01 April 2012
Hadis Kesempurnaan Islam
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid r.a telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah SAW yang mana dia telah menyatakan tujuannya : "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.
Maka baginda SAW telah berkata kepadanya : "Tanyalah apa yang engkau kehendaki."
Dia berkata : "AKU MAHU MENJADI ORANG ALIM"
Baginda SAW menjawab : "TAKUTLAH KEPADA ALLAH MAKA ENGKAU AKAN MENJADI ORANG YANG ALIM"
Dia berkata : "AKU MAHU MENJADI ORANG PALING KAYA"
Baginda SAW menjawab : "JADILAH ORANG YANG YAKIN PADA DIRI MAKA ENGKAU AKAN JADI ORANG PALING KAYA"
Dia berkata : "AKU MAHU JADI ORANG PALING ADIL"
Baginda SAW menjawab : "KASIHANILAH MANUSIA YANG LAIN SEBAGAIMANA ENGKAU KASIH PADA DIRI SENDIRI MAKA JADILAH ENGKAU SEADIL-ADIL MANUSIA"
Dia berkata :"AKU MAHU MENJADI ORANG YANG PALING BAIK"
Baginda SAW menjawab : "JADILAH ORANG YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT MAKA ENGKAU AKAN JADI SEBAIK-BAIK MANUSIA"
Dia berkata : "AKU MAHU MENJADI ORANG YANG ISTIMEWA DI SISI ALLAH"
Baginda SAW menjawab : "BANYAKKAN ZIKRULLAH NESCAYA ENGKAU AKAN JADI ORANG ISTIMEWA DI SISI ALLAH"
Dia berkata : "AKU MAHA DI SEMPURNAKAN IMANKU"
Baginda SAW menjawab : "PERELOKKAN AKHLAKMU NESCAYA IMANMU AKAN SEMPURNA"
Dia berkata : "AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG MUHSININ (BAIK)"
Baginda menjawab : "BERIBADAHLAH KEPADA ALLAH SEOLAH-OLAH ENGKAU MELIHATNYA DAN JIKA ENGKAU TIDAK MERASA BEGITU SEKURANGNYA ENGKAU YAKIN DIA TETAP MELIHAT ENGKAU MAKA DENGAN CARA INI ENGKAU AKAN TERMASUK GOLONGAN MUHSININ"
Dia berkata : "AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN MEREKA YANG TAAT"
Baginda SAW menjawab : "TUNAIKAN SEGALA KEWAJIPAN YANG DI FARDUKAN MAKA ENGKAU AKAN TERMASUK DALAM GOLONGAN MEREKA YANG TAAT"
Dia berkata : "AKU MAHU BERJUMPA ALLAH DALAM KEADAAN BERSIH DARIPADA DOSA"
Baginda berkata : "BERSIHKAN DIRIMU DARIPADA NAJIS DOSA NESCAYA ENGKAU AKAN MENEMUI ALLAH DALAM KEADAAN SUCI DARI DOSA"
Dia berkata : "AKU MAHU DI HIMPUN PADA HARI QIAMAT DI BAWAH CAHAYA"
Baginda SAW menjawab : "JANGAN MENZALIMI SESAORANG MAKA ENGKAU AKAN DI HITUNG PADA HARI QIAMAT DI BAWAH CAHAYA"
Dia berkata : "AKU MAHU DI KASIHI OLEH ALLAH PADA HARI KIAMAT"
Baginda menjawap : "KASIHILAH DIRIMU DAN KASIHILAH ORANG LAIN NESCAYA ALLAH AKAN MENGASIHANIMU PADA HARI QIYAMAT"
Dia berkata : "AKU MAHU DI HAPUSKAN SEGALA DOSAKU"
Baginda menjawap : "BANYAKKAN BERISTIGHFAR NESCAYA AKAN DI HAPUSKAN (KURANGKAN) SEGALA DOSAMU"
Dia berkata : "AKU MAHU MENJADI SEMULIA-MULIA MANUSIA"
