08 September 2012

Sifat-sifat Rasulullah

Sayyidatina 'Aisyah (r.a) pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w lalu beliau menjawab: "Akhlaknya adalah Al-Quran, baginda reda dengan keredhaanNya dan baginda murka dengan kemurkaanNya".
Sayyidatina 'Aisyah r.a tidak melampaui di dalam kata-katanya, kerana setiap nilai yang disebut oleh Al-Quran terpancar pada peribadi Rasulullah s.a.w sama ada pada perkataan atau perbuatannya.

Ibn Abu Halah telah mensifatkan Rasulullah s.a.w dengan katanya: " Baginda sentiasa tersenyum, berlemah lembut, tidak bersifat kasar, tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat, tidak membuka keaiban orang dan tidak suka memuji".

Saidina Ali bin Abu Talib bertanya kepada baginda tentang sunnahnya, baginda bersabda yang bermaksud: " Ma'rifah modalku, akal sumber agamaku, cinta asasku, mengingati Allah penghiburku, kepercayaan perbendaharaanku, dukacita temanku, ilmu senjataku, sabar pakaianku, reda hartaku,melahirkan kelemahan terhadap Allah kemegahanku, zuhud tugasku, yakin kekuatanku, benar temanku, taat kewajipanku, berjihad akhlakku dan 'cahaya mataku' didalam sembahyang".

Petikan dari 
Buku Sifat-sifat Rasullullah s.a.w 
Bekalan Untuk Pendakwah
dari karya asal Nilai-nilai Islam 
oleh Dr. Jabir Qamihah

No comments:

Ada baik dibaca juga.....