“Rajab” menurut ahli bahasa bererti keagungan. Dinamakan “bulan Rejab” kerana orang-orang Arab pada Zaman Jahiliah begitu memuliakan bulan ini. Para penjaga pintu Kaabah membuka pintu Kaabah selama sebulan sedangkan pada bulan lain Kaabah hanya dibuka pada setiap hari Isnin dan Khamis. Mereka berkata bahawa bulan Rejab adalah bulan Allah s.w.t. Kaabah adalah rumah Allah s.w.t, manakala manusia itu adalah hamba Allah s.w.t. Oleh sebab itu tidak ada larangan atau halangan bagi seseorang hamba Allah itu masuk rumah Allah dalam bulan Allah.
Allah s.w.t mencipta satu tahun itu mengandungi dua belas bulan. Daripada jumlah tersebut empat bulan dinamai Bulan Haram iaitu tiga bulan berturut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam) manakala bulan Rejab pula adalah di antara bulan Rabiulakhir dan Sya’aban.
Allah s.w.t mencipta satu tahun itu mengandungi dua belas bulan. Daripada jumlah tersebut empat bulan dinamai Bulan Haram iaitu tiga bulan berturut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam) manakala bulan Rejab pula adalah di antara bulan Rabiulakhir dan Sya’aban.
Orang-orang Arab pada zaman Jahiliah juga membesarkan bulan puasa ini sebagai mempusakai warisan daripada Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Mereka mengharamkan peperangan dalam bulan-bulan tersebut.
Baginda Rasulullah s.a.w mengesa umat Islam agar memperbanyakkan berpuasa, menghidupkan malam Rejab dengan beribadah,bersembahyang dan sebagainya. Ganjaran bagi mereka yang berbuat demikian amatlah besar.
Diantara kelebihan orang yang menghidupkan malam Rejab dengan amalan ibadat ialah:
- Orang yang berkenaan akan terus beriman kepadaNya. Allah S.W.T pula akan melimpahkan kebajikan serta membersihkan dosa orang berkenaan. Ini jelas dalam sebuah hadis yang bermaksud;“Barang siapa menghidupkan malam pertama bulan Rejab (dengan ibadah) nescaya hatinya tidak akan mati, semasa hati orang lain mati. Allah S.W.T melimpahkan kebajikan daripada atas kepalanya dan bersihkan daripada dosa-dosanya seperti pada hari ibunya melahirkannya. Dia akan memberi pertolongan tujuh puluh ribu orang yang berdosa, yang seharusnya masuk neraka”.
- Allah S.W.T juga menjanjikan keselamatan diri dan keluarga orang yang beribadah dengan melakukan sembahyang pada bulan ini daripada bala dunia dan azab akhirat. Keterangan ini dijelaskan dalam sebuah hadis dari Anas Bin Malik yang bermaksud; “ Barang siapa bersembahyang selepas magrib pada bulan Rejab dua puluh rakaat, dengan membaca pada tiap rakaat Fatihatul Kitab dan surah Al-Ikhlas dan memberi salam dengan sepuluh salam, nescaya Allah Ta’ala memelihara akan dia, anggota keluarga dan orang yang menjadi tanggungannya daripada bala dunia dan azab akhirat”.
- Selain dijauhkan daripada bencana dunia, amalan puasa yang dilakukan pada bulan ini juga akan dibalas oleh Allah S.W.T dengan memlihara orang yang berkenaan daripada sakit-sakit tertentu seperti yang disebutkan dalam hadis.Sabda Rasulullah yang bermaksud;"Ketahuilah sesungguhnya bulan Rejab itu bulan Allah yang tertutup. Barang siapa berpuasa padanya satu hari dengan penuh keyakinan dan ikhlas pasti mendapat keredaan yang besar dari Allah, dan barang siapa berpuasa dua hari, para penghuni langit dan bumi tidak akan memberinya penilaian, dia mendapat kemuliaan di sisi Allah. Barang siapa berpuasa tiga hari, ia akan diselamatkan daripada bahaya bencana dunia dan azab akhirat, penyakit gila, pepra, sopak, juga dari fitnah dajal. Barang siapa berpuasa tujuh hari, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka jahannam. Barang siapa puasa lapan hari, dibuka baginya lapan pintu syurga. Barang siapa puasa sepuluh hari ia tidak meminta dari Allah sesuatu melainkan dikabulkan, dan barangsiapa berpuasa lima belas hari Allah Ta’ala akan mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu dan menggantikan kejahatan itu dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah(hari puasa) maka Allah akan menambah balasannya".
