Orang Mukmin Akan Menjauhkan Diri
Dengan Perkara Bid'ah Dan Beramal Dengan Sunah Nabi SAW
Bismillahirrahmanirrahim.Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang
istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita sering mendengar perkataan
bid'ah yang terdapat di dalam hadis-hadis sahih daripada Nabi SAW. Terdapat
banyak tafsiran mengenai erti bid'ah. Ada pendapat yang yang terlalu ekstrim
yang menghukumkan semua perkara baru yang tidak dilaksanakan oleh Nabi SAW
adalah bid'ah yang sesat tanpa merujuk kepada kaedah usul fiqh yang terdapat
dalam ajaran Islam sendiri. Hingga menyebabkan kekeliruan dan timbul perpecahan
dan perselisihan pendapat yang menimbulkan ketegangan dikalangan umat Islam.
Ada beberapa pendekatan yang
dilakukan oleh para ulama dalam mendefinisikan bid’ah. Perbedaan cara
pendekatan para ulama disebabkan, apakah kata bid’ah selalu merujuk dengan
kesesatan, atau bergantung kepada sesuatu keadaan dalam ajaran Islam?
Hal ini disebabkan erti bid’ah
secara bahasa adalah :
"Sesuatu yang asing, tidak dikenal pada zaman
Rasulullah SAW."
Sehingga pengertian bid’ah
yang sesat yang dimaksudkan adalah: "Segala bentuk perbuatan atau
keyakinan yang bukan dari ajaran Islam, dikesankan seolah-olah sebahagian dari
ajaran Islam, seperti Ajaran Qadiyani, kaum Mu’tazilah, Qodariyah, Syi’ah,
Golongan anti hadis, NGO Wanita (yang mempertikaikan poligami dan harta pusaka
menurut Islam), termasuk pula kumpulan Islam Liberal dan lain-lain."
Imam ‘Izzuddin bin ‘Abdus Salam
sebagaimana disebutkan dalam kitab Tuhfatul akhwadzi juz 7 hal 34 menyatakan:
“Apabila pengertian bid’ah ditinjau dari segi bahasa, maka terbagi menjadi lima
hukum :Haram, seperti keyakinan kaum Qodariyah, Mu’tazilah, Syi'ah dan Qadiyani
dan lain-lain.
Makruh, seperti membuat
hiasan-hiasan dalam masjid.
Wajib, seperti belajar ilmu nahu
bahasa arab dan tajwid
Sunnah, seperti membangun sekolah
agama, maahad tahfiz atau madrasah.
Harus, seperti bersalaman setelah
solat.
Menurut Imam ‘Izzuddin, “Segala
kegiatan keagamaan yang tidak terdapat pada zaman Rasulullah SAW, hukumnya
bergantung pada salah satu kaidah hukum Islam iaitu haram, makruh, wajib,
sunnah, atau harus. Sebagai contoh, belajar ilmu nahu (bahasa arab) untuk
memahami ilmu syariat Islam yang wajib, maka hukum belajar ilmu nahu (bahasa
arab) menjadi wajib.”.
(Risalatu Ahli as-Sunnah wa al-Jama’ah hal. 6-8.)
Sahabat yang dimuliakan,
Penjelasan tentang bid’ah boleh
kita ketahui dari dalil-dalil berikut :
Hadis riwayat Sayyidatina Aisyah
:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ. رواه مسلم
“Dari ‘Aisyah r.ha, dia berkata :
"Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang
melakukan suatu perbuatan yang tiada perintah kami atasnya, maka amal itu
ditolak”
(Hadis Sahih Riwayat Muslim).
Hadis ini sering dijadikan dalil
untuk melarang semua bentuk perbuatan yang tidak pernah dilaksanakan pada masa
Nabi SAW. Padahal maksud yang sebenarnya bukanlah seperti itu.
Para ulama menyatakan bahawa
hadis ini sebagai larangan dalam membuat-buat hukum baru yang tidak pernah
dijelaskan dalam al-Quran ataupun hadis, baik secara jelas atau isyarat,
samada dalam bentuk ibadah khusus atau hukum- hakam yang mencakupi hukum hudud,
qisas dan diyat.
Oleh kerana itu, ulama membuat
beberapa kriteria dalam permasalahan bid’ah ini, iaitu :
Pertama, jika perbuatan itu
memiliki dasar dalil-dalil syar’i yang kuat, baik yang berbentuk juz’i (cabang)
atau umum, maka bukan tergolong bid’ah. Namun jika tidak ada dalil yang dapat
dibuat sandaran, maka itulah bid’ah yang dilarang.
Kedua, memperhatikan pada ajaran
ulama salaf (ulama pada abad l, ll dan lll Hijrah.) dan juga ulama
mazhab. Apabila sudah diajarkan oleh mereka, atau memiliki landasan yang
kuat mengikut kaedah Islam yang mereka buat, maka perbuatan itu bukan tergolong
bid’ah.
Ketiga, dengan jalan qiyas.
