12 December 2011

Cara Melawan Hawa Nafsu


Cara Melawan Hawa Nafsu

1. Takut kepada azab Allah.

Apabila anda ingin melakukan maksiat, ingatlah azab neraka yang sangat 
panas. Sedangkan api di dunia pun kita tidak sanggup untuk merasainya.
Bagaimana pula dengan neraka! Setiap kali hawa nafsu anda mengajak kepada
maksiat, ingatlah azab neraka!Nescaya anda akan dapat mengalahkan 
hawa nafsu anda dengan izin Allah.

2. Mengingati mati.

Ketika nafsu anda membara,ingatlah mati.Jika anda mati dalam keadaan 
melakukan maksiat, adakah anda akan masuk syurga? Ingatlah mati selalu.

3. Memohon hidayah daripada Allah.

4. Setiap kali anda terasa ingin melakukan maksiat, cepat2lah beristighfar.

5. Cari kawan2 yang berpegang kuat dengan Islam dan jangan berkawan dengan golongan syaitan manusia yang akan menambahkan lagi hawa nafsu anda.

6. Cintakan majlis2 ilmu dan kuliah agama di masjid.

7. Sentiasa mendengar tazkirah dan peringatan2.

8. Sabar dalam melawan hawa nafsu.

Al-Imam Ibnul Qayyim menyebut di dalam "Tooriq Al-Hijrotain Wa Baab As-Sa'datain" m/s:292-293 beberapa faktor yang boleh membantu anda merealisasikan perkara tersebut.

1. Mengetahui kesan2 buruk maksiat.

2. Malu kepada Allah.

3. Mengetahui bahawa maksiat menghapuskan nikmat dan mengurangkan 
keberkatan.                                                             

4. Takut kepada Allah dan azab neraka.

5. Cinta Allah.

Akhirnya bertaubatlah dan sabar dalam mujahadah dan melawan hawa nafsu 
anda.

Sekian.

Petikan dari 
http://cahayamukmin.blogspot.com/2010/08/cara-melawan-hawa-nafsu.html#comment-form

07 December 2011

Asas hubungan antara Islam dengan kufur



Siyasah Syar‘iyyah & Tahalluf Siyasiyy Di Malaysia: Satu Analisis Kritikal (Siri 2)
Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal
Asas hubungan antara Islam dengan kufur
Asas hubungan antara Islam dan kafir ialah berdasarkan al-bara’ (lakum dinukum waliyadin).
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” (Ali-’Imraan: 118)

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali-’Imraan: 28)

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.” (Al-Anfaal: 39)

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” 
( Al-Mumtahanah: 8 )

Ini memberi makna bahawa tiada apa-apa hubungan antara orang Islam dan orang kafir yang sama dengan hubungan antara orang Islam dengan orang Islam. Tahaluf siyasi yang kita bincangkan sekarang adalah dalam kategori pengecualian. Paling tinggi hukum tahaluf ialah harus tidak lebih dari itu. Al-Aslu orang Islam mesti perkukuhkan hubungan sesama Islam sehingga kalimah Allah menjadi yang tertinggi.
“Orang kafir setengah mereka menjadi wali kepada setengah yang lain, jika kamu tidak melakukan seperti mereka akan terjadilah fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar”

