DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)
Oleh: Ismail bin Abu Bakar
Ada
satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan
dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda
Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
Rasulullah
s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali
di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah
kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari
tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan
itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan
terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya
yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan
Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak”
kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk
meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang
berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa
ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan
samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang
telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau
untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko
seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang,
bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah
doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi
kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang
mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan
tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan
seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak,
gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang
menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan
diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa
ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya
bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan
tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan
bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh
terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu
diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada
kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang
boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya.
Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak
boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa
ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan
dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi
bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk
jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan
untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam
masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah
berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan
yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan
agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah
apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca
doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum
tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan
belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka
yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan
ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat
bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh
terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk
tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir
adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan
sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya
ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga
yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak
sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman
penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan.
Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah
makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam
peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum
di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai
ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman
tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat
sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah
makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga
sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur
bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan
sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut
sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan
merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila
kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut
makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam
hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka
kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita
beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik,
manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang
penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan
di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam
rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka
mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis
tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah
doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke
dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas,
Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan
itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.
*Petikan dari -http://www.darussyifa.org
No comments:
Post a Comment