhujah dengan orang-orang yang bodoh, dan untuk menarik perhatian majlis. Barangsiapa berbuat demikian maka tempatnya ialah didalam api neraka, api neraka". 
(HR Ibn Majah)
 -----------------------------------------------------------------------

24 June 2011

musafir....

Hal Antum Muslimun?

Dari Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW memegang bahuku
(untuk menarik perhatianku kepada perkara yang penting ini) lalu bersabda:  
"Hiduplah kamu di dunia ini seperti musafir atau sebagai orang yang sedang melintasi jalan".
(HR Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sejahat-jahat manusia ialah seseorang yang merosakkan akhiratnya kerana dunia orang lain. Yakni demi untuk memberi manfaat dunia kepada orang lain, dia merosakkan akhiratnya dengan melakukan perkara yang memurkakan Allah SWT".
(HR Baihaqi)

21 June 2011

Musafir Masa: Ingat Wahai Wanita

Musafir Masa: Ingat Wahai Wanita

10-Kunci Rezqi

1.Beristifar dan bertaubat
Berkata Imam Nawawi  jika taubat seseorang dari dosa yang ia lakukan terhadap Allah S.W.T maka syaratnya ada tiga:
  1. Meninggalkan maksiat tersebut serta-merta
  2. Menyesali terhadap maksiat yang telah berlalu
  3. Berjanji (azam) tidak akan mengulanginya lagi
Jika salah satu dari 3 syarat diatas tidak dipenuhi maka taubatnya batal atau tidak sah.
Jika dosa yang dilakukannya itu berkaitan dengan manusia lain maka syaratnya ada 4, selain dari 3 diatas dan yang ke-4 dia mestilah membebaskan dirinya dari orang berkenaan.
Jika dalam bentuk harta hendaklah dikembalikan kepada yang empunya, jika fitnah atau tuduhan atau mengumpat hendaklah ia memohon kemaafan daripadanya.
Adapun istighfar menurut Imam Al Raghib Al Asfahany : memohon ampunan dengan ucapan dan perbuatan. Istighfar belum mencukupi hanya dengan lisan, tetapi mestilah dengan lisan dan perbuatan.
Firman Allah di dalam surah Nuh :10-12


2.Taqwa
Perkataan Taqwa asalnya wiqayah yang mengandungi makna memelihara diri. Ini sebagaimana ungkapan bahasa Arab;"Al wi qa ya tu khairun minal ilaa ji" yang bermaksud memelihara diri adalah lebih baik daripada mengubati.
Sedang Taqwa menurut Saidina Ali k.w :  
"Taqwa ialah melaksanakan apa yang disuru oleh Allah dan menjauhi apa yang dilarangNya".
Manakala menurut Abdullah Bin Abbas r.a : 
" Allah hendaklah ditaati dan jangan Dia dimaksiati, Allah hendaklah diingati dan jangan Dia dilupakan, Allah hendaklah disyukuri dan Dia jangan dikufuri".
Menurut Imam Al Nawawy : 
"Melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi laranganNya iaitu dengan makna: Memelihara diri dari kemurkaan Allah S.W.T dan siksaanNya".

Berdsarkan takrif-takrif taqwa di atas nyatalah bahawa sesiapa yang tidak memelihara dirinya daripada perbuatan dosa, apakah dengan melanggar larangan Allah ataupun dengan mengabaikan suruhanNya lalu ia tidak segera bertaubat kepada Allah maka dia bukanlah orang yang bertaqwa.
Firman Allah Surah Al-Talaq : 2-3
Firman Allah Surah Al-A'raf : 96


3.Tawakkal
Tawakal adalah menyandarkan hati hanya kepada Allah Yang Maha Esa atau keyakinan bahawa tidak ada yang dapat melakukan segala yang wujud melainkan hanya Allah Yang Maha Esa, sedangkan segala yang wujud seperti ciptaan dan rezki, memberi dan menghalang, mudharat dan manfaat, kefakiran dan kekayaan, sakit dan sihat, hidup dan mati, dan lain-lain yang wujud semuanya adalah dari Allah S.W.T

Rasulullah bersabda yang bermaksud ; "Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu dilimpahkan rezki sebagaimana burung diberi rezki, dia meniggalkan sarangnya pada waktu pagi dalam keadaan perutnya kosong dan kembali pada petangnya dalam keadaan perutnya kenyang  ".