Dirikan solat Subuh berjemaah

Dirikan solat Subuh berjemaah


Mari kita bayangkan kebarangkalian berlakunya satu situasi ini dalam kehidupan seharian.
‘Kokkokkokkok… Kokkokkokkok…’
Arghhh, kebencian sangat menebal dalam diri mendengarkan jam loceng berbunyi sekuat hati. Jam ku gapai menunjukkan jam 4 pagi. Di Jordan kala musim sejuk, inilah masa yang paling sesuai untuk bangkit bersiap menunaikan solat Subuh. Kepenatan masih terasa di urat-urat badan dan aku memutuskan untuk tidur kembali. Aku tak punya kekuatan untuk bangkit. Tiba-tiba, kedengaran pengumuman mengatakan 1000 dinar akan diberikan oleh utusan raja bagi sesiapa yang menunggu di luar kawasan rumahnya sekarang.
Tanpa berlengah, kepenatan hilang dan aku berlari sekuat tenaga ingin mengambil ganjaran yang diberikan. Kata utusan raja, ‘Sekiranya esok dan hari-hari kemudiannya engkau menunggu di tempat yang sama pada waktu yang sama, ganjaran yang sama akan diberikan setiap hari’. Aku berada di awangan. Selamanya takkan aku lupa dan lalai untuk mengutip ganjaranku setiap pagi. Oh ironinya, diri akukah itu?
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” (HR Bukhari dan Muslim)
Untuk merangkak mendapatkan 1000 dinar, tak kuasa aku melakukannya. Menjatuhkan air muka sahaja. Lainlah sekiranya raja memberikan jutaan dinar, baruah berpatutan untuk aku merangkak mendapatkannya. Subhanallah. Namun kekasih junjungan mengatakan kita akan merangkak untuk mengerjakan solat Subuh sekiranya kita tahu ganjarannya. Bayangkan betapa hebatnya solat Subuh berjemaah sehingga kita boleh mendapatkan ganjaran sedemikian bukan sekali dalam satahun tetapi setiap hari selagi nyawa dikandung badan.
Hadis Rasulullah s.a.w juga telah mengatakan bahawa solat Subuh berjemaah ini menjadi garis pemisah antara sifat sebenar orang mukmin dan orang munafiq. Apabila Rasulullah s.a.w. meragukan keimanan seseorang, baginda akan menelitinya ketika solat Subuh. Apabila baginda tidak mendapatinya solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang baginda ragukan dalam hati. Mereka yang tidak mempunyai iman yang teguh tidak akan mampu meninggalkan keindahan diulit mimpi indah di pagi buta.

29 November 2011

Seruan bumi dan kubur


Menurut Imam Anas bin Malik r.a., bumi ini menyeru manusia setiap hari dengan 10 panggilan:
1. "Wahai anak cucu Adam, kamu berjalan di atasku, ingatlah tempat kembalimu di dalam perutku."
2. "Kamu melakukan maksiat dan dosa-dosa di atasku, ingatlah kamu akan diseksa dalam perutku."
3. "Kamu bergurau senda di atasku, ingatlah kamu akan menangis di dalam perutku."
4. "Kamu memakan barang haram di atasku, ingatlah cacing akan memakan kamu di dalam perutku."
5. "Kamu bergembira di atasku, ingatlah kamu akan merasa susah dalam perutku."
6. "Kamu menggunakan barang-barang haram di atasku, ingatlah kamu akan hancur dalam perutku."
7. "Kamu bersikap sombong di atasku, ingatlah kamu akan menjadi hina dina dalam perutku."
8. "Kamu berjalan dengan bersukaria di atasku, ingatlah kamu akan merasa kesedihan dalam perutku."
9. "Kamu berjalan diterangi cahaya di atasku, ingatlah kamu akan kegelapan di dalam perutku."
10. "Kamu berada dalam keramaian di atasku, ingatlah kamu akan duduk bersendirian dalam perutku."
Setiap hari kubur akan memanggil manusia sebanyak 5 kali:
1. "Aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya hendaklah kamu membaca Al-Quran."
2. "Aku adalah rumah yang gelap gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam."
3. "Aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal taqwa dan amal-amal soleh."
4. "Aku adalah rumah yang dipenuhi ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim' hingga mencucurkan air mata."
5. "Aku adalah rumah pertanyaan Mungkar Nakir. Perbanyakkanlah membaca ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’ agar kamu dapat memberi jawapan kepadanya."
Firman Allah SWT: "Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (QS Al-Jumu'ah: 8)
Allah SWT juga berfirman: "Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti datang, tidak ada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur." (QS Al-Hajj: 7)
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat." (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)
Rasulullah SAW juga bersabda: "Apabila seseorang itu sudah mati, maka diperlihatkan kepadanya tempat di mana ia akan duduk, pada setiap pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka ia (melihat) syurga, dan apabila ia termasuk ahli neraka, maka ia pun (melihat) neraka." Sabda Nabi lagi: "Kemudian dikatakan: "Inilah tempatmu yang dibangkitkan di Hari Kiamat." (HR Muslim)

08 November 2011

LAWAN NAFSU MU!


