08 February 2013

Hadith Qudsi

Al-hadith al-qudsi iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W dan disandarkan kepada Allah S.W.T. Hadith ini juga dinamakan al-hadith Ilahi atau Al-hadith ar-rabbani.

Al-hadith an-nabawi iaitu hadith yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W samada perkataan, perbuatan atau sifat atau taqrirnya.

HADIS NABAWI

Hadis nabawi itu ada dua bahagian:

( Pertama, tauqifi )

Yang bersifat tauqifi iaitu yang kandungannya diterima oleh Rasulullah s.a.w. dari wahyu. Lalu, ia menjelaskan kepada manusia dengan kata-katanya sendiri. Bahagian ini meskipun kandungannya dinisbahkan kepada Allah, tetapi dari segi pembicaraan lebih layak dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w., sebab kata-kata itu dinisbahkan kepada yang mengatakannya meskipun di dalamnya terdapat makna yang diterima dari pihak lain.

19 December 2012

Antara Nafsu dan Syaitan

Nafsu apabila meminta sesuatu kepada kamu ia membuat saranan berterusan dan sentiasa mempengaruhi kamu sehingga tercapai kehendaknya dan berhasil tujuannya melainkan apabila ia digagalkan dengan mujahadah sebenar yang berterusan.

Syaitan apabila mengajak kamu melakukan sesuatu penyelewengan tertentu dan kamu mengingkarinya dia mempengaruhi kamu supaya melakukan penyelewengan yang lain pula kerana bagi kamu semua pelanggaran ajaran Allah itu sama baginya. Ia hanya mahu selama-lamanya mengajak kepada penyelewengan apa sahaja dan bukan tujuannya, mengkhususkan penyelewengan dalam satu perkara dan tidak yang lain.



08 November 2012

Syarat Mahabbah-Syeikh Qadir al-Jailani

"Syarat mahabbah (cinta kepada Allah) adalah tidak mengharapkan sesuatu pun dari yang dicintai dengan perhatian kepadaNya tidak dialihkan oleh dunia,akhirat dan makhluk. Cinta kepada Allah tidaklah seperti yang dilakukan kebanyakkan orang. Begitu ramai orang mengaku cinta kepada Allah tetapi pada hakikatnya jelas jauh dariNya. Sebaliknya, ramai pula orang yang tidak mengaku cinta tetapi dekat denganNya".

04 November 2012

Sebentar lagi pinjaman itu akan diambil.-Syeikh Qadir Al-Jailani

Jangan Terpedaya Dengan Pinjaman

"Kamu semua melakukan perbuatan penduduk neraka tetapi mengharapkan syurga! Kamu semua mendambakan sesuatu yang tidak mungkin. Janganlah tertipu dengan pinjaman yang kamu semua fikir sebagai hak milik. Sebentar lagi pinjaman itu akan diambil. Allah meminjamkan kehidupan ini kepada kamu semua agar digunakan dengan sebaik-baiknya pada jalan ketaatan. Ironinya, kamu semua malah mengangap itu sebagai milik sendiri dan melakukan apa sahaja yang kamu semua kehendaki. Demikian juga kesejahteraan, kekayaan, keamanan, keagungan dan segala kenikmatan yang ada pada kamu semua. Semua itu adalah pinjaman bagi kamu semua. Jangan sia-siakan semua pinjaman itu, kerana kelak kamu semua akan ditanya dan diminta bertanggungjawab. Semua kenikmatan yang ada pada kamu semua adalah dari Allah. Oleh kerana itu, gunakanlah semua pada jalan ketaatan".



Petikan dari 

Ada baik dibaca juga.....