Tawakal dan Usaha
Sebahagian manusia beraggapan bahawa orang yang bertawakal kepada Allah pasti akan diberi rezki olehNya tanpa perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kehidupan. Kononnya kalau sudah bertawakal walaupun malas berusaha dan berpangku tangan sahaja, namun rezki tetap akan turun dari langit.Dakwaan ini menunjukkan betapa jahil golongan tersebut terhadap dengan makna tawakal yang sebenar. Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Al Hakim daripada Ja'afar Bin Amru Bin Umayyah dari bapanya katanya: Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w " Ur si lu naa qati wa a tawakalu  "Adakah saya lepaskan sahaja untaku lalu kemudian aku bertawakal? "
Rasulullah s.a.w bersabda " Akqilha wa tawakal""  "
Yang bermaksud " Ikatkan untamu (terlebih dahulu) dan kemudian barulah kamu bertawakal ".

4.Tekun beribadat
Maksud tekun beribadat bukanlah dengan meninggalkan usaha mencari rezeki dan hanya duduk sahaja didalam masjid siang dan malam sebagaimana anggapan sesetengah manusia yang jahil. Tetapi maksudnya ialah seseorang yang hatinya dan jasadnya ketika beribadat tidak berbelah bagi, khusuk dan hadir hatinya sambil menghayati akan kebesaran Allah Azza Wa Jalla dan penuh yakin bahawa ia sedang bermunajat di hadapan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Menentukan segala-galanya. Dia ketika itu dalam keadaan sebagaimana yang pernah digambarkan oleh baginda Rasul s.a.w ketika menjelaskan makna "Ihsan" didalam beribadat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Engkau beribadat kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya, tetapi sekiranya engkau tidak dapat melihatNya maka (engkau sungguh yakin) bahawa Dia tetap melihat engkau".
(Hadis Riwayat Muslim)

Dalil syara bahawa tekun beribadat punca murah rezki:
1. Rasulullah s.a.w bersabda didalam hadis.
Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi Muhammad s.a.w katanya:  
"Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman : Hai anak Adam! Tekunlah kamu beribadat kepadaKu, nescaya akan Aku penuhkan hatimu dengan kekayaan dan akan Aku hilangkan kefakiranmu. Tetapi jika kamu tidak melakukannya, niscaya akan Aku penuhkan tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan hilangkan kefakiranmu".
(Hadis Riwayat Tarmidzi dan Ibnu Majah)

Didalam hadis di atas Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan bahawa Allah S.W.T berjanji akan memberikan dua ganjaran kepada orang yang tekun beribadat kepadaNya dan dua hukuman kepada orang yang tidak berbuat demikian.
Adapun ganjaran bagi orang yang tekun beribadat ialah:
1. Allah akan memberikan kekayaan.
2.Allah akan menghilangkan kefakirannya

Sedang hukuman atau deraan ke atas orang yang tidakk tekun beribadat kepadaNya pula ialah:
1. Allah akan sibukkan dia dalam hal-hal yang tidak berguna
2. Allah tidak akan menghilangkan kefakirannya

5.Haji dan umrah
Daripada Abdullah Bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Ikutilah di antara haji dengan umrah, kerana kedua-dua ibadat itu dapat menghapuskan kefakiran dan dosa, sebagaimana api dapat menghancurkan karatan besi,emas dan perak, dan tiadalah ganjaran haji yang mabrur melainkan syurga".
(Hadis Tarmidzi dan Al Nasai)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya : "Rasulullah s.a.w bersabda: Ikutilah ibadat haji dengan Umrah kerana kedua-duanya dapat menghapuskan kefakiran dan dosa sebagaimana api menghilangkan karat besi".
(Hadis riwayat Al Nasai)

6.Silaturrahim
Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar: Makna "Rahim"mencakupi kaum kerabat. Mereka ialah orang-orang yang mempunyai hubungan"nasab" atau keturunan denganmu, apakah mereka itu orang yang menjadi waris bagi kamu ataupun tidak, apakah mereka termasuk mahram kamu ataupun bukan mahram.
Menurut Al Mullah Ali Al Qari : maksud "Silaturrahim" adalah kinayah atau kiasan dari makna berbuat baik(ihsan) kepada kaum kerabat, apakah kerabat melalui keturunan (nasab) ataupun melalui perkahwinan (mushaharah). Bersikap lemah-lembut kepada mereka dan mengambil berat dengan keadaan mereka.
Dari Abu Hurairah r.a katanya:
" Aku mendengar Rasulullah s.a.w besabda: Siapa yang ingin agar rezkinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim". 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Ali Bin Abi Talib r.a daripada Nabi Muhammad s.a.w katanya: "Siapa yang suka agar umurnya dipanjangkan, dan rezkinya diluaskan dan dihindarkan daripadanya mati mengejut, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan silaturrahim".
(Hadis Riwayat Abdullah Bin Ahmad, Al Bazzar, At Tabarany)

