27 June 2011

Israq Mikraj

FIRMAN Allah yang bermaksud:
“Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”  
(Surah al-Israk, ayat 1)

“Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. “Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” 
– (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Ramai yang sudah mengetahui peristiwa Israq Mikraj namun bukan cerita ini yang ingin ku sampaikan tapi persoalannya apakah pengajaran yang dapat kita lakukan selaku Umat Islam akhir zaman ini. Peredaran zaman berzaman yang terus berlalu menyebabkan ramai umat Islam semakin lari dari kaedah yang sebenar dari apa yang ditunjukkan oleh Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sunnahnya dan Al-Quran telah banyak yang tidak kita ikuti. Malah semakin jauh darinya, ada juga yang mahu keluar dari agama ini dan tidak percaya atas segalanya.


Wahai saudara seagama ku, perkukuhkanlah ikatan sesama Islam disamping perkuatkan lagi jaringan Jemaah kita sesama islam. Lakukanlah perbincangan jika terdapat sesuatu masalah. Usahlah menunding kepada mana-mana pihak, sebaliknya lakukanlah apa yang dituntut oleh Allah S.W.T sebagaimana yang dituntut di dalam Al-Quran dan Sunnah RasulNya.


Wahai saudara seislamku, pihak yang ingin memecahbelahkan benteng ukhwah islam ini sememangnya telah lama berlaku. Malahan beberapa cara mereka telah berjaya menembusi benteng yang kian rapuh ini. Maka sesuatu perlu dilakukan untuk menjadikan benteng itu kukuh semula. Usahlah harta dunia ini membuatkan perpecahan benteng yang dibina itu.


Wahai saudara seislamku, jika dahulu umat islam ditindas kerana menegakkan agama Allah Ta'ala. Kini agama Islam telah tersebar luas diseluruh pelusuk bumi tetapi kekuatannya telah runtuh sedekit demi sedikit.

Marilah wahai saudara seislamku, kita perkuatkan akidah dan keimanan kita terhadap agama yang suci ini demi mencari keredhaanNya.

"Pokok itu tidak bergoyang jika tiada anginNya
Angin itu tidak datang jika tidak diizinNya.
Alam tidak wujud jika kita bukan hambaNya
Syurga Neraka telah tersedia 
Kepada siapakah  penghuni didalamnya
Maka segera memohon kepadaNya
Agar diri serta seluruh keluarga mendapat RedhaNya".


No comments:

Ada baik dibaca juga.....