31 March 2012

Membantah kerana nafsu-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani :
"Janganlah kamu semua membantah orang lain kerana hawa nafsu, tetapi bantahlah kerana iman. Jadikanlah iman sebagai bantahan. Jika kamu semua membantah orang ingkar kerana Allah, Dia akan melindungi kamu semua dalam menyelamatkannya. Tetapi, jika kamu semua membantahnya kerana hawa nafsu, hasutan syaitan dan hasrat kamu, Allah akan membiarkan kamu semua. Kamu semua tidak akan mampu menyelamatkan orang ingkar itu dan tidak akan mampu memusnahkan kemungkarannya. Imanlah yang sepatutnya menjadi bantahannya. Sesiapa membantah orang yang ingkar bukan kerana iman, dia sebenarnya bukanlah membantah kemungkaran orang itu. Bantahan itu perlulah kamu lakukan tanpa "dirimu", kerana Allah semata-mata, bukan kerana makhluk, demi membela agama Allah, bukan demi membela nafsumu, untukNya bukan untukmu."




Petikkan dari buku 
Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani 
Terbitan Al-Hidayah (2011)
http://www.hidayah.com.my/site/

2 comments:

Mencari Redhatullah said...

"Janganlah kamu semua membantah orang lain kerana hawa nafsu, tetapi bantahlah kerana iman. Jadikanlah iman sebagai bantahan."

benar :)

Mengharap RedhaMu said...

Moga2 bantahlah keranaNya. :)

Ada baik dibaca juga.....