Apa hukum mempelajari tasawuf ?
Imam al-Ghazali berkata:
"Hukum mempelajari tasawuf adalah fardu ain kerana manusia tidak sunyi daripada aib atau kekurangan kecuali para anbia."
Syeikh al-Syazili berkata:
"Sesiapa tidak mempelajari ilmu ini, nescaya dia mati dalam dosabesar yang tidak disedarinya."
Syeikh Dahlan al-Kadiri dalam kitabnya Siraj al-Talibin menyatakan bahawa hukum belajar tasawuf adalah wajib 'aini pada setiap orang mukalaf. Ini kerana sebagaimana wajib islah yang zahir, begitu juga islah yang batin.
Imam Malik mengungkap:
"Sesiapa mempelajari tasawuf tanpa fikah, dia zindik,
Sesiapa mempelajari fiqah tanpa tasawuf dia fasiq,
Sesiapa menghimpunkan kedua-duanya nescaya dia tahkik(benar)."
Ibn 'Ajibah berkata:
"Orang yang mempelajari tasawuf tanpa fiqah menjadi kafir zindik kerana dia mengucap dengan cara terpaksa tanpa mengetahui hikmah dan hukum-hukumnya. Manakala orang yang belajar fiqah sahaja tanpa tasawuf menjadi fasiq kerana dia beramal tanpa memberikan sepenuh tumpuan, hati dan perasaannya kepada Allah. Ini menyebabkan amalannya tidak ikhlas.
Sementara tahkik hanya diperolehi melalui fiqah dan tasawuf sehingga seorang itu dapat melaksanakan segala kewajipannya berdasarkan ilmunya dan melakukannya dengan sepenuh hati.
Oleh itu jelaslah bahawa tasawuf dan fiqah itu dua ilmu yang saling melengkapi antara satu sama lain. Tidak sempurnalah fiqah itu tanpa tasawuf, sebagaimana pincangnya tasawuf tanpa fiqah."
Petikkan dari buku
Soal jawab A-Z tentang Tasawuf tapi anda tiada tempat untuk bertanya...
Oleh Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri
Terbitan Telaga Biru.
http://www.telagabiru.net.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=375:soal-jawab-a-z-tentang-tasawuf-tapi-anda-tiada-tempat-untuk-bertanya&catid=45:buku&Itemid=339
ZIKRULLAH
-
ZIKRULLAH Dalam Hiasan Lanskap “Zikir di Mana Saja, Bila-Bila Masa” Di
kegelapan malam, pandangan tertancap pada lafaz suci Allah yang terpahat
indah di di...
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment