Islam dan Iman
Daripada Abu Hurairah r.a seorang arab Badwi menemui Rasulullah s.a.w seraya betanya,"Wahai Rasulullah! Sila tunjukkan kepada ku amal yang jika aku amalkan, aku akan masuk syurga". Lantas Rasulullah s.a.w besabda yang bermaksud:"Kamu menyembah Allah dengan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu, mendirikan solat, menunaikan zakat yang wajib serta berpuasa pada bulan Ramadan,"
Kemudian arab Badwi itu berkata," Demi jiwaku berada diTanganNya aku tidak menambah amalku lebih daripada itu", Selepas arab Badwi itu pergi lalu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,"Sesiapa yang mahu melihat seorang lelaki bakal mejadi ahli Syurga, maka lihatlah lelaki ini!"-Muttafaq Alaih
Daripada Amru bin Murrah al-Juhaniy r.a berkatra, seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata,"Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku bersyahadah tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya engkau adalah Pesuruh Allah, kemudian aku menunaikan solat lima waktu, menunaikan zakat, berpuasa dibulan Ramadan sertamenghidup malamnya dengan ibadah, bagaimanakah kedudukan saya". Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,"Kamu termasuk ke dalam golongan Siddiqie dan kelebihan orang yang mati Syahid".-Riwayat al-Bazzar, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban-Soheh
Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang membelanjakan dua daripada harta-hartanya pada jalan Allah nescaya dia akan diseru daripada pintu-pintu syurga, "Wahai hamba Allah! Inilah balasan kabaikan! Oleh itu sesiapa berkelebihan amal solat, ia akan diseru dari pintu solat. Begitu juga sesiapa yang berkelebihan amal dalam jihad, ia akan diseru dari pintu jihad. Jika sesiapa berkelebihan amal puasa, ia akan diseru dari pintu al-Rayyan. Sesiapa yang berkelebihan amal dalam bersedekah, ia akan diseru dari pintu sedekah (apabila mendengar berita itu) Abu Bakar al-Siddiq lantas berkata,"Demi ayah dan ibuku wahai Rasulullah! Adakah sesiapa yang diseru daripada mana-mana pintu syurga itu akan masuk melalui semua pintu-pitu itu?" Jawab Rasulullah s.a.w "Ya! Aku berharap-harap engkau adalah salah seorang daripadanya."-Muttafaq Alaih-
Daripada Ubah bin Somit r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan Muhammad s.a.w itu hamba Allah serta Rasulnya dan bahawa Isa a.s hamba Allah, RasulNya, KalimahNya serta Ruh daripadaNya yang dianugerahkan kepada Mariam, demi syurga adalah al-Haq begitu jugalah neraka, Allah akan memasukkan seseorang ke syurga atau ke neraka berdasarkan amal seseorang itu ketika di dunia."- Muttafaqa Alaih-
Dalam riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w menyatakan yang bermaksud: "Sesiapa yang bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah maka Allah mengharamkan daripada memasuki neraka."-Muslim-
Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah serta Aku adalah Rasulullah";Sesiapa dikalangan hamba Allah yang berperang tanpa ragu-ragu dengan dua kalimah ini, maka ia terpelihara untuk memasuki syurga.
Dalam hadith riwayat muslim yang lain disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, Pergilah kamu disebalik tembok sana, sekiranya kamu temui sesiapa di situ yang bersaksi bahwa tiada tuhan yang disembah selain Allah sedang hatinya penuh yakin dengan pengakuan itu, maka berilah khabar gembira kepadanya bahawa untuknya adalah syurga.
Daripada Abdullah bin 'Amru r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w besabda yang bermaksud: "Sesiapa yang suka agar dirinya terselamat daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka hendaklah sehingga hampir kesaat ajalnya, ia tetap beriman kepada Allah serta hari kiamat. Disamping itu ia hendaklah juga berasa gembira sekiranya orang lain akan memperolehi hal yang seperi itu".-Muslim-
Daripada Muaz bin Jabal r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang dipenghujung hayatnya melafazkan kalimah tiada Tuhan selain Allah, nescaya ia akan masuk syurga".-Muslim, Abu Daud dan al-Hakim-
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ada baik dibaca juga.....
-
-
Merawat Masalah Kekeluargaan dan rumahtangga - Merawat Masalah Kekeluargaan dan rumahtangga, hasil tadabbur Surah Yusuf dan Maryam "... Masa dan sabar, pengubat hubungan..." Surah Yusuf dan Maryam s...6 years ago
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi - *Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi* *KERAJAAN jangan sama sekali tunduk desakan ultra kiasu untuk mengadakan pilihan raya PBT. Kawasan bandar akan ...6 years ago
-
SENARAI GRADUAN SESI 2016 - *SENARAI PELAJAR YANG AKAN DIIJAZAHKAN DI MAJLIS PENGIJAZAHAN DARUSSYIFA' PADA 25-DIS-2016 (AHAD).* Kepada pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' Bangi Kumpu...9 years ago
-
Israk Dan Mikraj Daripada Hadis-hadis Sahih - Israk & Mikraj : Antara Ketulenan Wahyu & Cerita Yang 'Sengaja' Ditambah. OLEH USTAZ SYIHABUDIN AHMAD 1.Peristiwa Israk mikraj Peristiwa Israk mikraj adala...10 years ago
-
Sekilas 52 - Mengapa Mahhaj Wahabi Di Tentang (3) - Mengenai Peminta Dan Pendokong Wahabi - Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan saya ulangi bebe...10 years ago
-
Keutamaan Ilmu Pengetahuan - Di dalam al-Qur’an al-Karim terdapat banyak sekali ayat yang menunjukkan kepada keutamaannya ilmu pengetahuan itu. Antaranya ialah: “Allah telah menyaksik...10 years ago
-
Kelebihan Jadi AHLI RCC - Assalamualaikum.. :) Senyum tanda bersyukur kerana akhiranya pada hari ini diberikan peluang untuk meneruskan penulisan disini. Terlalu banyak perkara be...10 years ago
-
Cinta Kedua - Ombak beralun lembut tatkala senja sedang berlabuh. Hati ini masih sayu teringatkan kata-kata seorang tua separuh umur yang menegur aku kelmarin, namun a...10 years ago
-
PERMASALAHAN SALIK – TIDAK MAHU MENUNTUT ILMU - Dr. Abdul Manam Mohammad al-Merbawi Masalah tidak mahu mempelajari dan mendalami ilmu agama di kalangan sebahagian salik tarikat adalah merupakan satu masa...12 years ago
-
Nabi Idris a.s - Nabi Idris adalah keturunan keenam daripada nabi Adam. Nama baginda ialah Idris bin Mahlail bin Qinan bin Anusy bin Syits bin Adam dan nama sebenarnya ia...13 years ago
-
Akibat Buruk Sangka. - *Akibat Buruk Sangka* Cerita kucing nie lagi sedih tau. Bacalah dengan penuh penghayatan. Emm..ana pun menangis bace cerita nie..huhu :( Malam itu huj...13 years ago
-
Kebenaran Islam Mengenai Kucing - Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing. ...13 years ago
-
Sehari bersamanya.. - *ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ* *Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam,selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta atas keluarga da...13 years ago
-
USIA OH USIA.... - *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته* Sekiranya ajal tiba, usia kita tidak mungkin akan di TOPUP oleh ALLAH SWT walau menitis air mata darah sekalipun. Ini je...13 years ago
-
Allah Maha Menyayangi .. - Cara Allah Menyayangi Hamba-Nya ( Yang Tidak Difahami Banyak Orang ) *Semuga Artikel ini memberikan manafaat kepada diri ku dan para pembaca sekalian .. a...14 years ago
-
Ayyuhal Walad dan aku. - Malam ni ada majlis khatam kitab Ayyuhal Walad. Sungguh aku rasa majlis yang "not doing it justice" orang putih kata. Maksud aku,ia boleh jadi lebih grand ...14 years ago
-
Dahsyatnya Tenaga DOA - Doa merupakan kekuatan dan tenaga yang tiada taranya kerana ia berhubung dengan Zat Yang Maha Kuasa. Doa bagi seorang mukmin adalah senjata (wasilah) ker...14 years ago
-
Manusia di Akhir Zaman - Di akhir zaman:Islam hanya tinggal nama ALANGKAH bahagianya jika kita ditakdirkan lahir dan berada pada zaman kegemilangan Islam bersama dengan Rasululla...14 years ago
-
-
-
No comments:
Post a Comment