7.Infaq 
Infaq dalam Jalan Allah
Makna Infaq dalam jalan Allah atau "Infaq Fii Sabilillah" ialah membelanjakan sesuatu yang disayangi untuk agama Allah seperti membelanjakan sesuatu kepada fakir miskin dan membelanjakan sesuatu untuk membantu agama Allah.
Allah Berfirman yang bermaksud : " Dan barang apa sahaja yang kamu nafkahkan ( infaqkan ), maka Allah akan menggantikan dan Dia-lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya". 
(Saba- 39)
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidakkah hamba-hamba (manusia) memasuki suatu hari melainkan turunlah dua malaikat (dari langit), lalu berkatalah salah seorang daripadanya : Ya Allah, berilah gantian kepada orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah); dan berkata pula yang seorang lagi : Ya Allah, binasakanlah harta orang yang menahan (tidak menafkahkan hartanya di dalam jalan Allah)".
(Hadia Riwayat Bukhari)

8.Infaq kepada penuntut Ilmu Syara'
Di antara punca murah rezki ialah jika seseorang dengan redha menyara orang lain yang menuntut ilmu agama(syara') sepenuh masa.
Daripada Malik Bin Anas r.a katanya : " Ada dua orang yang bersaudara di zaman Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripadanya selalu mendatangi Rasul s.a.w untuk menuntut dan mendalami ilmu agama daripadanya, sedangkan yang seorang lagi bekerja keras mencari rezki. Lalu saudaranya yang bekerja keras mencari rezki ini mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang saudaranya yang hanya menuntut ilmu. Maka bagindapun bersabda: 
"Laal laka Turdzaqu bihi" yang bermaksud "Mudah-mudahan kamu diberi rezki dengan sebab dia". 
(Hadis Tarmidzi dan Al- Hakim)

9.Ihsan kepada Dhu'afaa' 

Di antara penyebab murah rezki ialah berbuat baik (ihsan) kepada dhu'afaa' yakni orang-orang yang lemah atau fakir miskin. Rasulullah s.a.w telah menjelaskan bahawa seseorang akan ditolong oleh Allah dan akan dianugerahkan rezki disebabkan oleh kerana ia memuliakan orang-orang yang lemah dan berbuat ihsan kepada mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Tidaklah kamu ditolong dan diberi rezki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu".
(Hadia Riwayat Imam Bukhari)

Dalam hadis yang lain pula Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Mintalah kepadaku pada orang-orang lemah di kalangan kamu, kerana sesungguhnya kamu diberi rezki dan ditolong kerana orang-orang lemah di antara kamu".
(Hadis Riwayat Tarmidzi dan Al-Hakim)  

Al-Mulla 'Ali Al-Qari berkata ketika menguraikan ungkapan "Mintalah kepadaku pada orang-orang lemah di kalangan kamu" maksudnya: Mohonlah keredhaanku dengan cara berbuat ihsan kepada orang-orang fakir dikalangan kamu. Oleh sebab itu sesiapa yang berusaha untuk mendapatkan keredhaan kekasih daripada Allah Yang Maha Pemberi Rezeki, iaitu dengan berbuat ihsan kepada fakir miskin, maka Allah 'Azza Wa Jalla akan menolongnya dan menganugerahkan rezki yang banyak kepadanya.

10.Hijrah
 Makna Berhijrah: 
Imam Al-Raghib Al-Ashfahaany berkata: maksud berhijrah disini ialah keluar dari negeri kafir ke negeri iman sebagaimana berhijrah dari Mekah ke Madinah. Tetapi Al- Sayyid Rashid Redha menambah: Wajiblah hijrah tersebut dengan niat mengharap keredhaan Allah untuk menegakkan agamaNya sebagaimana yang diwajibkan dan disukai oleh Allah ataupun dengan niat untuk membela saudaranya seagama yang ditindas oleh orang-orang kafir.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak".(Al-Nisa 100)
Imam Al-Razi menyimpulkan tafsiran ayat di atas seolah-olah Allah ingin menyatakan:
"Hai sekelian manusia, jika kamu benci untuk berhijrah meniggalkan negerimu untuk pergi ke negeri lain kerana mengenang bertapa susahnya dan banyaknya rintangan di dalam perjalanan, maka janganlah kamu takut! kerana Allah telah berjanji akan memberi kamu kebaikan dan nikmat yang banyak disebabkan oleh hijrahmu itu.Dan keadaan ini bukan sahaja akan meluaskan rezkimu tetapi pada masa yang sama akan mengecewakan musuh-musuhmu".