Baginda menjawap : "JANGAN MENGESYAKI SESUATU PERKARA PADA ORANG LAIN NESCAYA ENGKAU AKAN JADI SEMULIA-MULIA MANUSIA"
" Dia berkata : "AKU MAHU MENJADI SEGAGAH-GAGAH MANUSIA"
Baginda s.a.w menjawab : "SENTIASA MENYERAH DIRI (TAWAKKAL) KEPADA ALLAH NESCAYA ENGKAU AKAN JADI SEGAGAH-GAGAH MANUSIA"
Dia berkata : "AKU MAHU DI MURAHKAN REZEKI OLEH ALLAH"
Baginda SAW menjawab : "SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN BERSIH (DARI HADAS) NESCAYA ALLAH AKAN MEMURAHKAN REZEKI KEPADAMU"
Dia berkata : "AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN MEREKA YANG DI KASIHI ALLAH DAN RASULNYA"
Baginda SAW menjawab : "CINTAILAH SEGALA APA YANG DISUKAI OLEH ALLAH DAN RASULNYA MAKA ENGKAU TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG DI CINTAI OLEH MEREKA"
Dia berkata :"AKU MAHU DI SELAMATKAN DARI KEMURKAAN ALLAH PADA HARI KIAMAT"
Baginda SAW menjawab :"JANGAN MARAH KEPADA ORANG LAIN NESCAYA ENGKAU AKAN TERSELAMAT DARIPADA KEMURKAAN ALLAH DAN RASULNYA"
Dia berkata : "AKU MAHU DI TERIMA SEGALA PERMOHONANKU"
Baginda SAW menjawab :"JAUHILAH MAKANAN HARAM NESCAYA SEGALA PERMOHONANMU AKAN DI TERIMANYA"
Dia berkata :"AKU MAHU AGAR ALLAH MENUTUPKAN SEGALA KEAIBANKU PADA HARI KIAMAT"
Baginda SAW menjawab : "TUTUPLAH KEBURUKAN ORANG LAIN NESCAYA ALLAH AKAN MENUTUP KEAIBANMU PADA HARI KIAMAT"
Dia berkata : "SIAPA YANG TERSELAMAT DARIPADA DOSA?"
Baginda s.a.w menjawab : "ORANG YANG SENTIASA MENGALIR AIR PENYESALAN, MEREKA YANG TUNDUK PADA KEHENDAKNYA (ALLAH) DAN MEREKA YANG DI TIMPA KESAKITAN"
Dia berkata : "APAKAH SEBESAR-BESAR KEBAIKAN DI SISI ALLAH?"
Baginda SAW menjawab : "ELOK BUDI PEKERTI, RENDAH DIRI DAN SABAR DENGAN UJIAN (BALA)
Dia berkata : "APAKAH SEBESAR-BESAR KEJAHATAN DI SISI ALLAH?"
Baginda menjawab : "BURUK AKHLAK DAN SEDIKIT KETAATAN"
Dia berkata : "APAKAH YANG MEREDAKAN KEMURKAAN ALLAH DI DUNIA DAN AKHIRAT?"
Baginda menjawab : "SEDEKAH DALAM KEADAAN SEMBUNYI (TIDAK DI KETAHUI) DAN MENGHUBUNGKAN KASIH SAYANG"
Dia berkata : "APAKAH YANG AKAN MEMADAMKAN API NERAKA PADA HARI KIAMAT?"
Baginda menjawab : "SABAR DI DUNIA DENGAN BALA DAN MUSIBAH"
Telah berkata Imam Mustaghfirin : "Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat hadis ini"
Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Nabi SAW menerangkan kesempurnaan Islam dan sifat-sifat mahmudah yang akan akan membawa kebaikan kepada umat Islam apabila dipraktikkan samaada ketika hidup di dunia maupun ketika berada dihari akhirat.
Petikan dari http://abubasyer.blogspot.com/2009/06/assalamualaikum-wm.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ada baik dibaca juga.....
