Menuntut Ilmu Kerana Allah
Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang melangkah berusaha mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan untuknya ke syurga."-Muslim-
Dalam riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Para Malaikat memayungkan dengan sayapnya kepada para penghuni ilmu kerana redha terhadap perbuatan mereka itu. Sesungguhnya seluruh penduduk di langit dan bumi, sehingga ikan paus di lautan akan memohon keampunan kepada Allah terhadap seorang 'Ulama'. Kelebihan seorang 'Ulama' keatas seorang 'Abid (ahli ibadah)' bagaikan kelebihan bulan ke atas bintang-bintang, Sesungguhnya para 'Ulama' itu adalah pewaris nabi-nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar ataupun matawang dirham tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya bererti ia telah memperolehi bahagiannya yang lumayan".
ZIKRULLAH
-
ZIKRULLAH Dalam Hiasan Lanskap “Zikir di Mana Saja, Bila-Bila Masa” Di
kegelapan malam, pandangan tertancap pada lafaz suci Allah yang terpahat
indah di di...
1 month ago