Petikkan dari buku Kunci Rezki

    18 June 2011

    Bacalah....

     أَتَأۡمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلۡبِرِّ وَتَنسَوۡنَ أَنفُسَكُمۡ وَأَنتُمۡ تَتۡلُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ‌ۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ ۞
    (٤٤)
    (سُوۡرَةُ البَقَرَة) 
    Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
     (44) Al-Baqarah

    15 June 2011

    Gerhana

    Hukum Solat Gerhana
    Ulama telah bersepakat tentang hukum sunat muakkad bagi melaksanakan solat sunat gerhana.  Hukum sunatnya adalah sama dengan hukum solat dua hari raya.  Solat sunat gerhana pula hanya dilakukan di tempat berlakunya gerhana.  Jika saudara kita di satu tempat seperti Afrika Utara mengetahui ramalan akan berlakunya gerhana matahari separuh pada 29 Safar 1428, tetapi gerhana tersebut tidak berlaku d Malaysia, maka umat Islam di Malaysia tidak disunatkan untuk melakukan solat gerhana.

    Dalil Pensyariatan
    Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil dari
    (1) Surah Fussilat, ayat 37,
    لاَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
    Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.
    (2) Hadis riwayat Imam Muslim yang maksudnya;
    Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah
    Menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah.  Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika?

    Perbezaan Antara Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari
     
    Gerhana Bulan
    Gerhana Matahari
    1
    Biasanya berlaku pada pertengahan bulan hijri.
    Biasanya berlaku pada akhir bulan hijri.
    2
    Berlaku pada waktu malam.
    Berlaku pada waktu siang.
    3
    Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah secara kuat (jahar).
    Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah secara perlahan (khafiyy).
     
    Tatacara Sebelum Melaksanakan Solat Sunat Gerhana
    1.       Sunat mandi terlebih dahulu.
    2.   Tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang sempit.
    3.       Sunat juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik-cantik seperti solat sunat istisqa’ (minta hujan).
    Waktu Disunatkan Solat Sunat Gerhana
    Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala.  Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu.  Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah.  Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana.  Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.  
    Beberapa Peringatan
    i.               Tidak perlu azan dan iqamah untuk memanggil jemaah menunaikan solat gerhana tetapi cukup dengan sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
    ii.             Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan.  Bagi solat sunat gerhana matahari pula disunatkan memperlahankan suara pada bacaan Fatihah dan surah.
    iii.            Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
    iv.            Sunat menyampaikan khutbah (dua khutbah seperti khutbah Jumaat) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang.
    v.              Sunat menyampaikan khutbah (seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir 9 atau 7 kali berturutan pada mukaddimah khutbah).
    vi.            Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah agar bertaubat daripada maksiat, bersedekah, berbuat kebajikan, banyak berdoa, beristighfar dan berzikir, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
    vii.           Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlu khutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).
     
     
    PANDUAN RINGKAS SOLAT GERHANA & KHUTBAHNYA
     
    Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
    أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
    Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
     
    Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
    أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
    Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
     
    Cara & Bilangan Rakaat
    Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;
    i.               Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyam yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana).  Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang.  Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat).  Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.
    ii.             Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.  Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.
    iii.            Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.  Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.
     
    Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)
    Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu.  Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.
     
    (Rakaat Pertama)
    1.         Takbiratul Ihram.
    2.         Membaca doa iftitah.
    3.         Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)
    4.         Membaca surah al-Fatihah.
    5.         Membaca surah dalam qiyam pertama.  Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
    6.         Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
    7.         Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
    8.         Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
    9.         Iktidal.
    10.        Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
    11.        Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
    12.        Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
    13.        Berdiri ke rakaat kedua.
     
    (Rakaat Kedua)
    1.         Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
    2.         Membaca surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).
    3.         Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
    4.         Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
    5.         Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
    6.         Iktidal.
    7.         Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
    8.         Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
    9.         Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
    10.        Membaca tasyahhud akhir.
    11.        Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.
     