- Allah S.W.T menyediakan balasn nikmat yang khusus bagi mereka yang berselawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w pada bulan Rejab. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; “ Pada malam Mikraj saya melihat sebatang sungai, airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada salji dan lebih harum daripada minyak misk. Saya telah bertanya kepada Jibril: Untuk siapa(sungai) ini? Ia menjawab: Bagi orang yang berselawat ke atasmu pada bulan Rejab". Rasulullah s.a.w juga menamakan bulan Rejab ini sebagai “bulan tuli”, kerana malaikat Kiraman Katibin akan hanya mencatat segala kebaikan dan tidak mencatat segala kejahatan pada bulan itu.Kemulian bulan Rejab juga dijelaskan oleh sebuah hadis yang menyatakan bahawa bulan Rejab adalah bulan Allah: "Sesungguhnya Rejab itu adalah bulan Allah, Sya'aban itu bulanku dan Ramadan itu bulan umatku".
- Setiap orang akan berasa lapar pada hari kiamat kelak, kecuali nabi-nabi dan keluarganya dan juga orang yang berpuasa di bulan Rejab,Sya'aban dan Ramadan. Sayyidatina Aishah ada berkata, mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada besabda yang bermaksud : "Semua manusia dalam keadaan lapar pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'aban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang tidak lapar dan tidak haus".
- Mereka yang menghidupkan Rejab dengan beribadah akan mendapat balasan di akhirat kelak. Cahaya Rejab kelihatan pada mereka yang berbuat demikian menyebabkan mereka dapat dikenali. Mereka juga dapat melintas sirata l-mustaqim seumpama laluan kilat. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila datang hari kiamat, maka ada suara memanggil: Dimana para ahli Rejab? Maka terpancarlah sinar, diikuti oleh Jibril dan Mikail a.s. Cahaya itu yang diikuti oleh para ahli Rejab. Kemudian mereka semua lalu di atas sirat 'l-mustaqim seperti kilat yang menyambar. Kemudian mereka semua sujud bersyukur kepada Allah Ta'ala kerana dapat melintasi sirat tadi. Allah Ta'ala berkata: Wahai ahli Rejab, angkatlah kepala kamu semua, kamu telah sempurnakan sujud di dunia pada bulanKu, lalu mereka pergilah ke tempat masing-masing".Baginda Rasulullah s.a.w menggesa umatnya agar memperbanyakkan taubat serta menjauhkan maksiat, disamping melakukan ibadah yang disebut di atas tadi pada bulan tersebut. Baginda bersabda yang bermaksud: "Bertaubatlah kamu kepada Tuhan kamu, dan minta ampunlah daripada segala dosa dan jauhilah maksiat, pada bulan haram iaitu bulan Rejab.
- Barangsiapa yang ingin keringanan ketika menghadapi sakaratulmaut, terpelihara daripada godaaan iblis dan syaitan ketika menghadapi maut, ia hendaklah menghormati bulan-bulan haram yang termasuk di dalamnya bulan Rejab. Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud: "Andai kamu semua hendaklah keringanan pada saat kematian daripada dahaga dan keluar bersama iman, juga tersselamat daripada tipu daya syaitan, maka hormatilah bulan-bulan ini semuanya dengan memperbanyak puasa dan menyesali terhadap perkara yang telah lalu daripada dosa-dosa dan ingatlah selalu kepada Allah S.W.T yang mencipta, nescaya kamu masuk syurga Tuhan kamu dengan sejahtera".
Petikkan buku "TAQARRUB" Amalan Menghampirkan Diri Pada Illahi.
Oleh Dr.Amran Kasimin
1991
Dengarkan juga disini.Al-Daurah (Y.Bhg. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri)
http://www.ikimfm.my/ikimfm/index.php?option=com_content&view=article&id=55
No comments:
Post a Comment