26 March 2011

Sebab-sebab Iman Dicabut - 27 Sebab

Didalam risalah yang bertajuk "Minahu Zi al-Jalal Fi Islah Ilmi al-Hal" oleh Al-Allamah al-Syeikh Ahmad Abdul Ghani Abidin (1244H-1307H) berkata,
"Hendaklah diketahui bahawa sesuatu yang sangat menggerunkan hati seseorang mukmin itu ialah tilikan ilmu Allah yang terdahulu terhadap diri, sebelum ia diciptakan dan kesudahan hidup seseorang itu. Seorang hamba itu tidak mengetahui apakah kesudahan hidupnya sama sepertimana ketetapan yang terdahulu yang telah ditentukan oleh Allah samada kesudahannya bahagia atau sengsara. Apabila Allah menetapkan kesudahan hidup seorang itu bahagia bererti ia akan mati dalam iman. Jika sebaliknya, ia akan mati dalam kekufuran serta kekecewaan".

Kebiasaan, iman itu punah atau dicabut ialah ketika seseorang itu berada diambang maut. Hal ini adalah disebabkan oleh sikap seseorang itu yang kekal serta ketegar dengan perbuatan dosanya sewaktu hayatnya. Sebab-sebab yang membawa kepada tercabutnya iman itu ialah:
  1. Aqidah yang Batil-Unsur ini mempunyai pengaruh yang sangat besar, menyesatkan orang yang sedang menghadapi sakaratul maut. Mereka terdiri daripada pelaku bid'ah yang menyalahi 'Iktikad Ahli Sunnah wa al-Jama'ah.
  2. Lemah Iman-Iman kepada Allah dan para Anbia lemah serta tidak dapat memahami dan menghayati Risalah para nabi dan Rasul. Hal ini juga adalah merupakan kecacatan-kecacatan yang menimpa batin manusia.
  3. Sembilan Anggota Tubuh Tidak Dibentuk Mentaati Allah-Anggota tersebut ialah lidah,dua biji mata,dua telinga,dua tangan serta dua kaki. Setiap anggota tesebut tidak diasuh dan dilentur melakukan ibadah yang selayaknya seperti yang dikehendaki oleh Allah. Setiap mukallaf di larang keras oleh Allah menyalahgunakan setiap anggota badan yang dicipta oleh Allah.
  4. Tidak Mahu Bertaubat Serta Kekal Dalam Maksiat-Dosa kecil yang dilakukan berterusan akhirnya akan menjerumuskan sipelakunya kedalam dosa besar. 
  5. Tidak Bersyukur Terhadap Nikmat Allah-Taufiq dan hidayah Allah akan membawa manusia kepada menghayati Islam yang diredhai oleh Allah serta membentuk manusia yang soleh lagi bersyukur.
  6. Merasa Selamat daripada Tipu Daya Allah dan dari Su'ul Khatimah(mati dalam kekufuran)-Sesiapa yang merasa aman daripada tipu daya Allah maka ia adalah kufur. Maksud tipu daya Allah itu ialah balasan azabNya.
  7. Menzalimi Manusia- Erti zalim itu ialah, meletakkan sesuatu tidak sesuai dengan tempatnya serta tidak berpegang kepada kebenaran. Allah pula telah mengharamkan perbuatan ini.
  8. Berkata-kata Ketika Azan Berkumandang.Tidak Menjawabnya seperti yang dituntut oleh Sunnah.-
  9. Menderhaka Kepada IbuBapa-Perbuatan menderhaka kepada kedua ibubapa adalah dosa besar.
  10. Suka Bersumpah Dusta
  11. Tidak Melakukan Tumakninah pada empat Rukun di dalam Solat-Suka bersumpah dusta dengan nama Allah walaupun ia benar.
  12. Meringan-ringankan Solat Serta Mengambil Mudah Terhadapnya-
  13. Minum Arak-
  14. Menyakiti Orang Islam-Maksud menyakiti orang islam itu samada dengan tangan atau lisan
  15. Mendakwa Memiliki Maqam Kewalian Dengan Dusta Secara Berterusan-
  16. Melupakan Dosa Yang Telah Dilakukan-Termasuk didalam hal ini ialah tidak mengendahkan perbuatan dosa yang dilakukan bahkan terus ketegar melakukan maksiat tersebut.
  17. Hairan Kepada Kelebihan Diri atau Ujub-Hal ini akan menjadikan seseorang itu menyangka bahawa amal kebajikan sudah cukup banyak sedangkan amalnya tidak seberapa. Sikap seperti ini adalah sebahagian daripada akhlak syaitan.
  18. Menyangka Diri Memiliki Ilmu yang Banyak-Pada hakikatnya orang yang seperti ini tidak memiliki ilmu. Adapun sangkaannya yang sedemikian itu adalah lahir daripada sifat ujub,takabbur, merendahkan orang lain atau seumpamanya.
  19. Mengumpat-
  20. Hasad atau Dengki-
  21. Menyalahi Serta Menentang Syeikh Yang Mendidik Tanpa Sebarang Alasan atau hujah daripada Syara'-
  22. Seseorang Mendakwa Bahawa Orang Lain Tidak Mengetahui Bahawa Ia Adalah Seorang Yang Soleh-Hal ini termasuk sangkaan rambang seseorang itu bahawa ia memiliki keistimewaan atau kekeramatan atau kewalian tanpa ujian daripada pihak yang lebih 'Arif daripadanya.
  23. Kekal Melakukan Perbuatan Bohong atau Dusta-Kekal melakukan perbuatan dusata itu bererti mengekalkan diri sentiasa dalam kongkongan dosa, akhirnya akan membinasakan diri.
  24. Menjauhi Para Ulama' Yang Soleh-
  25. Lelaki yang Memakai Pakaian yang Di Perbuat Daripada Sutera.-
  26. Memanjangkan Misai Serta Mencukur Janggut.-
  27. Suka Mengumpat- Ia adalah satu daripada perbuatan dosa-dosa besar.
Dipanjangkan oleh Mantan Mufti kerajaan Negeri Sembilan,
Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza bin Hj Ahmad.

No comments:

Ada baik dibaca juga.....