08 March 2011

Menjaga Hati ( hati batin sebelum solat )


Sebelum mendirikan sembahyang sepatutnya seseorang telah mempunyai takzhim dan haibah akan mendorong hati batin agar khusuk kepada Allah sebelum mendirikan solat (sembahyang)Semasa mendirikan sembahyang, maka hati batin perlu menyertai dalam sembahyang tersebut (hilang dari dunia).
Dalam penyertaan itu disebut hudhurul qalb. Agar hati batin ikut serta dalam sembahyang adalah diperlukan tafahhum sembahyang timbullah harapan atau rajaq seperti janji Allah S.W.T. Disamping itu akan dihantui pula rasa malu atau hayaq pada hati batin.

Takzhim
Takzhim adalah Pengagungan dan Penghormatan. Takzhim kepada Allah S.W.T berbeza dengan takzhim sesama hamba Allah.Takzhim kepada Allah boleh wujud setelah memiliki pengetahuan khusus, iaitu berkaitan:
1.    Pengetahuan dan kesedaran tentang keagungan dan kebesaran Allah S.W.T dan pengetahuan ini termasuk di antara pokok-pokok iman. Seseorang  yang tidak percaya sepenuhnya akan keagungan Allah S.W.T tidak mungkin jiwanya akan bertakzhim kepada Allah S.W.T. 
2.    Memahami akan kehinaan dan keremehan diri (atau nafsu). Nafsu adalah budak yang terjajah dan dikendalikan atau dipengaruhi oleh unsur di luar dirinya sendiri.Kedua pengetahun tersebut akan menimbulkan kepasrahan (rasa menyerah), merasa rendah diri, akhirnya khusyuk kepada Allah S.W.T, perasaan Takhzim tidak dapat wujud dengan sempurna.

Haibah

Haibah adalah suatu sikap yang melebihi takzhim. Haibah adalah ketakutan yang bersumberkan atau berpunca dari takzhim. Jadi bukanlah sebarang ketakutan. Sebagai contoh ketakutan kepada ular yang berbisa atau ketakutan kepada kejahatan seseorang dan sebagainya tidak dinamakan haibah. Takut pada Allah S.W.T dinamakan Haibah.
Haibah adalah ketakutan yang timbul kerana adanya pengetahuan tentang kemampuan (kudrat) Allah S.W.T dan keperkasaanNya.
Seandainya Allah S.W.T menghancurkan seluruh orang terdahulu dan terkemudian, tentu tidak sedikit pun berkurang dari kerajaanNya, walau hanya sebesar habuk atau zarrah.
Haibah juga boleh muncul setelah mengkaji peristiwa-peristiwa yang terjadi atas diri para nabi dan wali Allah, Allah S.W.T telah menimpakan berbagai macam musibah dan bala atas mereka. Pada hal Allah S.W.T mempunyai kudrat (kemampuan) untuk menjauhkan musibah dan bala itu dari mereka.
Hudhurul Qalb

Penyertaan hati atau hudhurul qalb adalah tumpuan perhatian terhadap apa yang diucapkan atau dilakukan dan hati tidak merewang ke arah lain. Penuh kesedaran tentang apa diucapkan dan semua gerak yang dilakukan dalam sembahyang.
Fikiran tidak melayang ke tempat lain, fikiran hanya tertumpu kepada perbuatan dan apa yang diucapkan sahaja. Apabila semua terpusat pada sembahyang, bermakna hati batin telah menyertai sembahyang dari awal sampai salam.
Penyebab dari Hudhurul Qalb ialah Himmah (
perhatian yang sepenuh dan tekad kuat untuk mencapai suatu cita-cita yang tinggi ). Hati akan selalu mengikut himmah. Datangnya himmah hanya pada tempat-tempat yang diberi sepenuh perhatian.
Himmah itu tidak akan menuju kepada sembahyang,selagi tidak timbul kesedaran bahawa tercapainya tujuan utama hidup bergantung pada sembahyang. Di situ letaknya iman dan kepercayaan bahawa akhirat adalah lebih utama dan sembahyang adalah wasilah (sebagai alat dan usaha) untuk menuju akhirat.
Setelah timbul kesedaran ditambah pula pengetahuan betaoa remehnya dunia, maka kesannya hati batin akan khusuk kepada Allah S.W.T.


 
Tafahhum

Tafahhum adalah keupayaan mengerti makna bacaan dalam sembahyang. Dengan kata lain hati batin memahami ucapan dan permohonan doa dalam sembahyang.
Tafahhum dalam sembahyang hanya dapat dicapai melalui tumpuan fikiran dan curahan perhatian yang terus-menerus untuk "menangkap" sesuatu makna dalam sembahyang.
Hendaklah menghilangkan bayangan dan angan-angan yang melintas didalam kepala ketika sembahyang yang menimbulkan kesibukkan fikiran (fikiran menjadi kacau) adalah dengan cara membuang punca atau sumber-sumber penyebabnya ( yang menarik hati ) yang berlegar didalam fikiran.


