15 March 2012

Memburu Syahid Cita-citamu

Namamu terkenal serata dunia
Sebut sahaja gentarlah semua.
Dimana sahaja dirimu berada 
Pasti kemenangan datang menjelma


Tidurmu sedikit sahaja
Munajatmu pada Rabb Pencipta
Pintamu pada Yang Esa
Agar Daulah Islamiyah tertegak jua.

Dirimu bagaikan singa kelaparan
Menerkam segala berada dihadapan
Hanya syahid menjadi kerinduan
Untuk mencari syurga dijanjikan



Dirimu cinta pada kedamaian
Dirimu benci kepada penindasan
Tatkala juangmu demi membebaskan
Dari cengkaman yang kerakusan.

Sungguh bermakna dirimu diberi
SAIFULLAH  itulah gelaran diberi
Terkenal dirimu dilembah sendiri
Sungguhpun dikala lawan sendiri.

Dimana ada saja perlawanan
Antara satu hak dan satu kebatilan
Nyata dirimu tidak dinafikan
Ketangkasanmu telah dibuktikan.


Tombak pedang pelbagai senjata
Menembusi hanya tinggallah luka
Namun dirimu tak kenal putus asa
Kudrat dirimu dikerah sepenuhya

Setiap inci tubuhmu ada parutnya
Luka yang mencari syahid dunia
Tapi ajalmu belum tiba
Kerana DIA Yang Maha Bijaksana.


Dirimu hidup berkat doa Baginda
Berkat doa kemenangan tercipta
Maka terhapuslah dua kuasa
Yang selama ini bermaharajalela.

Saifullah itulah nama tercipta
Diberi oleh Rasulullah tercinta
Kerana gelaran itu musuh binasa
Dengar sahaja nama gentarlah jiwa.

Ya Saifullah jasamu banyak sekali
Tertunduk seluruh Parsi dan Romawi
Yang dahulunya gah memuji
Menjadi penakluk yang digeruni.

Kini jasadmu telah bersemadi
Rohmu telah dibawa pergi
Hanya sebentar pinjaman dirimu kedunia ini
Kini kembali dirimu bertemu Yang Kekal Abadi.


No comments:

Ada baik dibaca juga.....