Hadith Berkaitan Doa


Hadith Berkaitan Doa


Mafhumnya: Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah
bersabda: 
"Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa 

diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada 

didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa 
untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan 

berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama". 


(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)


Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)

Dari Abu Hurairah ia berkata : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :
 “ Tiga golongan yang permohonannya tidak akan ditolak, iaitu orang yang sedang berpuasa sampai dia berbuka ; seorang imam yang adil ; dan seorang yang sedang teraniaya , maka permohonannya diangkat oleh Allah sampai ke angkasa dan dibukakan pintu-pintu langit untuk dirinya ; lalu Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Tinggi berfirman : “ Demi kejayaan-Ku , pasti Aku akan menolongmu , walaupun beberapa saat kemudian .”

( HR Ahmad dan Tirmizi dan ia mengatakan hadith ini hasan )



Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong". 

(HR Tirmizi)


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan". 

(HR Tirmizi)

 

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :

"Mohonlah kepada Allah s.w.t keampunan serta kesejahteraan. Sesungguhnya kurnian yang terbaik untuk seseorang itu selepas mendapat keyakinan ialah mendapat kesejahteraan hidup." 
-Riwayat Tirmizi


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan".
-Riwayat Hakim dan disahkan oleh Adz Dzahabi-

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukkan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan".
-Riwayat Abu Daud-

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 
"Doa tidak akan ditolak diantara azan dan iqamat".
-Riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi-

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 
"Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak. Berkata para sahabat: 'Maka apa yang patut kami katakan wahai Rasulullah?' Nabi bersabda: 'Pohonlah kepada Allah kesejahteraan di dunia dan di akhirat.' "
-Riwayat Tirmizi-

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Seorang hamba paling hampir kepada Tuhannya adalah ketika sujud, maka kamu perbanyakkanlah doa".
-Riwayat Muslim An-Nasa'i, Abu Daud dan Ahmad-

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan".
-Riwayat Muslim-



اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً

"Ya Allah, jadikanlah ia hujan yg membawa manfaat.."
 (Riwayat Bukhari)


Apabila hujan turun dengan lebat dan takut akan menyebabkan kemudaratan, maka Baginda mengajar sebuah doa,

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنا ولا عَلَيْنا

"Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan ke atas kami (yg membinasakan kami)" 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



7 comments:

Aisha Ali said...

terima kasih berkongsi ilmu.. :)

Mengharap RedhaMu said...

Moga dapat memberi manfaat pada kita semua. Amin....

Anonymous said...

Terima kasih. Mohon share :)

Eva Yulianti said...

Jzkk..mhn share ya.😊

Mengharap RedhaMu said...

Bagi yang mahu "share" silakan......ilmu itu perlu diperluaskan lagi...moga ianya memberi manfaat pada kita semua.

Mohd Khairil Azhan said...

Terima kasih atas perkongsian tuan

Unknown said...

mohon copy yaa untuk manfaat semua

Ada baik dibaca juga.....