    RUJUKAN
     
    Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
    al-Dimyāti al-Bakri, Abū Bakr bin ‘Uthmān bin Muhammad Shattā, Hāshiyat i‘ānat al-tālibin, 1995, Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil. 1, hlm. 448.
    Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Zād al-ma‘ād fi hady Khayr al-‘ibād, 1994, Cet. ke-27, Beirut: Mu’assasat al-Risālah, jil. 1, hlm. 450-456.
    Ibn Qudāmah, Muwaffaq al-Din Abū Muhammad ‘Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Qudāmah, al-Mughni, 1992, Cet. ke-2, Kaherah: Hajar li al-Tibā‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘ wa al-I‘lān, jil. 3, hlm. 321-333.
    al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Azkār, 1991, cet. ke-3, Madinah: Maktabat Dār al-Turāth & Damsyik: Dār Ibn Kathir, hlm. 291-293.
    al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Majmū‘, t.th, Jeddah: Maktabat al-Irshād, jil. 5, hlm. 50-68.
    al-Shāfi’i, Taqiy al-Din Abū Bakr bin Muhammad al-Husayni al-Husni al-Dimashqi, Kifāyat al-akhyār fi hall qhāyat al-ikhtisār, 1991, Beirut: Dār al-Khayr, hlm. 151-152.
     
    Hasil nukilan;
    Ustaz Hj. Nurazmallail bin Hj. Marni,
    Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial,
    Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

    13 June 2011

    Rejab (Keagungan)

