08 May 2013

Manusia Terbahagi 4-Nasihat Syeikh Abdul Qadir al-Jailani


  1. Orang yang tidak mempunyai lisan dan tidak mempunyai hati. Dia melakukan maksiat,bodoh dan mengaibkan Allah. Orang seperti ini tidak ada baiknya. Mereka adalah manusia terburuk, kecuali Allah melimpahkan rahmatNya kepada mereka, memberi hati mereka petunjuk iman dan menggerakkan anggota tubuh mereka agar taat kepadaNya. Hati-hatilah, jangan sehingga kamu termasuk diantara mereka dan jangan sehingga kamu termasuk diantara mereka dan jangan bergaul dengan mereka. Mereka adalah orang yang mendapat azab Allah dan menjadi penghuni neraka. Kita berlindung kepada Allah s.w.t dari mereka. Lain pula jika kamu adalah ulama yang mengenali Allah dan pengajar kebaikan, pergi dan ajaklah mereka agar taat kepada Allah.
  2. Orang yang mempunyai lisan tetapi tidak mempunyai hati. Dia biasa menasihati orang lain, tetapi perbuatannya sendiri tidak pernah sesuai dengan nasihatnya. Dia mengajak orang lain ke jalan Allah, tetapi dia sendiri jelas lari dari jalan Allah. Dia mencela aib orang lain padahal aib itu ada pada dirinya sendiri. Dia memperlihatkan ibadah kepada orang lain, tetapi dia menentang Allah dengan melakukan dosa besar apabila tidak ada orang lain. Dia tidak ubahnya seperti seekor serigala berbulu biri-biri. Orang seperti inilah yang dibimbangkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya: "Yang paling ku khuatirkan atas umatku adalah orang munafik yang pandai memutar belit." Kita memohon perlindungan Allah dari orang seperti itu. Jauhilah darinya agar dia tidak menghampiri dengan putar belit lidahnya.
  3. Orang yang mempunyai hati dan mempunyai lisan. Dia mukmin. Orang seperti ini sentiasa dilindungi Allah S.W.T dari kejahatan makhlukNya,ditunjukkan ke jalan yang benar, diperlihatkan cela dirinya, disinari hatinya dengan cahayaNya dan di beritahu akibat buruk. Dialah wali Allah yang memiliki setiap kebaikan. Berkawanlah dengan orang seperti ini.
  4. Orang yang di panggil dalam kerajaan Allah dengan panggilan agung. Rasulullah s.a.w bersabda:"Orang yang belajar dan mengajar dicatat di kerajaan langit sebagai manusia agung. Dia adalah hamba terpilih yang mengenali Allah berserta ayat-ayatNya.Itulah tujuan tertinggi anak Adam(manusia). Tidak ada lagi tahap yang tertinggi kecuali kenabian. Oleh kerana itu, berusahalah sedemikian dan hati-hati jangan sehingga kamu memusuhi orang seperti ini. 

Aku telah menyatakan kategori jenis manusia. Perhatikan dirimu jika benar-benar ingin tahu siapa kamu dan berhati-hatilah membawa diri jika benar-benar ingin menjadi orang yang berhati-hati. Semoga Allah memberi kita hidayah akan apa yang dicintai dan diredhaiNya.






Petikkan dari buku
Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Terbitan Al-Hidayah (2011)
http://www.hidayah.com.my/site/

No comments:

Ada baik dibaca juga.....