Daripada al-Nu'man bin Basyir r.a, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bercakap ,mengenai nikmat Allah bererti syukur, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti kufur,dan sesiapa yang tidak bersyukur sedikit nescaya dia tidak bersyukur yang banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak bersyukur kepada Allah."
(Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad 4/278 dan al-Baihaqi pada Syu'ab al-Iman 4/102. Hadis ini adalah hadis hasan.)
Bersyukur adalah suatu tindak balas yang baik, sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh penghargaan dan terima kasih. Biasanya kata-kata pujian dan sanjungan diluahkan oleh penerima kepada orang yang memberi.
Syeikh Muhammad Abduh membuat takrifan syukur sebagai berikut: Dan tidak dikatakan bersyukur kecuali jika seseorang menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat-nikmat itu dalam hal-hal untuk apa nikmat itu diberikan.
Jika tidak cukup bersyukur itu dengan membaca atau mengucapkan lafaz Alhamdulillah dan Syukurillah sahaja. Erti bersyukur yang sebenarnya ialah meliputi lisan, hati dan anggota badan.
Bagaimana caranya kita bersyukur kepada Allah S.W.T?
Bersyukur kepada Allah S.W.T ialah dengan mengekalkan baik sangka terhadap Allah S.W.T dan meletakkan keyakinan terhadaNya dalam apa jua keadaaan. Perkataan yang terlafaz dari mulut kita tentang Allah S.W.T hanyalah kata-kata pujian, sanjungan, dan pujaan. Jesteru hanya Allah S.W.T yang layak menerima kata-kata seperti itu. Tidak seharusnya terlafaz daripada diri kita perasaan benci, kecewa, buruk sangka dan perasaan seumpama itu terhadap Allah S.W.T.
Petikan daripada
Buku Himpunan Hadis
Modal Insan
Dr.Zulkifli Mohammad al-Bakri (2007)

No comments:
Post a Comment