    “Rajab” menurut ahli bahasa bererti keagungan. Dinamakan “bulan Rejab” kerana orang-orang Arab pada Zaman Jahiliah begitu memuliakan bulan ini. Para penjaga pintu Kaabah membuka pintu Kaabah selama sebulan sedangkan pada bulan lain Kaabah hanya dibuka pada setiap hari Isnin dan Khamis. Mereka berkata bahawa bulan Rejab adalah bulan Allah s.w.t. Kaabah adalah rumah Allah s.w.t, manakala manusia itu adalah hamba Allah s.w.t. Oleh sebab itu tidak ada larangan atau halangan bagi seseorang hamba Allah itu masuk rumah Allah dalam bulan Allah.
    Allah s.w.t mencipta satu tahun itu mengandungi dua belas bulan. Daripada jumlah tersebut empat bulan dinamai Bulan Haram iaitu tiga bulan berturut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam) manakala bulan Rejab pula adalah di antara bulan Rabiulakhir dan Sya’aban.
    Orang-orang Arab pada zaman Jahiliah juga membesarkan bulan puasa ini sebagai mempusakai warisan daripada Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Mereka mengharamkan peperangan dalam bulan-bulan tersebut.
    Baginda Rasulullah s.a.w mengesa umat Islam agar memperbanyakkan berpuasa, menghidupkan malam Rejab dengan beribadah,bersembahyang dan sebagainya. Ganjaran bagi mereka yang berbuat demikian amatlah besar.
    Diantara kelebihan orang yang menghidupkan malam Rejab dengan amalan ibadat ialah:
    1. Orang yang berkenaan akan terus beriman kepadaNya. Allah S.W.T pula akan melimpahkan kebajikan serta membersihkan dosa orang berkenaan. Ini jelas dalam sebuah hadis yang bermaksud;“Barang siapa menghidupkan malam pertama bulan Rejab (dengan ibadah) nescaya hatinya tidak akan mati, semasa hati orang lain mati. Allah S.W.T melimpahkan kebajikan daripada atas kepalanya dan bersihkan daripada dosa-dosanya seperti pada hari ibunya melahirkannya. Dia akan memberi pertolongan tujuh puluh ribu orang yang berdosa, yang seharusnya masuk neraka”. 
    2. Allah S.W.T juga menjanjikan keselamatan diri dan keluarga orang yang beribadah dengan melakukan sembahyang pada bulan ini daripada bala dunia dan azab akhirat. Keterangan ini dijelaskan dalam sebuah hadis dari Anas Bin Malik yang bermaksud; “ Barang siapa bersembahyang selepas magrib pada bulan Rejab dua puluh rakaat, dengan membaca pada tiap rakaat Fatihatul Kitab dan surah Al-Ikhlas dan memberi salam dengan sepuluh salam, nescaya Allah Ta’ala memelihara akan dia, anggota keluarga dan orang yang menjadi tanggungannya daripada bala dunia dan azab akhirat”. 
    3. Selain dijauhkan daripada bencana dunia, amalan puasa yang dilakukan pada bulan ini juga akan dibalas oleh Allah S.W.T dengan memlihara orang yang berkenaan daripada sakit-sakit tertentu seperti yang disebutkan dalam hadis.Sabda Rasulullah yang bermaksud;"Ketahuilah sesungguhnya bulan Rejab itu bulan Allah yang tertutup. Barang siapa berpuasa padanya satu hari dengan penuh keyakinan dan ikhlas pasti mendapat keredaan yang besar dari Allah, dan barang siapa berpuasa dua hari, para penghuni langit dan bumi tidak akan memberinya penilaian, dia mendapat kemuliaan di sisi Allah. Barang siapa berpuasa tiga hari, ia akan diselamatkan daripada bahaya bencana dunia dan azab akhirat, penyakit gila, pepra, sopak, juga dari fitnah dajal. Barang siapa berpuasa tujuh hari, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka jahannam. Barang siapa puasa lapan hari, dibuka baginya lapan pintu syurga. Barang siapa puasa sepuluh hari ia tidak meminta dari Allah sesuatu melainkan dikabulkan, dan barangsiapa berpuasa lima belas hari Allah Ta’ala akan mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu dan menggantikan kejahatan itu dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah(hari puasa) maka Allah akan menambah balasannya". 
    4. Allah S.W.T menyediakan balasn nikmat yang khusus bagi mereka yang berselawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w pada bulan Rejab. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; “ Pada malam Mikraj saya melihat sebatang sungai, airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada salji dan lebih harum daripada minyak misk. Saya telah bertanya kepada Jibril: Untuk siapa(sungai) ini? Ia menjawab: Bagi orang yang berselawat ke atasmu pada bulan Rejab". Rasulullah s.a.w juga menamakan bulan Rejab ini sebagai “bulan tuli”, kerana malaikat Kiraman Katibin akan hanya mencatat segala kebaikan dan tidak mencatat segala kejahatan pada bulan itu.Kemulian bulan Rejab juga dijelaskan oleh sebuah hadis yang menyatakan bahawa bulan Rejab adalah bulan Allah: "Sesungguhnya Rejab itu adalah bulan Allah, Sya'aban itu bulanku dan Ramadan itu bulan umatku". 
    5. Setiap orang akan berasa lapar pada hari kiamat kelak, kecuali nabi-nabi dan keluarganya dan juga orang yang berpuasa di bulan Rejab,Sya'aban dan Ramadan. Sayyidatina Aishah ada berkata, mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada besabda yang bermaksud : "Semua manusia dalam keadaan lapar pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'aban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang tidak lapar dan tidak haus".
    6. Mereka yang menghidupkan Rejab dengan beribadah akan mendapat balasan di akhirat kelak. Cahaya Rejab kelihatan pada mereka yang berbuat demikian menyebabkan mereka dapat dikenali. Mereka juga dapat melintas sirata l-mustaqim seumpama laluan kilat. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila datang hari kiamat, maka ada suara memanggil: Dimana para ahli Rejab? Maka terpancarlah sinar, diikuti oleh Jibril dan Mikail a.s. Cahaya itu yang diikuti oleh para ahli Rejab. Kemudian mereka semua lalu di atas sirat 'l-mustaqim seperti kilat yang menyambar. Kemudian mereka semua sujud bersyukur kepada Allah Ta'ala kerana dapat melintasi sirat tadi. Allah Ta'ala berkata: Wahai ahli Rejab, angkatlah kepala kamu semua, kamu telah sempurnakan sujud di dunia pada bulanKu, lalu mereka pergilah ke tempat masing-masing".Baginda Rasulullah s.a.w menggesa umatnya agar memperbanyakkan taubat serta menjauhkan maksiat, disamping melakukan ibadah yang disebut di atas tadi pada bulan tersebut. Baginda bersabda yang bermaksud: "Bertaubatlah kamu kepada Tuhan kamu, dan minta ampunlah daripada segala dosa dan jauhilah maksiat, pada bulan haram iaitu bulan Rejab. 
    7. Barangsiapa yang ingin keringanan ketika menghadapi sakaratulmaut, terpelihara daripada godaaan iblis dan syaitan ketika menghadapi maut, ia hendaklah menghormati bulan-bulan haram yang termasuk di dalamnya bulan Rejab. Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud: "Andai kamu semua hendaklah keringanan pada saat kematian daripada dahaga dan keluar bersama iman, juga tersselamat daripada tipu daya syaitan, maka hormatilah bulan-bulan ini semuanya dengan memperbanyak puasa dan menyesali terhadap perkara yang telah lalu daripada dosa-dosa dan ingatlah selalu kepada Allah S.W.T yang mencipta, nescaya kamu masuk syurga Tuhan kamu dengan sejahtera". 
    Petikkan buku "TAQARRUB" Amalan Menghampirkan Diri Pada Illahi.
    Oleh Dr.Amran Kasimin
    1991