-
-
-
RABITAH - BIMBINGAN BERTERUSAN BAGI SI MURID - Syeikh Ibnu 'Athaillah Al-Sakandari RA berkata di dalam kitabnya Lathaiful Ma'arif:Beliau pernah berujar kepada beberapa orang ikhwannya bahawa beliau memp...3 years ago
-
Nama dan sifat Allah pada Nabi - Nama dan sifat Allah pada Nabi 1. Menurut para ulama, ada dua nama Allah yang diberikan kepada Nabi Muhammad salallahualaihiwassalam dan tidak diberi ...3 years ago
-
Kongres Cina: Berani kata tak serang kaum lain? Kepala bapak kau! - *Kongres Cina: Berani kata tak serang kaum lain? Kepala bapak kau!* *'Jika saya ada kuasa, sudah lama saya tarik kerakyatan pengkhianat ini* *JADILAH Cina...4 years ago
-
WANITA HEBAT - 🌸WANITA HEBAT🌸 🎀 Wanita hebat bukan karena dia cantik 🎀 Wanita hebat bukan karena dia kaya 🎀 Wanita hebat bukan karena dia pintar 🎀 Dan bukan pula kar...7 years ago
-
SENARAI GRADUAN SESI 2016 - *SENARAI PELAJAR YANG AKAN DIIJAZAHKAN DI MAJLIS PENGIJAZAHAN DARUSSYIFA' PADA 25-DIS-2016 (AHAD).* Kepada pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' Bangi Kumpu...7 years ago
-
Hadis-hadis Sahih Fadilat-fadilat Surah Al-Ikhlas. - HADITS-HADITS YANG MENERANGKAN KEUTAMAAN SURAT AL-IKHLAS بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ {1} اللَّهُ الصَّمَدُ {2} لَمْ يَلِدْ...8 years ago
-
Keutamaan Mengajar - Ayat-ayat al-Qur'an mengenai keutamaan mengajar ini ialah antaranya firman Allah Ta'ala: "Hendaklah mereka memberikan peringatan kepada kaumnya, apabila te...8 years ago
-
Kelebihan Jadi AHLI RCC - Assalamualaikum.. :) Senyum tanda bersyukur kerana akhiranya pada hari ini diberikan peluang untuk meneruskan penulisan disini. Terlalu banyak perkara be...9 years ago
-
Nabi Idris a.s - Nabi Idris adalah keturunan keenam daripada nabi Adam. Nama baginda ialah Idris bin Mahlail bin Qinan bin Anusy bin Syits bin Adam dan nama sebenarnya ia...11 years ago
-
Akibat Buruk Sangka. - *Akibat Buruk Sangka* Cerita kucing nie lagi sedih tau. Bacalah dengan penuh penghayatan. Emm..ana pun menangis bace cerita nie..huhu :( Malam itu huj...11 years ago
-
Kebenaran Islam Mengenai Kucing - Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing. ...11 years ago
-
Sehari bersamanya.. - *ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ* *Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam,selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta atas keluarga da...12 years ago
-
USIA OH USIA.... - *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته* Sekiranya ajal tiba, usia kita tidak mungkin akan di TOPUP oleh ALLAH SWT walau menitis air mata darah sekalipun. Ini je...12 years ago
-
Allah Maha Menyayangi .. - Cara Allah Menyayangi Hamba-Nya ( Yang Tidak Difahami Banyak Orang ) *Semuga Artikel ini memberikan manafaat kepada diri ku dan para pembaca sekalian .. a...12 years ago
-
Ayyuhal Walad dan aku. - Malam ni ada majlis khatam kitab Ayyuhal Walad. Sungguh aku rasa majlis yang "not doing it justice" orang putih kata. Maksud aku,ia boleh jadi lebih grand ...12 years ago
-
Dahsyatnya Tenaga DOA - Doa merupakan kekuatan dan tenaga yang tiada taranya kerana ia berhubung dengan Zat Yang Maha Kuasa. Doa bagi seorang mukmin adalah senjata (wasilah) ker...12 years ago
-
Manusia di Akhir Zaman - Di akhir zaman:Islam hanya tinggal nama ALANGKAH bahagianya jika kita ditakdirkan lahir dan berada pada zaman kegemilangan Islam bersama dengan Rasululla...13 years ago
-
-
-
No comments:
Post a Comment