12 August 2011

Ungkapan Popular Yang Disangka Hadis

Ungkapan Popular Yang Disangka Hadis

Antara ungkapan yang disangkakan hadis ialah:

إِعْمَلْ لِدُنْيَاكَ كَأَنَّكَ تَعِيْشُ أَبَدًا وَاعْمَلْ ِلآخِرَتِكَ كَأَنَّكَ تَمُوْتُ غَدًا

Maksudnya:

“beramallah untuk dunia kamu seolah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhirat kamu seolah kamu akan mati esok hari”

Ungkapan ini sebenarnya merupakan ucapan Ibn `Umar radiyallahu `anhuma dan bukannya hadis Nabi.

Namun, Islam sememangnya menggalakkan umatnya bekerja membina tamadun dunia kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sebagai khalifah yang telah ditetapkan oleh Allah. Namun, kerja-kerja membangunkan dunia itu mesti dalam ruang lingkup peraturan yang ditetapkan oleh Allah agar ia menjadi satu bentuk ibadah (perhambaan diri) kepada Allah. Justeru, segala kerja yang dilakukan di dunia sewajarnya menjadi ladang untuk akhirat dengan dilakukan menurut perintah Allah.

No comments:

Ada baik dibaca juga.....