08 May 2013

Memelihara waktu(masa)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Dua nikmat yang kebanyakkan manusia rugi(kecewa) dalam menerima keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang".
Hadis Riwayat Imam al-Bukhari 6412, Ahmad (Musnadnya 1/344, al-Tirmizi dalam al-Zuhud 2304, Ibn Majah dalam al-Zuhud 4170 dan al- Baihaqi dalam al-Sunan 3/370.






Berkata Syeikh Abdullah Ba'lawi: 
"Akan diperhatikan kepada setiap manusia di akhirat nanti semua hari dan malamnya dalam bentuk almari. Setiap hari dan malam terdapat dua puluh empat almari sesuai dengan jumlah hitungan hari dan malam itu. Manusia itu akan melihat sendiri setiap jam yang digunakan untuk mengerjakan ketaatan kepada Allah S.W.T, nampaklah almari itu penuh cahaya, sedang setiap jam yang digunakan untuk bermaksiat kepada Allah S.W.T nampaklah almari itu dalam keadaan gelap gelita".

"Seterusnya jikalau ia mendapati almarinya sendiri itu berisi kegelapan yang hitam pekat, maka sekiranya ia dibenarkan memilih untuk mati, nescaya ia akan rela mati serta-merta ketika melihatnya. Namun tiada kematian lagi di alam akhirat. Jesteru, seseorang yang selalu mengerjakan ketaatan kepada Allah S.W.T sudah tentu amat gembira, malahan terus bertambah-tambahlah kegembiraan dan sukacitanya itu sepanjang masa (atau lebih gembira lagi sekiranya dapat menambahkan lagi amal solehnya). Sebaliknya manusia sentiasa berbuat maksiat kepada Allah S.W.T, maka itulah manusia yang benar-benar dukacita serta merasa takut, malahan kesedihan dan dukacitanya itu makin bertambah, tanpa ada penghabisannya sama sekali". 

Ibn Kathir berkata: "Setiap yang cuai akan rugi ketika hampir meninggal dan memohon supaya dipanjangkan umur untuk menebus masa kecuaiannya sedangkan ia amat jauh untuk diperkenankan".


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Beramallah untuk duniamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu mati esok hari".
(Riwayat Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq)

Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Rebutlah lima peluang sebelum datannya lima : Hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu,waktu lapangmu sebelum waktu sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum fakirmu".
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)


No comments:

Ada baik dibaca juga.....