21 April 2011

Pandangan Seorang Ustaz: Kenduri Kahwin Orang Sunnah yang menyalahi sunnah

Hal Antum Muslimun? klik link sini kalau mau tau >>>http://ustaz.blogspot.com/2011/02/kenduri-kahwin-orang-sunnah-yang.html

5 Pesanan Terbaik

  1. Ingat Allah, nescaya Allah akan ingat kamu
  2. Hargai nikmatNya, nescaya Allah akan tambah nikmat kepada kamu
  3. Mohonlah kurniaanNya, nescaya Allah akan memberi kamu
  4. Ingatlah bahawa Allah sangat penting
  5. Allah tahu apa yang kamu lakukan.
*Hidup dan mati kita atas perintahNya*

7 Praktis Harian Terbaik

  1. Mulakan niat kerja; berkhidmat dan berbakti dengan dan kerana Allah Ta'ala.



  2. Mulakan kerja dengan "Bismillah hir rahmanirrahim".
  3. Inkantasi terbaik, ", saya sentiasa dalam pelukan kasih sayang Allah"
  4.  
    

  5. Hargai Allah setiap 5 minit, alhamdulillah, terima kasih ya Allah
  6. Sauhkan setiap 10 minit dengan gengam kedua tangan dan ucapkan "Allahu Akbar", rasakan Allah terpenting.
  7. Cas tenaga dengan solat fardu berjemaah.
  8. Akhir dengan, Ya Allah mohon terima kerjaku ini sebagai bukti pengabdian.
* Marilah kita lakukannya agar senantiasa ingat kepadaNya dan mendapat Redha dariNya. Insya'allah.*

09 April 2011

Kelebihan rukuk, sujud

Kelebihan Rukuk,Sujud

SOLAT adalah kewajipan yang perlu ditunaikan sejak Nabi Muhammad s.a.w selepas melalui peristiwa besar yang dinamakan Israk dan Mikraj.
Sebelum itu, umat Islam menunaikan solat sebanyak 50 kali sehari semalam. Akan tetapi, apabila Allah S.W.T memerintahkan Rasulullah s.a.w hanya bersolat lima kali sehari semalam.

Ia adalah berita yang menakjubkan di mana manusia diberikan keringanan begitu banyak. Hampir 10 kali ganda solat dikurangkan semata-mata kerana Allah sangat kasih pada hamba-Nya, yakni Nabi Muhammad S.A.W.
Namun, masih ramai di kalangan masyarakat Islam mengabaikan solat yang adalah kefarduan kepada mereka. Mereka menganggap solat membuang masa dan tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat.
Padahal, apa yang mereka lakukan di dunia sebenarnya jauh lebih leka dan terpesong daripada landasan Islam yang sebenar. Solat dipandang enteng dan ramai mengambil langkah mengabaikannya kerana sibuk dengan kehidupan dan kesibukan duniawi.
Allah tidak mensia-siakan apa yang diperintahkan, dan manusia perlulah mengkaji keindahan dan kehebatan Maha Pencipta. Jika tidak, masakan manusia tahu erti bersyukur kerana tidak mencintai Tuhan melebihi dari segala-galanya jika tidak mengetahui kehebatan-Nya.

Ibarat solat selama 5 minit akan merugikan mereka, dan pada waktu itu sahajalah dianggap masa itu emas. Sedangkan terdapat banyak perkara lain lagi yang mengakibatkan masa emas itu tidak bernilai lagi akibat tidak menunaikan solat.
Oleh yang demikian, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan bertindak merungkai persoalan solat berkaitan sains melalui ‘Program Sains Solat: 'Kebaikan Dari Perspektif Sains’ pada 27 Februari 2011 lalu bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Selayang, Selangor.
Penyelaras Program, Muhammad Farhan Tee Abdullah, program itu mendapat kerjasama Perkim Cawangan Selayang Baru menjemput pakar penyelidik berkenaan tajuk program berkenaan sebagai pembentang kajian. Antara pembentang pada program itu ialah Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

"Begitu pula halnya dengan Saudara Muslim yang kadangkala tidak mengetahui kaifiat solat yang diperoleh. Kadangkala, mereka hanya mengikut apa yang dilihat. Kesannya, dibimbangi apa yang dipraktikkan tersebut adalah bertentangan dan terlibat pula dengan bid’ah," kata Farhan.
Farhan yang juga selaku Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim berkata, perkara ini pastinya menyebabkan Saudara Muslim tidak khusyuk dan kurang konsisten semasa bersolat. Ia dianggap ritual dan adat sahaja, bukannya ibadat.
Pandangan sebegini perlu diubah kerana menyembah Tuhan, yakni Allah bukan perkara yang perlu diambil mudah. "Dia adalah raja kepada segala Raja dan pastinya segala tumpuan perlu dilebihkan agar pengabdian diri menjadi lebih fokus. Di samping itu, hamba-Nya yang beriman akan memperoleh fadhilat solat tanpa disedari. Terdapat banyak kelebihan dari sudut sains jika kajian terhadap pergerakan solat dikaji," jelas Farhan.

"Tugas yang dilakukan Dr. Fatimah di UM ialah memantau dan mengenalpasti penyakit, pengukuran dan model fisiologi, Sistem Mikro Elektro Mekanikal Biologi (BIOMEMS) dan aplikasi kecerdikan buatan dalam perubatan," kata Farhan.
Jelasnya lagi, Dr. Fatimah menggunakan kaedah pembentangan multimedia kepada 250 peserta yang terdiri daripada kalangan masyarakat awam Selayang, saudara Muslim, guru-guru sekolah, dan pelajar-pelajar sekolah bagi memudahkan pemahaman berkesan kepada peserta.
Pembentangan kajian pertama iaitu aktiviti interaktif 1 yang bertajuk “Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat”. Dr. Fatimah turut menjelaskan bahawa pergerakan di dalam solat amat mempengaruhi kondusi tubuh badan.

Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu ialah dalam keadaan rehat. Jika dilihat dari sudut ahli fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.
 
Di dalam posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang peha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan. Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang. Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu sebelum diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud. Kedudukan begini adalah cara terbaik untuk menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.

Petikan dari Harian Metro

08 April 2011

Wanita Menjatuhkan Maruah Manusia.


Wanita jadi senjata ampuh iblis jatuhkan maruah manusia

Oleh Ibrahim Abdullah 

AL-QURAN dan hadis merakamkan kisah nyata mengenai fitnah dan angkara murka disebabkan wanita. Pelakunya ialah iblis berserta tentera yang menjalankan watak dan jiwa kotor untuk menjatuhkan manusia.

Iblis selalu mengintip aurat dan keburukan sifat manusia. Iblis menanggalkan pakaian Nabi Adam dan isterinya, Siti Hawa di syurga.


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya wanita itu menghadap ke muka (datang) dalam bentuk syaitan dan ke belakang (pergi) dalam bentuk syaitan.” (Hadis riwayat Muslim).

Mujahid Rahimahullah berkata:
“Ketika perempuan menghadap ke depan (datang), maka syaitan duduk di atas kepalanya lalu menghiasinya untuk orang yang melihat dan ketika perempuan itu menghadap ke belakang (pergi), syaitan duduk di belakangnya lalu ia memperindahnya untuk orang yang melihatnya". (Al-Qurtubi, al-Jami'li- Ahkamil Quran).
Rasulullah juga memperingatkan dengan sabdanya bermaksud:
“Sesungguhnya dunia manis lagi hijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu khalifah di bumi, lalu Allah mengawasi bagaimana kamu berbuat. Maka jaga dirimu mengenai dunia dan jaga dirimu mengenai wanita. Sesungguhnya bencana bani Israel ialah dalam hal wanita.” (Hadis riwayat Muslim, kitab Riqaq).

Sabda Nabi dalam kitab Sahihain bermaksud:
 “Aku tidak meninggalkan fitnah bencana yang lebih berbahaya atas kaum lelaki (selain bahaya fitnah) daripada perempuan.” (Al-Fath, hadis riwayat Muslim).

Sudah menjadi rahsia umum, ada projek dilancarkan pengurusannya menggunakan umpan wanita. Itu praktik iblis dan syaitan. Pada zaman Nabi dan sahabat pun tidak terlepas serta terjebak daripada projek syaitan melalui wanita untuk menjatuhkan maruah manusia. Hadis mengenai wanita kadangkala panjang kerana tidak lain wanita paling ramai jadi pengikut syaitan terkutuk.

Sebab itu Nabi mengkhabarkan bahawa wanita paling ramai menghuni neraka kerana mengikuti iblis dan tenteranya. Tiada manusia mengikuti iblis melainkan ia sudah menguasai mereka. Iblis tidak akan menguasai mereka melainkan dengan banyaknya berlaku maksiat dan dosa.
Sedangkan kekuasaan iblis dan tenteranya dengan cara menganggap indah dan bagus dosa dan maksiat yang dilakukan manusia. Al-Quran merakamkan contoh bencana dan fitnah melalui wanita. Firman Allah bermaksud: “Dan adalah di kota itu, sembilan lelaki yang membuat kerosakan di muka bumi dan mereka tidak berbuat kebaikan.” (Surah an-Naml, ayat 48).

Dalam surah ini, Allah menceritakan kaum Nabi Salleh berusaha untuk membunuh unta baginda. Mereka membunuh unta itu disebabkan propaganda wanita yang bernama Mashro. Riwayat menyatakan wanita itu juga melemparkan panah dan melekat pada tulang kaki unta menyebabkan haiwan itu terbunuh. (Tafsir at-Tabari).

Mashro ialah isteri pemimpin, sedangkan yang lain penyokong Mashro dan pemimpin kabilah Nabi Salleh. Jadi mereka ialah golongan elit yang terkenal.
Terjadi fitnah wanita itu sebagai jalan masuk iblis kepada pembesar dan iblis bersama mereka untuk membunuh unta Nabi Salleh yang menjadi ayat (tanda) Allah.

Allah juga memperingatkan kisah Nabi Yusuf dalam al-Quran dan kisah nabi lain mengenai fitnah wanita untuk dijadikan iktibar sepanjang zaman. Dengan aksi iblis jahat melalui wanita dan skandal seks sentiasa menjadi cerita besar dan penting menghiasi kecenderungan kehidupan umat manusia, apa lagi membabitkan pemimpin dan orang ternama sepanjang zaman.

Firman Allah yang bermaksud: 
“Sesungguhnya pada kisah mereka itu (anbiya) ada pengajaran (iktibar) bagi orang yang mempunyai akal fikiran.” (Surah Yusuf, ayat 111).



Petikan Berita Harian Jumaat 08/04/2011

01 April 2011

Ya Rabb....



Ya Rabb, jauhilah diriku ini dari sifat-sifat mazmumah yang boleh menyebabkan diri ini menjadi hina disisimu. Ya Rabb, pimpinlah diri ini agar berada di jalan yang Engkau Redha bukan jalan yang mendapat kemurkaan darimu, jangan pula dipalingkan kembali amal-amal yang telah dilakukan. Menjadi amatlah rugi diri ini jika Engkau tidak menerima amal-amal yang ku lakukan itu. Ya Rabb, hadirkanlah keikhlasan diri ini dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, bukanlah diri ini mengharap balasan dariMu tetapi diri ini mengharap Redha dariMu ya Rabb. Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ada baik dibaca juga.....