LAWAN NAFSU MU!
Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau. Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau. Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik-beratkan. Kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalah hawa nafsu.
Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat? Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.
Undang-undang walaupun sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu. Pagar itu akan diterjah dan rebah dipijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang-kali.

30 October 2011

Kehebatan Solat di Awal Waktu


Kehebatan Solat di Awal Waktu





Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

29 October 2011

Biodata Iblis




BIODATA
Iblis = (Akwan, Hafaf, Wamurah, Zailatun, Wawatsin, Laqwal, A’war, al-wasnan dan Dasim)
PENGENALAN DIRI
Nama Penuh : Iblis laknatullah
Tarikh lahir : Sejak enggan sujud kepada nabi Adam a.s setelah diperintah oleh Allah SWT.
Status : Fasiq kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat tinggal : Hati orang yang lalai
Kawasan/ Daerah : Semua di dalam hati yang tiada usaha untuk menginggati Allah SWT
Arah haluan : Tiada haluan
Tempat tetap : Neraka Jahannam – tempat paling celaka
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat
Kaum kerabat : Semua golongan tirani (taghut)
Makanan disukai : Daging orang mati (Ghibah)
Yang dibenci : Orang yang selalu menginggati Allah SWT
STATUS PERNIAGAAN
Modal pusingan : Angan-angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar
Musuh/ Saingan : Setiap orang Islam
Dalil/ Hujah : Fatamorgana (Maya)
Motto kerja : “Hipokrasi Asas Akhlak”
Uniform kerja : Segala warna (Seperti sesumpah – setiap tempat ada warnanya)
Kesukaannya : Orang yang lalai menginggati Allah SWT
Kelemahannya : Istighfar
Lambing korporat : Sebarang tatu
Pejabat : Tandas
Sifat : Muzabzab (ikut angin @ menurut keperluan)
Perkhidmatan : Menyuruh & menggalakkan berbuat kemungkaran
Jawatan : Jeneral Manager golongan ad-Dhallin
Tempoh berkhidmat : Sampai hari kiamat
Laba perniagaan : Habaan Manthura (Masuk angin keluar asap)
Teman sejawat : Orang yang berdiam diri tidak menyatakan kebenaran
Cara berkomunikasi : Mengumpat, mengadu domba, mengintip
Kerja disukai : Lesbian dan homoseks
Rujukan :
Khairul Ghazali. 2001.Rupa dan Wajah Iblis Laknatullah. Kuala Lumpur: Darul Nu’man Majalah BERNAS edisi 11 (1999), hlmn 111
Nukilan dari http://myibrah.com/

24 October 2011

Qarin:Makhluk Pendamping Manusia


Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu.
Semua manusia mempunyai qarin termasuklah Nabi atau orang yang alim. Allah SWT berfirman: “Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.
 (QS Al-An’am: 112)

20 October 2011

Doa malaikat, pahala besar buat jemaah bersolat di saf depan


Kita biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat jemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.
Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Inilah bukti anjuran Islam dalam menggalakkan umat agar berebut untuk menunaikan solat di barisan pertama.
Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Jadi, seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada di saf depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang menunjukkan betapa ramai di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kita agar mengambil peluang untuk berada di saf depan.
Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat. Apa yang penting, asalkan solat berjemaah saja?
Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali mendirikan solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak ketinggalan saf itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita segera ke masjid untuk solat berjemaah.
Marilah kita hayati peringatan Nabi SAW ini: “Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.” (Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).
Ini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat dalam mengerjakan solat berjemaah. Daripada Sa’ed Al-Khudry R.A. bahawa Rasulullah SAW mendapati ada di kalangan sahabatnya melambat-lambatkan diri mereka untuk menyertai saf pertama, lantas Baginda SAW mengingatkan mereka:
“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka.” (hadis riwayat Muslim). Perhatikan baik-baik akan sabda Nabi SAW itu. “….akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan meninggalkan saf yang pertama…”. Mungkin kitalah kaum yang dikatakan Nabi SAW itu? Fikir dan renungkanlah.
Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW ada mengatakan: “Hadirilah solat Jumaat, dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun ia memasukinya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya tidak membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di masjid. Jangan biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di saf belakang, sebaliknya mulalah memilih dan segera mara ke saf paling depan dan hampir dengan imam.
Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa solat berjemaah yang berkualiti ialah solat seseorang yang di saf paling hadapan. Inilah golongan yang didoakan malaikat dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.
Berita Harian

