Kenali Mereka

Mereka adalah kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w yang meriwayatkan hadis. Bersama-samalah kita mengenali para sahabat yang Rasulullah mencintai mereka dan mereka mencintai Rasulullah. 


Abu Sa'id al-Khudri r.a
Nama sebenar ialah Sa'id bin Malik bin Sinan al-Khazraji al-Ansari, Abu Sa'id al-Khudri. Al-Khudri dinisbahkan kepada perkampungan Khudrah daripada perkampungan Khudrah daripada perkampungan Ansar sebagaimana di dalam al-Qamus. Beliau dan ayahnya adalah sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau tidak menyertai peperangan Uhud disebabkan masih kecil. Menyertai peperangan selepas  Uhud sebanyak 12 peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Beliau juga menyertai peperangan Bai'ah al-Ridhwan pada tahun 6 Hijrah. Banyak meriwayatkan hadis iaitu 1170 hadis dan berfatwa. Usianya mencecah 86 tahun. Ulama telah khilaf tarikh wafatnya, ada yang mengatakan beliau 63,64 atau 65 Hijrah dan ada yang mengatakan pada tahun 74 Hijrah.

Abu Hurairah al-Dusi
Abu Hurairah al-Dusi, seorang sahabat yang mulia lagi hafiz. Ulama khilaf pada namnya dan nama ayahnya antaranya ialah Abd al-Rahman bin Sakhar, Ibn Ghanam, Abdullah bin 'A'iz, Ibn Amir, kebanyakkan ulama mensahihkan yang pertama iaitu Abd al-Rahman bin Sakhar. Ibn Ishak berkata:"Sebahagian sahabat kami berkata kepadaku tentang Abu Hurairah adalah namanya pada zaman Jahiliah ialah Abd al-Syam bin Sakhar. Kemudian Rasulullah s.a.w menamakannya dengan Abd al-Rahman dan dikurnia dengan gelaran Abu Hurairah kerana aku membawa anak kucing dalam lengan bajuku lantas digelarku dengan Abu Hurairah."


Al-Hafiz Ibn Hajar meriwayatkan sebab dinamakan Abu Hurairah iaitu beliau bekerja sebagai pengembala kambing dan mempunyai seekor anak kucing, apabila waktu malam  beliau meletakkan di atas pokok dan apabila siang hari beliau akan mengambilnya untuk bermain.


Antara wasiat Rasulullah s.a.w kepada Abu Hurairah r.a. ialah mandi pada hari Jumaat, bersegera menunaikan solat Jumaat, jangan melakukan perkara yang lagha, berpuasa tiga hari sebulan, melakukan dua rakaat solat Fajar sekali pun bersembahyang sepanjang malam. Meninggal pada tahun 57 Hijrah, ada yang mengatakan 58 Hijrah dan ada yang mengatakan 59 Hijrah ketika berusia 78 tahun.

Nu'man Bin Basyir r.a
Nu'man bin Bansyir bin Sa'd bin Tha'labah bin Khalad bin Zaid al-Khazraji. Dikuniyah dengan Abu Abdillah. Beliau dan bapanya adalah sahabat Rasulullah s.a.w.


Al-Waqidi berkata: "Beliau orang yang pertama dilahirkan dalam Islam di kalangan Ansar selepas Hijrah,14 bulan." Meriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan Khalid bin Abdullah, Umar dan Aisyah dan telah meriwayatkan daripada anaknya Muhammad, maulanya Salim Urwah, Sya'bi, Syuba'i, Abu Qilabah, Khaithamas, Sammak dan lain-lain.


Syaibah bin 'Abd al-Aziz berkata: "Beliau adalah qadi Damsyik selepas Fudalah bin 'Ubaid." Samna' bin Harb berkata: "Mu'awiyah menjadikannya Gabenor di Kufah, sebagai ahli pidato yang hebat kemudian berpindah kepada Gabenor Hims." Mati dibunuh pada tahun 65 Hijrah.

Abdullah Bin Amru al-'As r.a

Abdullah bin Amru bin al-'As bin Wail bin Hasyim bin Sa'id bin Sahami, Abu Muhammad. Pendapat lain mengatakan : Abu 'Abd al-Rahman. Beliau dinamakan dengan al'As sebagaimana datuknya kemudian Nabi mengubahnya dengan nama Abdullah.