Sabda Rasulullah yang bermaksud,
" Barang siapa yang menyukai sesuatu, pasti selalu menyebutnya".
 ( Hadis riwayat Abu Nuaim dan ad-Dailami )

Sesuatu atau seseorang yang dicintai akan menjadi ingatan dan datang menjunam kedalam hatinya tanpa dapat dielak atau dicegah. Oleh sebab itulah orang yang mencintai selain dari Allah S.W.T, fikirannya tidak pernah jernih.
TingkatanTafahhum antara seseorang tidaklah sama orang yang satu dengan yang lain tidaklah sama penertian dan fahamannya tentang makna ayat-ayat Al-Quran yang dibaca serta tasbih yang diucapkan. Terdapat banyak makna indah dan lembut yang dapat difahami oleh orang yang sedang sembahyang.

Rajaq

Rajaq adalah harapan kepada Allah S.W.T. Harapan kepada makhluk tidak sama dengan harapan kepada Allah S.W.T. Seorang hamba Allah yang mendirikan sembahyang sepatutnya mengharap ganjaranNya atas sembahyangnya itu, sebagaimana ia takut akan hukumanNya kerana kelalaiannya dalam sembahyang.
Sebab timbul (muncul)
Rajaq (harapan) kerana makrifat kasih sayang Allah S.W.T serta makrifat tentang
luthf, kedermawanNya, pemberianNya yang melimpah ruah dan keindahan ciptaanNya.


Rajaq juga disebabkan keyakinan akan kebenaran yang terdapat dalam firman-firman Allah S.W.T. Dalam Al-Quran telah tercatit iaitu janji syurga bagi orang yang mendirikan sembahyang.Setelah keyakinan akan janji Allah S.W.T yang disertakan makrifat tetang luthf dan kasih sayangNya, maka tumbuhlah harapan (rajaq) kepada Allah S.W.T.

Hayaq

Hayaq (rasa malu) adalah perasaan yang berada di luar takzhim, haibah dan rajaq. Punca atau sumber hayaq kerana melakukan dosa atau lalai menyebabkan ibadat kurang sempurna. Dalam diri seseorang boleh jadi wujud takzhim, haibah dan rajaq tetapi tanpa hayaq, kerana tidak sedar bahawa dirinya telah berbuat dosa atau lalai semasa beribadat kepada Allah S.W.T.

Hayaq atau rasa malu wujud kerana ibadat sembahyang dirasakan kurang sempurna. Juga wujud kesedaran bahawa dirinya tidak dapat melakukan takzhim (pengagungan dan penghormatan) kepada Allah S.W.T dengan cara yang sebaik-sebaiknya iaitu yang sesuai dengan keagungan Allah S.W.T.

Perasaan seperti itu (rasa malu) makin mendalam bila terdapat penyakit pada hati batin, seperti sifat kurang ikhlas dan suka kepada kenikmatan dunia. Boleh juga disebabkan penyakit was-was.

Ditambah pula kesedaran tentang betapa tingginya keagungan Allah S.W.T, betapa hebat ilmuNya yang meliputi rahsia dari gerak yang terlintas dalam hati manusia. Bila hal-hal seperti itu tertanam dengan teguh dalam hati akhirnya muncul perasaan malu atau disebabkan
Hayaq.

Dari petikan karya Imam Al-Ghazali

07 March 2011

Solatlah ia adalah kewajipan kita

Solat adalah Tiang Agama
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Kepala segala soal ialah Islam (menyerah diri),tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya (Klimaksnya) ialah jihad fi sabilillah.
(Hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Solat ibadat yang pertama diwajibkan.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
" Difardukan sembahyang atas Nabi s.a.w pada malam beliau di Isra'kan itu lima puluh waktu, kemudian dikurangi sehingga ditetapkan lima. Lantas nabi diseru, ya Muhammad! Sesungguhnya perkataan di sisiKu tidak dapat diubah lagi, dan sesungguhnya bagi engkau dengan sembahyang yang lima waktu ini (dinilai sama) dengan lima puluh waktu."
(Hadis riwayat Ahmad, An-Nasaei dan At-Turmuzi)

Solat merupakan ibadat yang pertama dihisab pada hari kiamat.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
" Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain."
(Hadis riwayat Thabrani)

"Sesungguhnya yang pertama difardukan oleh Allah atas manusia dari agama mereka ialah sembahyang dan yang pertama puladihisab dengannya ialah sembahyang juga. Dan Allah berkata: Periksalah sembahyang hambaKu ini, maka jika sembahyangnya sempurna tuliskansempurna, dan jika kurang, berkatalah Allah S.W.T : Adakah hambaKu itumelakukan sembahyang tathawuk (sembahyang sunat) , kalau ada sempurnalah sembahyang yang fardu itu kerana sembahyang sunatnya itu.
( Hadis riwayat Abu Ya'la)