19 October 2011

Taubat, qadha' solat dan puasa, syirik


Soalan; Apabila seseorang itu benar-benar telah bertaubat atas dosa-dosanya,apakah yang mesti dia lakukan?sekiranya sebelum ini dia seorang yang tidak solat dan puasa,adakah dia wajib mengqada solat dan puasa selama mana yang dia tinggalkan itu? dan sekiranya dia adalah pengamal syirik, apakah yang perlu dilakukan terlebih dahulu olehnya?
Jawapan;

Roh (idup atau mati)





SOALAN : Saya ada menonton siaran televisyen mengenai rumah berhantu. Selain adanya kehadiran lembaga yang hodoh, dikatakan orang ramai sering mendengar suara-suara seperti orang menangis. Dikatakan bahawa penghuni rumah tersebut meninggal akibat kemalangan jalan raya.
Persoalan saya, saya percaya kepada kehadiran makhluk jin yang suka menghuni rumah yang ditinggalkan. Tetapi, suara menangis ataupun bayangan pemilik rumah yang telah meninggal dunia itu, adakah kerana roh si mati tidak diterima bumi? Kalau tidak silap, saya pernah terbaca hadis yang mengatakan ada roh yang tidak diterima oleh bumi. Jika benar demikian, ke manakah roh ini pergi?

Amalan Sunnah Ketika Makan.




