10 April 2012
“TUHAN TUAN-TUAN SEMUA BERADA DI BAWAH TAPAK KAKI SAYA”
Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secaraberamai-ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.
Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka,beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing.Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.
Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.
Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja.Dia berkata:
“Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya.”
Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah.Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati.Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.
Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.
Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai,Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.
Kadhi bertanya, “Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?”
Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, “Benar, saya ada kata begitu.”
Kadhi bertanya lagi, “Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?”
Jawab Syeikh Abdul Qadir , “Kalau tuan kadhi mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya.”
Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.
Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ada baik dibaca juga.....
-
-
Merawat Masalah Kekeluargaan dan rumahtangga - Merawat Masalah Kekeluargaan dan rumahtangga, hasil tadabbur Surah Yusuf dan Maryam "... Masa dan sabar, pengubat hubungan..." Surah Yusuf dan Maryam s...6 years ago
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi - *Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi* *KERAJAAN jangan sama sekali tunduk desakan ultra kiasu untuk mengadakan pilihan raya PBT. Kawasan bandar akan ...6 years ago
-
SENARAI GRADUAN SESI 2016 - *SENARAI PELAJAR YANG AKAN DIIJAZAHKAN DI MAJLIS PENGIJAZAHAN DARUSSYIFA' PADA 25-DIS-2016 (AHAD).* Kepada pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' Bangi Kumpu...9 years ago
-
Israk Dan Mikraj Daripada Hadis-hadis Sahih - Israk & Mikraj : Antara Ketulenan Wahyu & Cerita Yang 'Sengaja' Ditambah. OLEH USTAZ SYIHABUDIN AHMAD 1.Peristiwa Israk mikraj Peristiwa Israk mikraj adala...10 years ago
-
Sekilas 52 - Mengapa Mahhaj Wahabi Di Tentang (3) - Mengenai Peminta Dan Pendokong Wahabi - Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan saya ulangi bebe...10 years ago
-
Keutamaan Ilmu Pengetahuan - Di dalam al-Qur’an al-Karim terdapat banyak sekali ayat yang menunjukkan kepada keutamaannya ilmu pengetahuan itu. Antaranya ialah: “Allah telah menyaksik...10 years ago
-
Kelebihan Jadi AHLI RCC - Assalamualaikum.. :) Senyum tanda bersyukur kerana akhiranya pada hari ini diberikan peluang untuk meneruskan penulisan disini. Terlalu banyak perkara be...10 years ago
-
Cinta Kedua - Ombak beralun lembut tatkala senja sedang berlabuh. Hati ini masih sayu teringatkan kata-kata seorang tua separuh umur yang menegur aku kelmarin, namun a...11 years ago
-
PERMASALAHAN SALIK – TIDAK MAHU MENUNTUT ILMU - Dr. Abdul Manam Mohammad al-Merbawi Masalah tidak mahu mempelajari dan mendalami ilmu agama di kalangan sebahagian salik tarikat adalah merupakan satu masa...12 years ago
-
Nabi Idris a.s - Nabi Idris adalah keturunan keenam daripada nabi Adam. Nama baginda ialah Idris bin Mahlail bin Qinan bin Anusy bin Syits bin Adam dan nama sebenarnya ia...13 years ago
-
Akibat Buruk Sangka. - *Akibat Buruk Sangka* Cerita kucing nie lagi sedih tau. Bacalah dengan penuh penghayatan. Emm..ana pun menangis bace cerita nie..huhu :( Malam itu huj...13 years ago
-
Kebenaran Islam Mengenai Kucing - Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing. ...13 years ago
-
Sehari bersamanya.. - *ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ* *Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam,selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta atas keluarga da...13 years ago
-
USIA OH USIA.... - *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته* Sekiranya ajal tiba, usia kita tidak mungkin akan di TOPUP oleh ALLAH SWT walau menitis air mata darah sekalipun. Ini je...13 years ago
-
Allah Maha Menyayangi .. - Cara Allah Menyayangi Hamba-Nya ( Yang Tidak Difahami Banyak Orang ) *Semuga Artikel ini memberikan manafaat kepada diri ku dan para pembaca sekalian .. a...14 years ago
-
Ayyuhal Walad dan aku. - Malam ni ada majlis khatam kitab Ayyuhal Walad. Sungguh aku rasa majlis yang "not doing it justice" orang putih kata. Maksud aku,ia boleh jadi lebih grand ...14 years ago
-
Dahsyatnya Tenaga DOA - Doa merupakan kekuatan dan tenaga yang tiada taranya kerana ia berhubung dengan Zat Yang Maha Kuasa. Doa bagi seorang mukmin adalah senjata (wasilah) ker...14 years ago
-
Manusia di Akhir Zaman - Di akhir zaman:Islam hanya tinggal nama ALANGKAH bahagianya jika kita ditakdirkan lahir dan berada pada zaman kegemilangan Islam bersama dengan Rasululla...14 years ago
-
-
-
No comments:
Post a Comment