     Dengarkan juga disini.Al-Daurah (Y.Bhg. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri)
    http://www.ikimfm.my/ikimfm/index.php?option=com_content&view=article&id=55
     

    12 June 2011

    10 Sebab doa ditolak

    10 sebab-sebab doa tidak diperkenankan oleh Allah

    1. Kita mengaku mengenali Allah tetapi tidak pernah menunaikan akan hak-hakNya dengan melaksanakan segala surahan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.(link)

    2. Kita mengakui menyintai Rasulullah(link)tetapi tidak pernah sekali pun mengikuti sunnahnya.

    3. Kita mengakui bahawa syaitan itu adalah musuh(link) yang paling ketat tetapi masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.

    4. Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan segala isi kandungnya.(link)

    5. Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan maksiat dan dosa.

    6. Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama kita tetapi tidak pernah melihat kepada keaiban sendiri.

    7. Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allah beri tetapi tidak pernah sekalipun mahu bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya.

    8. Kita mengiringi dan mengebumikan jenazah di perkuburan tetapi tidak pernah mahu mengambil iktibar dari kematian itu.

    9. Kita tahu dan yakin bahawa kematian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat persiapan untuk menuju ke sana.

    10. Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama orang-orang soleh tetapi tidak pernah berusaha mendapatkannya.

    05 June 2011

    Doa Bertemu Rasulullah


    Ayat-ayat Syifa

    Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh


    Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

    1. Surah at-Taubah: 14:



    Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.



    2. Surah Yunus: 57:



    Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.



    3.  Surah an-Nahl: 69:



    Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

    4. Surah al-Isra’: 82:


      
    Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

    5. Surah asy-Syu’ara’: 80:



    Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,



    6. Surah Fussilat: 44:



    Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".

    [*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.



    Ketaatan Kepada Perintah Rasulullah dalam Penjagaan Kesihatan


    Allah s.w.t. menyuruh setiap hambaNya agar mentaati Rasulullah saw, seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Hasyr:7).


    Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota Maka adalah untuk Allah, untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang Kaya saja di antara kamu. apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat keras hukumannya.



    Mengenai hal-hal yang berkaitan dengan rawatan, Rasulullah saw. ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran.

    Baginda bersabda:


    Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan al-Quran- Riwayat Ibnu Majah.

    Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam sunannya, Rasulullah saw. ada bersabda:


    Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram.

    Hadis ini diperkuatkan dengan hadis-hadis lain, di antaranya hadis yang berbunyi:


               Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyedia­kan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.

    Al-Quran mengandungi pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, memelihara kesihatan jasad juga roh. Dalam surah al-Maa-idah: 6:


    Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub Maka mandilah, dan jika kamu sakit[*2] atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh[*3] perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.

    [*2] Maksudnya: sakit yang tidak boleh kena air.
    [*3] Artinya: menyentuh. menurut jumhur Ialah: menyentuh sedang sebagian mufassirin Ialah: menyetubuhi.

    Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyuruh orang yang beriman yang hendak mendirikan sembahyang agar membasuh muka dan tangan hingga ke siku, menyapu rambut dan kedua belah kaki hingga ke buku lali. Sesungguhnya wuduk yang dilakukan itu berupaya memelihara jasad, menjaga kulit daripada objek najis yang terdapat pada­nya. Membersihkan tanah, debu, kotoran-kotoran dan kuman yang mengotorkan tangan. Begitu juga dengan amalan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, bersiwak untuk memelihara gigi dan alat peng­hadam makanan,

    Allah s.w.t. juga menyuruh orang yang berjunub agar membersihkan diri (al-Maa-idah: 6) untuk membersihkan seluruh jasad, mengembalikan kecerdasan tubuh, memulihkan semula edaran darah juga mencergaskan fungsi sendi otot dan urat saraf.

    Di samping membersihkan anggota zahir, sembahyang merupakan tuntutan menyucikan batin. Mengelakkan diri daripada melakukan dosa-dosa kecil yang ber­panjangan juga kemungkaran dosa-dosa besar. Akan lahir daripada ibadah tersebut semulia-mulia akhlak dalam diri. Dengan sembahyang jiwa menjadi tenang. Ketenangan merupakan asas kesejahteraan individu.

    Allah s.w.t. mewajibkan setiap orang agar berpuasa untuk melahirkan rasa takwa. Berpuasa secara tidak langsung memberi kerehatan pada seluruh organ peng­hadaman, menyebabkan puasa sekarang ini merupakan satu kaedah terbaru, yang diterima umum untuk mengu­bat penyakit dalam perut, radang paru-paru, sakit sendi juga lain-lain penyakit serius.

    Untuk memelihara kesihatan, Islam menegah se­seorang memakan makanan yang memberi mudarat seperti bangkai, babi dan sebagainya, juga melarang zina kerana ia merosakkan diri dan masyarakat. Rasulullah saw. juga memberi amaran agar jangan memasukkan makanan ke dalam makanan (menambah makanan sebelum makanan di mulut hancur terkunyah), memberi amaran tentang bahaya taun dan kusta dan menggesa orang yang sakit agar berubat. Baginda juga menegah seseorang membuang air kecil di air yang berlari.

    Mengambil makanan ketika perlu merupakan satu faktor utama kesihatan yang berterusan. Selain daripada mendatangkan mudarat, amalan menelan makanan sebelum hadam, melakukan pergerakan yang banyak selepas makan juga tidak baik.

    Baginda saw. juga menyuruh agar setiap makanan dan minuman ditutup dengan menyebut nama Allah, agar tidak jatuh padanya binatang yang beracun, yang boleh membunuh pemakan atau peminumnya.

    Allah s.w.t. menegah seseorang makan atau minum berlebihan (A1-A’raaf: 31),


    Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di Setiap (memasuki) mesjid[*4], Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan[*5]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

    [*4] Maksudnya: tiap-tiap akan mengerjakan sembahyang atau thawaf keliling ka'bah atau ibadat-ibadat yang lain.
    [*5] Maksudnya: janganlah melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh dan jangan pula melampaui batas-batas makanan yang dihalalkan.



    Al-Ustaz Marzuq (1989: 28) menjelaskan bahawa sekiranya seseorang itu ingin hidup terhindar daripada penyakit, mereka hendaklah makan dalam keadaan sederhana, Punca penyakit ialah makanan yang berlebihan.

    Sayidina Umar ada berkata:



    Jauhilah makan berlebihan, sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, me­nyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk — Riwayat Abu Naim.



    Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda:


    Orang mukmin makan dalam satu perut, walhal orang kafir makan dalam tujuh perut — Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

    Hadis yang mulia ini  mengandungi rahsia kesihatan yang besar. Orang yang sedikit makan, sedikit minumnya. Orang yang sedikit minumnya, kurang tidurnya. Daripada orang yang kurang tidur akan lahir keberkatan pada umurnya. Sebaliknya orang yang penuh perutnya, banyak minumnya, menyebabkannya banyak tidur. Orang yang banyak tidur kurang keberkatan umurnya.

    Orang yang mengambil makanan berpatutan sejahtera alat penghadaman tubuhnya. Menyebabkan tubuh dan hatinya dalam keadaan baik. Sebaliknya orang yang banyak makan alat penghadamannya akan lemah, penat bekerja dan berkemungkinan akan rosak, menyebabkan rosak seluruh jasad, keras hatinya, pendengarannya lambat menerima hakikat, menyebabkan seluruh panca­inderanya sukar tunduk taat kepada perintah Allah, untuk patuh melakukan sesuatu yang baik.

    Ayat Pengerak

    DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)


    Oleh: Ismail bin Abu Bakar

    Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


    Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


    Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

    1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
    2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
    3. Berbahaya
    4. Melarat, Bertambah Payah

    Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

    1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
    2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
    3. Selamat dari bahaya.
    4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


    Keberuntungan beramal dengan doa ini


    Terhindar Daripada Bahaya

    Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

    • Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

    Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

    Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


    Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

    Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


    Terhindar Daripada Sihir

    Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

    Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

    Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

    Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


    Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

    Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

    Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

    Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

    Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah. 
     


    *Petikan dari -http://www.darussyifa.org

    Ada baik dibaca juga.....