Solat itu bukan sekadar yakin adanya Allah dan yakin pada Allah TETAPI yakin SEDANG bertemu dengan Allah. Seandainya masuk ke dalam keadaan “BERTEMU ALLAH” pasti solat kita akan benar. Di ketika berada dalam keadaan “BERTEMU ALLAH” ini, kita sedang berada dalam khusyuk, iaitu asyik dengan Allah.
Ketika waktu solat tiba, sedarilah bahawa kita ingin bertemu Allah. Jika sekadar sedar aku ingin solat, kita tidak berasa tujuan kita saat itu adalah untuk bertemu Allah. Seandainya sedar kita dalam tujuan bertemu Allah, pasti kita akan benar-benar bersedia untuk bertemu Allah. Kita akan mengambil wudhuk dengan benar kerana kita ingin bertemu Allah… Tuhan kita. Bukan kawan-kawan. Bukan mak ayah. Tapi Allah… TUHAN!!
Lalu ketika kita sedang berdiri, pasti kita benar akan mendirikan solat dalam sedar dan penuh dengan hormat kerana kita sedar kita sedang bertemu Allah.
Nanti pasti kita akan ucapkan puji-pujian dengan sepenuh jiwa yang tunduk pada Allah. Pasti ketika memohon, kita benar-benar sepenuh jiwa memohon pada Allah dalam kepasrahan.
Solat kita teratur dan tukmaninah kita bukan dibuat-buat. Tetapi tukmaninah kita asli wujud kerana kita berada dalam keadaan bertemu Allah.
SEDARI setiap kali mendirikan solat, sedar bahawa kita sedang BERTEMU Allah dan beradalah dalam keadaan bertemu Allah ini. Tuturkanlah dengan benar dan hormat kepada Allah yang sedang kita menghadap.
Di dalam solat, kita bukan membaca bacaan dalam solat.. tetapi kita memuji, mengagung, berjanji dan memohon pada Allah. Mengetahui makna adalah bertujuan untuk kita memahami apa yang kita puji.. apa yang kita agungkan.. apa yang kita janji.. apa yang kita pohon. Lalu pujilah… agunglah… berjanjilah… memohonlah pada Allah dengan sebenar-benarnya di dalam pertemuanmu dengan Tuhanmu Allah SWT.
Tuma’ninah dalam solat bukan di buat-buat seandainya kamu berada dalam keadaan “bertemu Allah”. Ketika kamu “sambung” (liqaun) dengan Allah di dalam pertemuanmu itu, kamu pasti menghormati Allah. Kamu pasti merasakan kebesaran Allah dan pujianmu akan Allah itu pujian yang benar dan ikhlas. Kamu pasti memohon dengan sungguh pada Allah. Kamu ‘asyik’ dengan Allah. Semuanya ini dikatakan… kamu berada dalam khusyuk.
Rukuklah dengan benar sehingga benar kamu BERASA hormat pada Allah. Lalu pujilah Allah dengan ikhlas atas rasa hormat kamu itu padaNya.
Ketika kamu iktidal, seharusnya kamu rasa dirimu itu tiada apa-apanya kerana segala puji hanyalah untuk Allah. Di ketika ini, kamu tunduk pada Yang Maha Kuasa.
Dirimu tidak tertahan… lalu tersungkur sujud menyembah Tuhan Yang Menciptakan.. Yang Mengaturkan hidupmu setiap saat.
Lalu di ketika sujud… kamu benar rasa dirimu tiada apa-apanya dan kamu benar-benar berserah pada Allah. Mulutmu akan sendiri memuji Allah… Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi dengan segala puji-pujian.
Kamu bukan membaca pujian itu… tetapi kamu benar MEMUJI Allah dari lubuk hatimu itu. Benar terasa tingginya Allah.
Ketika kamu duduk antara dua sujud (iftirasy) pastilah kamu berasa kehambaan dirimu dan ketuhanan Allah. Kamu akan memohon dengan satu persatu penuh harapan dan keyakinan pada Allah.
Di ketika dirimu sedar kamu terpaksa memohon kerana kamu ini hambaNya, kamu tidak tertahan lagi… lalu kamu tersungkur sujud sekali lagi.
oh! inilah keindahan solat… sebuah pertemuan dan jiwa sambung dengan Allah. Jiwa… dirimu kembali kepadaNya.
Kamu akan berasa tenang.. bahagia..
Benarlah kata Allah, hanya dekat dengan Allah jiwa menjadi tenang.
Allahurabbi… Allahuakbar… Allah… Allah….
Artikel : www.fuadlatip.com (Jiwa Positif Hidup Bertuhan)
No comments:
Post a Comment