17 July 2013

Doa bagi melihat Nabi s.a.w di dalam tidur


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْـئَلُكَ بِنُورِ الأَنْوَارِ الَّذِي هُوَ عَيْـنُكَ لاَ غَيْرُكَ أَنْ تُرِيَنِي وَجْهَ نَبِيِّـكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا هُوَ عِنْدَكَ آمِين.

 Kaifiyatnya:

1.     Dibaca 3 malam berturut-turut, tiap-tiap malam sebanyak 100 kali iaitu selepas Isya’, atau

2.     Dibaca surah al-Ikhlas 17 kali dan dibaca doa di atas sekali sebelum tidur.

والله أعلم
Dipetik dalam kitab Aurad al-Tarikah al-Ahmadiah, karangan Syeikh Ahmad bin Mohd Said.


Antara amalan untuk bertemu Rasulullah SAW

1. Surah al-Qadr

Dibaca ketika terbit dan terbenam matahari sebanyak 21 kali.



 2. Surah al-Kauthar

Dibaca pada malam hari sebanyak 1000 kali. Telah berkata Syeikh Hassan Mahmud Syaddad Baomar, ia terbukti mujarab, Insya Allah.

 3. Surah Muzammil

Dibaca sebanyak 41 kali.

 4. Surah al-Qadr

Dalam kitab Khazinatul Asrar ada menyatakan sebahagian ulama’ berkata, siapa yang membaca surah al-Qadr sebanyak 1000 kali pada malam Jumaat maka dia tidak akan mati sehingga bertemu Rasulullah SAW.

5. Surah al-Ikhlas
Saidina Abdullah bin Abbas menyatakan, siapa yang membaca surah al-Ikhlas pada waktu malam sebanyak 1000 kali maka ia akan dapat melihat Nabi dalam tidurnya.

Dipetik dalam Majalah al-Tariq, bil 5, keluaran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.


No comments:

Ada baik dibaca juga.....