Salah seorang sahabat terawal memeluk Islam dan banyak meriwayatkan hadis. Beliau meriwayatkannya daripada Rasulullah s.a.w, Umar, Abu al-Darda', Mu'az bin Jabal, Abd al-Rahman Ibn 'Auf dan ayahnya sendiri Amr. Abu Nu'aim berkata: "Telah meriwayatkan daripadanya dikalangan sahabat ialah Ibn Umar, Abu Umamah, al-Miswar, al-Sa'id bin al-Musaiyib, 'Urwah, Towus, Amru bin al-As, Abu al-Abbas al-Syair, 'Ata' bin Yasar, Ikrimah, Yusuf bin Malik, Abu Zur'ah dan ramai lagi."


Beliau memeluk Islam lebih dahulu daripada bapanya dan perbezaan umur antara dia dan bapanya hanya 12 tahun sebagaimana dikeluarkan al-Bukhari. Beliau meninggal dunia di Kota Syam pada 65 Hijrah dalam usia 72 tahun. Kata al-Barqi: "Dikatakan beliau meninggal di Kota Mekah ada pendapat mengatakan di kota Ta'if dan ada yang mengatakan di Mesir."


Salman al-Farisi r.a


Abu Abdillah Salman al-Farisi, digelar juga dengan nama Salman al-Khair. Maula kepada Rasulullah s.a.w yang berasal dari Parsi. Sering kali bermusafir mencari agama sebenar. Pernah menganut agama Kristian dan mampu membaca banyak kitab.


Dibeli oleh orang Yahudi sehingga beliau dibawa ke Kota Madinah sebagai hamba. Dikatakan, beliau mula menyertai peperangan bersama Rasulullah s.a.w dalam peperangan Khandak dan seterusnya dan pernah juga memegang jawatan Gabenor di Madain selepas itu.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Salman di kalangan kita Ahlul Bait." Beliau dikatakan mempunyai usia yang panjang. Ada pendapat menyatakan usianya 250 tahun dan ada yang menyatakan usianya 350 tahun. Beliau makan dengan kerja yang dilakukan dan banyak sedekah.


Meninggal dunia di Kota Madinah pada 50 Hijrah. Ada pendapat yang menyatakan 32 Hijrah. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah kasih dikalangan sahabatku empat orang, salah seorangnya Salman al-Farisi."


Abu Ruqayyah r.a


Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy bin Kharijah. Nisbahnya kepada al- Darain, Hani' daripada Lakhm. Beliau pada mulanya beragama Kristian, kemudian memeluk Islam pada tahun 9 Hijrah. Menetap di Kota Madinah kemudian berpindah ke Syam selepas pembunuhan Sayidina Uthman bin 'Affan. kemudian menetap di Bait al-Maqdis. Beliau terkenal dengan kekuatan tahajjud. meniggal dunia di Palestine pada tahun 40 Hijjrah. Beliau meriwayatkan 18 buah hadis. Abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyah berkata:"Tamim al-Dariy berasal daripada seorang pendita pada zamannya dan ahli ibadat di kalangan penduduk Palestine. Beliaulah orang yang mula menyalakan pelita di dalam masjid dan perintis kepada penceritaan pada zaman Umar dengan izinya."


Al-Miqdam bin Ma'dikarib
Miqdam bin Ma'dikarib bin Amru bin Yazid bin Ma'dikarib dikuniyah dengan Abu Karimah, dikatakan juga kuniyahnya Abu Yahya a;-Kindi. Seoran sahabat yang masyhur, meriwayatkan daripada Khalid bin Walid, Mu'az dan Abi Ayyub. Yang meriwayatkan daripadanya pula ialah anaknya Yahya, cucunya Soleh bin Yahya, Khalid bin Ma'dan, Habib 'Ubaid dan lain-lain. Menetap di Hims. Meniggal dunia pada tahun 87Hijrah mengikut pendapat yang sahih dalam usia 91 tahun. Uthman berkata,"Meniggal dunia ketika 93tahun." Dan ada pendapat 96 tahun. Abi Yahya bin Salim al-Kila'i berkata," Kami bertanya kepada Miqdam bin Ma'dikarib, ramai orang menyangka kamu tidak melihat Nabi s.a.w." Lantas jawabnya,"Bahkan sesungguhnya aku melihatnya dan dia memegang telingaku dan sesungguhnya aku berjalan bersama bapa saudaraku."



No comments:

Ada baik dibaca juga.....