Sembahyang merupakan wasiat terakhir Rasulullah s.a.w, yang terakhir yang ditujukan kepada seluruh umatnya ketika beliau berpisah dengan dunia ini.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Jagalah sembahyang, sembahyang dan apa yang dimiliki oleh tangan kananmu".
 (Hadis riwayat Ahmad)

Sembahyang merupakan garis pemisah antara Islam dan kafir.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Beza antara seorang laki-laki (muslim) dengan kafir ialah meninggalkan sembahyang".
( Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abud Daud Turmizi dan Ibnu Majah )

Dalam hadis yang lain ditambahkan:
"Janji antara kami dan mereka ialah sembahyang, maka siapa yang meninggalkan sembahyang, maka sungguh telah kafirlah ia".
( Hadis riwayat Ahmad dan Ash-Habussunan)

Sembahyang juga menjadi ukuran bagi berkembang atau tidaknya ajaran Islam di muka bumi.
Sembahyang merupakan ajaran terakhir yang mungkin akan hilang dari dunia.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Sungguh akan runtuhlah tali Islam satu demi satu, maka setiap kali putus tali yang satu manusia akan bergantung (berpegang) dengan tali berikutnya. Maka yang pertama runtuh ialah hukum Islam dan yang terakhir ialah sembahyang".
( Hadis riwayat Ibnu Hibban )
Dalam sebuah hadis yang lain baginda menegaskan, sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"Siapa yang menjaga dan memelihara sembahyangnya, menjadilah ia cahaya, keterangan dan kemenangan di hari kiamat. Dan barang siapa yang tidak menjaga sembahyangnya ia tidak akan mempunyai cahaya, keterangan dan kemenangan. Dan adalah ia bersama Qarun, Fir'aun, Haman dan Ubai bin Khalaf di hari kiamat".
( Hadis riwayat Ahmad, Thabrani, Ibnu Hibban)

Sembahyang merupakan jaminan masuk syurga.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Lima sembahyang yang diwajibkan Allah atas hambaNya maka barangsiapa yang menegakkan sembahyang itu  dan tidak mensia-siakannya kerana mengaggap ringan dengan kewajipan sembahyang itu, maka ia telah memiliki janji dengan Allah, bahawa Allah akan memasukkannya kedalam syurga. Dan barangsiapa yang tiadalah ia mempunyai janji dengan Allah, jika Ia kehendaki Ia siksa dan jika Ia kehendaki akan dimasukkanNya kedalam syurga".
( Hadis riwayat Dara Quthny, Muslim, Ibnu Hibban )

Sembahyang adalah Syiar Islam yang utama dan merupakan tali penghubung antara hamba dengan Tuhannya.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya, ialah dikala hamba itu sedang sujud (dihadapan Allah), oleh itu perbanyakkanlah doa dalam sujud".
( Hadis riwayat Muslim Daud dan An-Nasei )

* Yang dikehendaki adalah hati batin yang menguasai nafsu, hati batin yang patuh melaksanakan perintah Allah S.W.T.  Sebab itulah sembahyang memerlukan syarat iaituPenyertaan Hati Batin.*
(petikan buku Kesilapan Ketika Sembahyang)

06 March 2011

Kalamullah

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam(2). Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (3). Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat (4). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (5). Tunjukilah kami jalan yang lurus (6). Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7


http://www.quranexplorer.com//

Sejauh mana perginya diri itu?

Manusia itu selalunya suka bilamana hati mereka terasa berhibur. Hatta dengan lagu sekalipun mungkin akan menghilangkan sedikit rasa gundah-gundala didalam diri. Maka apakah lagu-lagu yang didengarkan itu akan memenuhi kritiria kehidupan? Perhatikanlah diri sendiri. Usah memandang orang lain. Lakukan pada diri sebelum membetulkan orang lain.
Cuba perhatikan kalimah-kalimah yang diturunkan oleh Allah S.W.T pada kalamNya. Bait-baitNya mempunyai makna yang tersurat dan tersirat. Hati-hati yang resah gelisah akan menjadi tenang, kekacauan hidup akan menjadi damai dan bermacam lagi. Karenah manusia semuanya dibentuk dengan nilai-nilai estatika yang terbaik yang ditunjukkan oleh Baginda junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Namun akibat kealpaan kita pada dunia menyebabkan kita tidaklah terasa akan kehadiran "Habibullah" itu didalam diri kita. Kemajuan dunia sepatutnya menjadikan diri kita terus menjadi Umat Islam Yang TERBILANG, GEMILANG, CEMERLANG DAN MENJADI 1 UMAT. Tetapi akibat pengaruh yang dipancarkan oleh golongan "Kufar" menjadikan kita umat yang "KECUNDANG DAN TERBUANG" manakan tidak, kekayaan dicari hanya untuk memuasakan nafsu diri. Mencari kekayaan peribadi amatlah tinggi, cita-cita untuk menjadi sama taraf bersama puak-puak "kufar" tanpa mempedulikan nasib yang dialami oleh umat islam masa kini.

Ada baik dibaca juga.....