07 June 2013

Nisfu Syaaban




عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ” – رواه ابن ماجه .

Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”

-Riwayat Ibnu Majah.




عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ ” – رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”

-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.



عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : “فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ” – رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : “Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb.”

-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.


Kupasan Nisfu Sya'aban



10 May 2013

Cinta dan Benci keranaNya-Nasihat Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

"Jika di dalam hati kamu semua terdapat rasa benci atau rasa suka kepada seseorang, lihatlah sikap kamu semua itu dengan al-Quran dan sunnah. Jika Al-Quran dan sunnah menilai perbuatan orang itu tercela dan kamu semua pun membencinya, berbahagialah kamu semua kerana telah sesuai dengan kehendak Allah dan RasululNya. Jika Al-Quran dan sunnah menilai perbuatan orang itu terpuji tetapi kamu semua membencinya, ketahuilah bahwa kamu semua seperti itu, kamu semua zalim kepadanya, melakukan maksiat kepada Allah dan RasulNya, serta menentang keduanya. Bertaubatlah kepada Allah. Mohonlah cinta dariNya dan dari para hambanNya yang soleh agar kamu semua dapat melakukan sesuatu perbuatan itu sesuai  dengan perintahNya. Demikian juga ketika kamu semua melihat perbuatan terpuji seseorang. Lihatlah perbuatan itu benar menurut keduanya (Al-Quran dan sunnah), cintailah orang itu. Namun, jika perbuatan itu tercela menurut keduanya, bencilah dia  agar kamu semua tidak benci dan tidak cinta pada hawa nafsu, kerana kamu semua diperintahkan untuk memerangi nafsu. Allah S.W.T berfirman:

يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ
"Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu".
(Surah Saad:26)


Petikkan dari buku
Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Terbitan Al-Hidayah (2011)
http://www.hidayah.com.my/site/

08 May 2013

Memelihara waktu(masa)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Dua nikmat yang kebanyakkan manusia rugi(kecewa) dalam menerima keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang".
Hadis Riwayat Imam al-Bukhari 6412, Ahmad (Musnadnya 1/344, al-Tirmizi dalam al-Zuhud 2304, Ibn Majah dalam al-Zuhud 4170 dan al- Baihaqi dalam al-Sunan 3/370.




Manusia Terbahagi 4-Nasihat Syeikh Abdul Qadir al-Jailani


  1. Orang yang tidak mempunyai lisan dan tidak mempunyai hati. Dia melakukan maksiat,bodoh dan mengaibkan Allah. Orang seperti ini tidak ada baiknya. Mereka adalah manusia terburuk, kecuali Allah melimpahkan rahmatNya kepada mereka, memberi hati mereka petunjuk iman dan menggerakkan anggota tubuh mereka agar taat kepadaNya. Hati-hatilah, jangan sehingga kamu termasuk diantara mereka dan jangan sehingga kamu termasuk diantara mereka dan jangan bergaul dengan mereka. Mereka adalah orang yang mendapat azab Allah dan menjadi penghuni neraka. Kita berlindung kepada Allah s.w.t dari mereka. Lain pula jika kamu adalah ulama yang mengenali Allah dan pengajar kebaikan, pergi dan ajaklah mereka agar taat kepada Allah.

Ada baik dibaca juga.....