Rasulullah SAW adalah suri tauladan umat dalam berbagai aspek kehidupan. Dalam hal kesehatan, ajaran-ajaran beliau sudah banyak dibuktikan oleh penelitian-penelitian modern akan kebenaran manfaatnya yang besar. Salah satu ajaran beliau adalah adab-adab makan yang membawa kesehatan dan keberkahan sepanjang zaman.
Diantara adab-adab makan yang Rasulullah SAW ajarkan adalah :
1. Tidak mencela makanan yang tidak disukai.
Abu Hurairah ra. berkata :
“Rasulullah SAW tidak pernah sedikit pun mencela makanan. Bila beliau berselera, beliau memakannya. Dan jika beliau tidak menyukainya, maka beliau meninggalkannya.”
(HR. Bukhari Muslim)
Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah berkata kepada keluarganya (isterinya) tentang lauk pauk. Mereka menjawab : “Kami hanya punya cuka”.
 Lalu beliau memintanya dan makan dengannya, seraya bersabda : 
“Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka (al-khall), sebaik-baik lauk pauk adalah (yang mengandung) cuka.” 
(HR. Muslim)
Penelitian Dr. Masaru Emoto dari Jepang dalam bukunya ’The True Power of Water’ menemukan bahwa unsur air ternyata hidup. Air mampu merespon stimulus dari manusia berupa lisan maupun tulisan. Ketika diucapkan kalimat yang baik atau ditempelkan tulisan dengan kalimat positif, maka air tersebut akan membentuk struktur kristal yang indah dan bisa memiliki daya sembuh untuk berbagai penyakit. Sebaliknya, jika diucapkan maupun ditempelkan kalimat umpatan, celaan atau kalimat negatif lainnya, maka air tersebut akan membentuk struktur kristal yang jelek dan boleh berpengaruh negatif terhadap kesehatan.
2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
Rasulullah SAW bersabda : 
“Barang siapa yang tertidur sedang di kedua tangannya terdapat bekas gajih/lemak (karena tidak dicuci) dan ketika bangun pagi ia menderita suatu penyakit, maka hendaklah dia tidak menyalahkan kecuali dirinya sendiri.”
3. Membaca Bismillah dan Hamdalah.
Rasulullah SAW bersabda :
 “Jika seseorang di antara kamu hendak makan, maka sebutlah nama Allah SWT. Dan jika ia lupa menyebut nama-Nya pada awalnya, maka bacalah, ’Bismillahi awwalahu wa akhirahu’ (Dengan menyebut nama Allah SWT pada awalnya dan pada akhirnya).”
 (HR. Abu Dawud)
Dalam riwayat lain, disebutkan bahwa suatu ketika Rasulullah SAW tersenyum, beliau menjelaskan ketika seorang Muslim tidak membaca Basmalah sebelum makan, maka syaitan akan ikut makan dengannya. Namun, ketika Muslim tersebut teringat dan menyebut nama Allah SWT, maka syaitan pun langsung memuntahkan makanan yang sudah dimakannya.
Rasulullah SAW juga bersabda :
 “Sesungguhnya Allah SWT meridhai seorang hamba yang ketika makan suatu makanan lalu dia mengucapkan Alhamdulillah. Dan apabila dia minum suatu minuman maka dia pun mengucapkan Alhamdulillah.”
 (HR. Muslim, Ahmad dan Tirmidzi)
4. Makan menggunakan tangan kanan.
Abdullah bin Umar ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda :
 “Jika salah seorang diantaramu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya dan jika ia minum maka hendaklah minum dengan tangan kanannya. Sebab syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya.”
 (HR. Muslim)
Kedua tangan manusia mengeluarkan tiga macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan lebih banyak daripada tangan kiri. Enzim tersebut sangat membantu dalam proses pencernaan makanan.
5. Tidak bersandar ketika makan.
Rasulullah SAW bersabda :
 “Aku tidak makan dengan posisi bersandar (muttaki-an).”
 (HR. Bukhari)
“Muttaki-an” ada yang menafsirkan duduk bersilang kaki dan ada pula yang menafsirkan bersandar kepada sesuatu, baik itu bersandar di atas salah satu tangan atau bersandar pada bantal. Ada pula yang menafsirkan bersandar pada sisi badan.
Rasulullah SAW jika makan, tidak makan dengan menggunakan alas duduk seperti bantal duduk sebagaimana orang-orang yang ingin makan banyak dengan menu makanan yang variatif. Rasulullah SAW menjadikan makannya sebagai ibadah kepada Allah SWT. Kerana beliau duduk tanpa alas dan mengambil makanan secukupnya.
6. Memakan makanan yang terdekat dahulu.
Umar bin Abi Salamah ra. bercerita : 
“Saat aku belia, aku pernah berada di kamar Rasulullah SAW dan kedua tanganku seringkali mengacak-acak piring-piring. Rasulullah SAW bersabda kepadaku, ’Nak, bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari makanan baik yang terdekat.”
 (HR. Bukhari)
7. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Dari Mikdam bin Ma’dikarib ra. menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda :
 “Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas.”
 (HR. Tirmidzi dan Hakim)
8. Menjilat tangan ketika makan tanpa sendok atau garpu.
Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda : 
“Jika salah seorang diantaramu makan, maka hendaklah ia menjilati jari-jemarinya, sebab ia tidak mengetahui dari jemari mana munculnya keberkahan.” 
(HR. Muslim)
Dalam hadits riwayat Imam Muslim pula, Ka’ab bin Malik ra. memberikan kesaksian bahwa ia pernah melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jarinya dan beliau menjilatinya selesai makan.