Yakni, mengukur perbuatan tersebut dengan beberapa amaliyah yang telah ada
hukumnya dari nash al-Quran dan hadis. Apabila perbuatan tersebut haram, maka
perbuatan baru itu tergolong bid’ah muharromah (bid'ah haram) . Apabila
memiliki mirip dengan yang wajib, maka perbuatan baru itu tergolong wajib. Dan
begitu seterusnya samaada sunat atau makruh. (Risalatu Ahli as-Sunnah wa
al-Jama’ah hal.6-7.)
2. Hadis riwayat Ibn Mas’ud :
عَنْ عَبْدِ اللهِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ, أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَلاَ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ شَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ. رواه ابن ماجه
“Dari ‘Abdullah bin Mas’ud.
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “ Ingatlah, berhati-hatilah
kalian, jangan sampai membuat hal-hal baru. Kerana perkara yang paling buruk
adalah membuat hal baru . dan setiap perbuatan yang baru itu adalah bid’ah. Dan
semua bid’ah itu sesat (dolalah).”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah) .
Hadis inipun sering dijadikan
dasar dalam memjelaskan erti bid’ah segala perkara baru yang tidak ada pada
zaman Rasulullah SAW, para sahabat atau tabi’in dengan pertimbangan bahawa
hadis ini menggunakan kalimat kullu (semua), yang secara lahiriahnya seolah-olah
diertikan semuanya atau seluruhnya.
Namun, dalam memahami makna hadis
ini, khususnya pada kalimat وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ, terdapat perbedaan
pandangan pandangan di kalangan ulama.
Pertama, ulama memandang hadis
ini adalah kalimat umum namun dikhususkan hanya pada sebagian saja (عام مخصوص البعض ), sehingga makna
dari hadis ini adalah “bid’ah yang buruk itu sesat” .
Hal ini didasarkan pada kalimat
kullu, kerana pada hakikatnya tidak semua kullu bermaksud seluruh atau semua,
adakalanya ianya bermaksud kebanyakan (sebagian besar). Sebagaimana
contoh-contoh berikut :
Firman Allah SWT dalam surah
al-Anbiya’ ayat 30 :
وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
“Dan dari air kami jadikan segala
sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” (Surah
al-Anbiya’ ayat 30) .
Meskipun ayat ini menggunakan
kalimat kullu, namun tidak berarti semua makhluk hidup diciptakan dari air.
Sebagaimana disebutkan dalam ayat al-Qur’an berikut ini:
وَخَلَقَ الْجَانَّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ
“Dan Allah SWT menciptakan Jin
dari percikan api yang menyala”.
(Surah ar-Rahman ayat 15.)
Begitu juga para malaikat,
tidaklah Allah ciptakan dari air.
Hadis riwayat Imam Ahmad :
عَنِ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ
Dari al-Asyari berkata: “
Rasulullah SAW bersabda: “ setiap mata berzina” (musnad Imam Ahmad)
Sekalipun hadis di atas menggunakan
kata kullu, namun bukan bermakna keseluruhan/semua, akan tetapi bermakna
sebagian, iaitu mata yang melihat kepada ajnabiyah (bukan mahram).
Kedua, ulama menetapkan sifat
umum dalam kalimat kullu, namun mengarahkan pengertian bid’ah secara syar’iyah
iaitu perkara baru yang tidak didapatkan di masa Rasulullah SAW, dan tidak ada
sandarannya sama sekali dalam usul hukum syariat.
Telah kita ketahui bahwa perkara
yang bertentangan dengan syariat baik secara umum atau isi yang terkandung di
dalamnya, maka haram dan sesat. Dengan demikian, makna hadis di atas adalah
setiap perkara baru yang bertentangan dengan syariat adalah sesat, bukan
bererti semua perkara baru adalah sesat walaupun tidak bertentangan dengan
syai’at.
Oleh karena itu, jelas sekali
bahwa bukan semua yang tidak dilakukan di zaman Nabi adalah sesat. Terbukti,
para sahabat juga melaksanakan atau mengadakan perbuatan yang tidak ada pada
masa Rasulullah SAW. Misalnya, usaha menghimpun dan membukukan al-Quran,
menyatukan jamaah tarawih di masjid, azan Jumaat dua kali dan lain-lain.
Sehingga, apabila kalimat kullu
di atas diertikan keseluruhan, yang bermaksud semua hal-hal yang baru tersebut
sesat dan dosa. Ini bermakna para sahabat telah melakukan kesesatan dan
perbuatan dosa secara bersama.Padahal, sejarah telah
membuktikan bahawa mereka adalah orang-orang pilihan yang tidak diragukan lagi
keimanan dan ketakwaannya. Bahkan diantara mereka sudah dijamin sebagai
penghuni syurga.
Oleh kerana itu, sungguh tidak
dapat diterima akal, kalau para sahabat Nabi SAW yang begitu agung dan begitu
luas pengetahuannya tentang al-Quran dan hadis tidak mengetahuinya,
apalagi tidak mengindahkan larangan Rasulullah SAW. (Mawsu’ah Yusufiyyah juz ll
hal 488.)
Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu dapatlah kita simpulkan
bahawa bid'ah yang sesat (dolalah) adalah seperti berikut :
1. Mengambil dan menggantikan
hukum-hukum Allah SWT kepada hukum ciptaan manusia. (samaada hukum qisas,
hudud dan diyat). Salah satu contoh bid'ah sesat adalah membuat tuduhan
seseorang berzina dengan tidak membawa 4 orang saksi yang adil dan menggantikan
dengan sumpat laknat. Sumpah laknat dalam ajaran Islam (bab tuduhan zina) hanya
berlaku diantara suami dan isteri sahaja di panggil sumpah li'an.
Dalil Sumpah Li'an, firman Allah
SWT maksudnya : "Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina,
sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya
dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh
itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya
ia dari orang-orang yang benar; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia
berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang
yang dusta.
Dan bagi menghindarkan hukuman
seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama
Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari
orang-orang yang berdusta; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata);
Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang
benar. (Surah an-Nuur ayat 6-9)
2. Membawa ajaran sesat yang
didakwa daripada ajaran Islam seperti ajaran Qodariyah, Mu’tazilah, Syi'ah dan
Qadiyani atau pun kumpulan sesat lain seperti kumpulan anti hadis, kumpulan NGO
Wanita menentang poligami dan hukum faraid, kumpulan Islam Liberal dan
lain-lain. Salah satu contoh bid'ah sesat yang dibawa oleh ajaran Sy'iah
adalah menghalalkan nikah mut'ah (nikah kontrak) sedangkan nikah ini sudah
dimansuhkan hukumnya dan menyeksa diri semasa Hari Asyura.
3. Mengamalkan adat istiadat
jahiliah yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti tolak bala dengan mandi
safar, mempercayai nombor-nombor tertentu bawa sial atau bawa untung,
bersanding dalam majlis perkahwinan (adat hindu), mempercayai amalan-amalan
kurafat seperti membina bangunan di kuburan dan menabur bunga-bunga (seperti
agama Kristin), mempercayai roh orang mati boleh balik kerumah, bertawasul
dimakam orang alim dan bayar nazar dan lain-lain lagi.
Amalan-amalan berikut tidak
termasuk perkara bid'ah sesat (dolalah) :
1. Membukukan kitab suci al-Quran
dizaman Sayyidina Othman r.a
2. Solat sunat tarawih Ramadan
berjemaah semasa zaman Khalifah Umar al-Khattab sebanyak 20 rekaat.
3. Hukum hudud kerana minum arak
di sebat sebanyak 80 kali dizaman Sayyidina Umar. (40 hukum asal dan 40 lagi
hukum takzir)
4. Mengadakan majlis Maal Hijrah
dan Maulidur Rasul. (Sambutan Maulidur Rasul dimulakan dizaman Sallehuddin
al-Ayubi)
5. Berzikir dan berdoa secara
beramai-ramai selepas solat fardu.
6. Menghadiahkan bacaan al-Quran
dan berdoa untuk orang yang sudah meninggal dunia.
Berlaku perbezaan pendapat di
kalangan para ulama tentang adakah sampai kepada mayat pahala bacaan Al-Quran
atau zikir kepadanya ataupun tidak. Majoriti mengatakan sampai pahala tersebut.
Ibnu Hajar Al-Haitami menjelaskan
di dalam Fatwa Kubranya (bab wasiat, jilid 4, m/s 20): “ Adapun berdoa untuk
disampaikan seumpama pahala kepada orang lain (simati) maka tiada mengapa
kerana ianya terdiri daripada perbuatan berdoa bagi saudara muslim tanpa
kehadirannya (tanpa pengetahuannya). Banyak hadis-hadis yang menunjukkan di
atas dimakbulkan doa ini (doa bagi saudara muslim tanpa pengetahuannya) dan
selainnya. Lebih-lebih lagi, tidak terdapat larangan padanya maka tiada ada
satupun alasan untuk menegahannya.”
7. Membaca talkin untuk simati
dan membuat kenduri tahlil untuk mendoakan simati
Ulama di Nusantara (Malaysia,
Indonesia, Thailand, Singapura dan Berunai) mengatakan perkara tersebut bukan
bid'ah sesat walaupun amalan tersebut tidak dilakukan oleh Nabi SAW. Terdapat
perselisihan ulama dalam perkara ini, yang dilarang adalah menetapkan
hari ke 7, 40 dan 100 untuk membuat kenduri tahil tersebut.(Majlis fatwa
kebangsaan tidak melarang amalan tersebut)
Oleh itu marilah sama-sama kita
beramal dengan sunah Rasulullah SAW dan meninggalkan perbuatan dan amalan
bid'ah yang sesat (dolalah). Kerana amalan yang sunnah jelas dan yang
haram (bid'ah) juga jelas di antara yang halal dan haram ada amalan-amalan yang
syubhah, sesiapa yang meninggalkan amalan yang syubhah bermakna dia menjaga
agamanya. Semoga kita dipelihara oleh Allah SWT menjadi hamba-hamba-Nya yang
beriman dan bertakwa.
Petikkan dari
http://abubasyer.blogspot.com/
Penjelasan mengenai bid'ah itu bukan Hukum
oleh Sheikh Nuruddin al-Banjari
No comments:
Post a Comment