Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh
Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’)
yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan
kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah
seperti berikut:
1. Surah at-Taubah: 14:
Perangilah mereka, nescaya Allah akan
menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah
akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta
melegakan hati orang-orang yang beriman.
2. Surah Yunus: 57:
Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
3. Surah an-Nahl: 69:
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
4. Surah al-Isra’: 82:
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
5. Surah asy-Syu’ara’: 80:
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,
6. Surah Fussilat: 44:
Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu
bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa
tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa
asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu
adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang
yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran
itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang
dipanggil dari tempat yang jauh".
[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.
Ketaatan Kepada Perintah Rasulullah dalam Penjagaan Kesihatan
Allah s.w.t. menyuruh setiap hambaNya agar mentaati Rasulullah saw, seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Hasyr:7).
Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota Maka adalah untuk Allah, untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang Kaya saja di antara kamu. apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat keras hukumannya.
Mengenai hal-hal yang berkaitan dengan
rawatan, Rasulullah saw. ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan
madu dan al-Quran.
Baginda bersabda:
Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan al-Quran- Riwayat Ibnu Majah.
Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam sunannya, Rasulullah saw. ada bersabda:
Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan
menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu
semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram.
Hadis ini diperkuatkan dengan hadis-hadis lain, di antaranya hadis yang berbunyi:
Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.
Al-Quran mengandungi pelbagai pengajaran dan maklumat
penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, memelihara kesihatan jasad
juga roh. Dalam surah al-Maa-idah: 6:
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu
hendak mengerjakan shalat, Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai
dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan
kedua mata kaki, dan jika kamu junub Maka mandilah, dan jika kamu
sakit[*2] atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air
(kakus) atau menyentuh[*3] perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air,
Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan
tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi
Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu,
supaya kamu bersyukur.
[*2] Maksudnya: sakit yang tidak boleh kena air.
[*3] Artinya: menyentuh. menurut jumhur Ialah: menyentuh sedang sebagian mufassirin Ialah: menyetubuhi.
[*3] Artinya: menyentuh. menurut jumhur Ialah: menyentuh sedang sebagian mufassirin Ialah: menyetubuhi.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyuruh orang
yang beriman yang hendak mendirikan sembahyang agar membasuh muka dan
tangan hingga ke siku, menyapu rambut dan kedua belah kaki hingga ke
buku lali. Sesungguhnya wuduk yang dilakukan itu berupaya memelihara
jasad, menjaga kulit daripada objek najis yang terdapat padanya.
Membersihkan tanah, debu, kotoran-kotoran dan kuman yang mengotorkan
tangan. Begitu juga dengan amalan berkumur-kumur dan memasukkan air ke
dalam hidung, bersiwak untuk memelihara gigi dan alat penghadam
makanan,
Allah s.w.t. juga menyuruh orang yang berjunub
agar membersihkan diri (al-Maa-idah: 6) untuk membersihkan seluruh
jasad, mengembalikan kecerdasan tubuh, memulihkan semula edaran darah
juga mencergaskan fungsi sendi otot dan urat saraf.
Di samping membersihkan anggota zahir,
sembahyang merupakan tuntutan menyucikan batin. Mengelakkan diri
daripada melakukan dosa-dosa kecil yang berpanjangan juga kemungkaran
dosa-dosa besar. Akan lahir daripada ibadah tersebut semulia-mulia
akhlak dalam diri. Dengan sembahyang jiwa menjadi tenang. Ketenangan
merupakan asas kesejahteraan individu.
Allah s.w.t. mewajibkan setiap orang agar
berpuasa untuk melahirkan rasa takwa. Berpuasa secara tidak langsung
memberi kerehatan pada seluruh organ penghadaman, menyebabkan puasa
sekarang ini merupakan satu kaedah terbaru, yang diterima umum untuk
mengubat penyakit dalam perut, radang paru-paru, sakit sendi juga
lain-lain penyakit serius.
Untuk memelihara kesihatan, Islam menegah
seseorang memakan makanan yang memberi mudarat seperti bangkai, babi
dan sebagainya, juga melarang zina kerana ia merosakkan diri dan
masyarakat. Rasulullah saw. juga memberi amaran agar jangan memasukkan
makanan ke dalam makanan (menambah makanan sebelum makanan di mulut
hancur terkunyah), memberi amaran tentang bahaya taun dan kusta dan
menggesa orang yang sakit agar berubat. Baginda juga menegah seseorang
membuang air kecil di air yang berlari.
Mengambil makanan ketika perlu merupakan satu
faktor utama kesihatan yang berterusan. Selain daripada mendatangkan
mudarat, amalan menelan makanan sebelum hadam, melakukan pergerakan
yang banyak selepas makan juga tidak baik.
Baginda saw. juga menyuruh agar setiap makanan
dan minuman ditutup dengan menyebut nama Allah, agar tidak jatuh
padanya binatang yang beracun, yang boleh membunuh pemakan atau
peminumnya.
Allah s.w.t. menegah seseorang makan atau minum berlebihan (A1-A’raaf: 31),
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang
indah di Setiap (memasuki) mesjid[*4], Makan dan minumlah, dan janganlah
berlebih-lebihan[*5]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang berlebih-lebihan.
[*4] Maksudnya: tiap-tiap akan mengerjakan sembahyang atau thawaf keliling ka'bah atau ibadat-ibadat yang lain.
[*5] Maksudnya: janganlah melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh dan jangan pula melampaui batas-batas makanan yang dihalalkan.
[*5] Maksudnya: janganlah melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh dan jangan pula melampaui batas-batas makanan yang dihalalkan.
Al-Ustaz Marzuq (1989: 28) menjelaskan bahawa
sekiranya seseorang itu ingin hidup terhindar daripada penyakit, mereka
hendaklah makan dalam keadaan sederhana, Punca penyakit ialah makanan
yang berlebihan.
Sayidina Umar ada berkata:
Jauhilah makan berlebihan, sesungguhnya ia
penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang,
dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad,
dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan
orang alim yang gemuk — Riwayat Abu Naim.
Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda:
Orang mukmin makan dalam satu perut, walhal orang kafir makan dalam tujuh perut — Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Hadis yang mulia ini mengandungi rahsia
kesihatan yang besar. Orang yang sedikit makan, sedikit minumnya. Orang
yang sedikit minumnya, kurang tidurnya. Daripada orang yang kurang
tidur akan lahir keberkatan pada umurnya. Sebaliknya orang yang penuh
perutnya, banyak minumnya, menyebabkannya banyak tidur. Orang yang
banyak tidur kurang keberkatan umurnya.
Orang yang mengambil makanan berpatutan
sejahtera alat penghadaman tubuhnya. Menyebabkan tubuh dan hatinya
dalam keadaan baik. Sebaliknya orang yang banyak makan alat
penghadamannya akan lemah, penat bekerja dan berkemungkinan akan rosak,
menyebabkan rosak seluruh jasad, keras hatinya, pendengarannya lambat
menerima hakikat, menyebabkan seluruh pancainderanya sukar tunduk taat
kepada perintah Allah, untuk patuh melakukan sesuatu yang baik.
No comments:
Post a Comment