Penemuan kesihatan modern menunjukkan bahwa ketika kita makan dengan jari dan menjilati jari untuk membersihkannya, maka jari tersebut mengeluarkan enzim yang sangat membantu bagi kelancaran pencernaan. (Di kanan 18 enzim di kiri 81 enzim yang ini dari kajian doktor pakar bedah dari Alor Setar.)
9. Membuang kotoran dari makanan yang terjatuh lalu memakannya.
Dari Anas bin Malik ra. berkata bahwa Rasulullah SAW sering makan dengan menjilati ketiga jarinya (Ibu jari, telunjuk dan jari tengah), seraya bersabda :
“Apabila ada makananmu yang terjatuh, maka buanglah kotorannya dan hendaklah ia memakannya serta tidak membiarkannya untuk syaitan.” Dan beliau juga memerintahkan kami untuk menjilati piring seraya bersabda : “Sesungguhnya kamu tidak mengetahui pada makanan yang mana adanya berkah itu.” 
(HR. Muslim)
Islam melarang hal-hal yang mubazir, termasuk dalam hal makanan. Seringkali kita menyaksikan orang yang mengambil makanan berlebihan sehingga tidak habis dimakan. Makanan yang membazir itu akhirnya dibiarkan untuk syaitan, padahal boleh jadi sebenarnya pada makanan tersebut terdapat keberkahan. Oleh karena itu, ketika mengambil makanan harus berdasarkan perhitungan bahwa makanan tersebut akan habis dimakan.
10. Makan dan minum sambil duduk.
Rasulullah SAW suatu ketika melarang seorang lelaki minum sambil berdiri. Berkata Qatadah : “Bagaimana dengan makan?” Rasul menjawab : “Itu lebih buruk lagi.”
 (HR. Muslim)
11. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas.
Dari Abu Al-Mutsni Al-Jahni ra berkata, aku pernah berada di rumah Marwan bin Hakam, tiba-tiba datang kepadanya Abu Sa’id ra. Marwan berkata kepadanya :
“Apakah engkau pernah mendengar Rasulullah SAW melarang bernafas di tempat minum?”.
Abu Sa’id menjawab : “Ya. Ada seseorang pernah berkata kepada Rasulullah SAW, ”Aku tidak kenyang dengan air hanya satu kali nafas.”
 Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Jauhkanlah tempat air (gelas) dari mulutmu, lalu bernafaslah!” 
Orang itu berkata lagi, “Sesungguhnya aku melihat ada kotoran pada tempat minum itu”.
 Lalu Rasulullah SAW bersabda, ”Kalau begitu, tumpahkanlah!
 (HR. Abu Dawud)
Dan juga dari Ibnu Abbas ra. berkata :
 “Rasulullah SAW telah melarang untuk menghirup udara di dalam gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya.”
 (HR. Tirmidzi)
Rasulullah SAW melarang bernafas ketika minum. Apabila minum sambil bernafas, tubuh kita mengeluarkan CO2 (Karbondioksida), apabila bercampur dengan H2O (Air) dapat menjadi H2CO3 (Cuka) sehingga menyebabkan minuman menjadi acidic (Asam). Hal ini dapat terjadi juga ketika meniup air panas. Makanan dan minuman panas sebaiknya tidak didinginkan dengan ditiup, tapi cukup dikipas.
12. Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit.
Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah memegang tangan orang yang majdzum (kusta), beliau meletakkan tangannya pada piring makan seraya bersabda : 
“Makanlah, yakinlah kepada Allah SWT dan bertawakkallah.”
 (HR. Abu Dawud)
13. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram.
Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : 
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaknya ia tidak duduk pada meja makan yang padanya diedarkan minuman khamr.”
 (HR. Imam Tirmidzi)
14. Mendo’akan yang mengundang makan.
Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah SAW pernah datang ke Sa’ad bin Ubadah ra. yang menghidangkan roti dan mentega. Rasulullah SAW memakannya, lalu beliau bersabda :
 “Telah berbuka di sisimu orang-orang yang berpuasa. Hidanganmu telah dimakan oleh orang-orang shalih (baik) dan malaikat pun mendo’akan kebaikan untukmu.” 
(HR. Ahmad dan Abu Dawud)
15. Menutup tempat makan dan minum.
Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Tutuplah tempat makanan dan tempat minuman!”
 (HR. Bukhari Muslim)
Menutup tempat makan dan minum sangat bermanfaat untuk menghindarkan makanan dari polusi udara, kotoran atau zat-zat berbahaya yang dapat masuk ke dalam makanan atau minuman yang tidak ditutupi.

16 October 2011

Khasiat Bunga Cengkih


Antara amalan yang diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim, Mudir Pondok Pasir Tumboh daripada umur 17 tahun lagi hingga sekarang yang hampir mencecah umur 90 tahun ialah makan bunga cengkih. Antara kelebihan makan bunga cengkih ialah :
1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang
2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan
3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia
4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama
5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan
Cara makan :
Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya.
Sumber : albakriah.wordpress.com

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka"






Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
 "Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.
Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.

Dari Anas ibn Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Aku berkeinginan untuk bertemu dengan saudara-saudaraku". Para sahabat berkata, "Tidakkah kami ini saudara-saudara tuan"? 
Baginda SAW menjawab:  "Kamu adalah sahabatku, tetapi saudara-saudaraku ialah orang-orang yang beriman kepadaku, walaupun mereka tidak melihat aku".
 (HR Ahmad)

Ada baik dibaca juga.....