08 March 2011

Menjaga Hati ( hati batin sebelum solat )


Sebelum mendirikan sembahyang sepatutnya seseorang telah mempunyai takzhim dan haibah akan mendorong hati batin agar khusuk kepada Allah sebelum mendirikan solat (sembahyang)Semasa mendirikan sembahyang, maka hati batin perlu menyertai dalam sembahyang tersebut (hilang dari dunia).
Dalam penyertaan itu disebut hudhurul qalb. Agar hati batin ikut serta dalam sembahyang adalah diperlukan tafahhum sembahyang timbullah harapan atau rajaq seperti janji Allah S.W.T. Disamping itu akan dihantui pula rasa malu atau hayaq pada hati batin.

Takzhim
Takzhim adalah Pengagungan dan Penghormatan. Takzhim kepada Allah S.W.T berbeza dengan takzhim sesama hamba Allah.Takzhim kepada Allah boleh wujud setelah memiliki pengetahuan khusus, iaitu berkaitan:
1.    Pengetahuan dan kesedaran tentang keagungan dan kebesaran Allah S.W.T dan pengetahuan ini termasuk di antara pokok-pokok iman. Seseorang  yang tidak percaya sepenuhnya akan keagungan Allah S.W.T tidak mungkin jiwanya akan bertakzhim kepada Allah S.W.T. 
2.    Memahami akan kehinaan dan keremehan diri (atau nafsu). Nafsu adalah budak yang terjajah dan dikendalikan atau dipengaruhi oleh unsur di luar dirinya sendiri.Kedua pengetahun tersebut akan menimbulkan kepasrahan (rasa menyerah), merasa rendah diri, akhirnya khusyuk kepada Allah S.W.T, perasaan Takhzim tidak dapat wujud dengan sempurna.

Haibah

Haibah adalah suatu sikap yang melebihi takzhim. Haibah adalah ketakutan yang bersumberkan atau berpunca dari takzhim. Jadi bukanlah sebarang ketakutan. Sebagai contoh ketakutan kepada ular yang berbisa atau ketakutan kepada kejahatan seseorang dan sebagainya tidak dinamakan haibah. Takut pada Allah S.W.T dinamakan Haibah.
Haibah adalah ketakutan yang timbul kerana adanya pengetahuan tentang kemampuan (kudrat) Allah S.W.T dan keperkasaanNya.
Seandainya Allah S.W.T menghancurkan seluruh orang terdahulu dan terkemudian, tentu tidak sedikit pun berkurang dari kerajaanNya, walau hanya sebesar habuk atau zarrah.
Haibah juga boleh muncul setelah mengkaji peristiwa-peristiwa yang terjadi atas diri para nabi dan wali Allah, Allah S.W.T telah menimpakan berbagai macam musibah dan bala atas mereka. Pada hal Allah S.W.T mempunyai kudrat (kemampuan) untuk menjauhkan musibah dan bala itu dari mereka.
Hudhurul Qalb

Penyertaan hati atau hudhurul qalb adalah tumpuan perhatian terhadap apa yang diucapkan atau dilakukan dan hati tidak merewang ke arah lain. Penuh kesedaran tentang apa diucapkan dan semua gerak yang dilakukan dalam sembahyang.
Fikiran tidak melayang ke tempat lain, fikiran hanya tertumpu kepada perbuatan dan apa yang diucapkan sahaja. Apabila semua terpusat pada sembahyang, bermakna hati batin telah menyertai sembahyang dari awal sampai salam.
Penyebab dari Hudhurul Qalb ialah Himmah (
perhatian yang sepenuh dan tekad kuat untuk mencapai suatu cita-cita yang tinggi ). Hati akan selalu mengikut himmah. Datangnya himmah hanya pada tempat-tempat yang diberi sepenuh perhatian.
Himmah itu tidak akan menuju kepada sembahyang,selagi tidak timbul kesedaran bahawa tercapainya tujuan utama hidup bergantung pada sembahyang. Di situ letaknya iman dan kepercayaan bahawa akhirat adalah lebih utama dan sembahyang adalah wasilah (sebagai alat dan usaha) untuk menuju akhirat.
Setelah timbul kesedaran ditambah pula pengetahuan betaoa remehnya dunia, maka kesannya hati batin akan khusuk kepada Allah S.W.T.


 
Tafahhum

Tafahhum adalah keupayaan mengerti makna bacaan dalam sembahyang. Dengan kata lain hati batin memahami ucapan dan permohonan doa dalam sembahyang.
Tafahhum dalam sembahyang hanya dapat dicapai melalui tumpuan fikiran dan curahan perhatian yang terus-menerus untuk "menangkap" sesuatu makna dalam sembahyang.
Hendaklah menghilangkan bayangan dan angan-angan yang melintas didalam kepala ketika sembahyang yang menimbulkan kesibukkan fikiran (fikiran menjadi kacau) adalah dengan cara membuang punca atau sumber-sumber penyebabnya ( yang menarik hati ) yang berlegar didalam fikiran.


Sabda Rasulullah yang bermaksud,
" Barang siapa yang menyukai sesuatu, pasti selalu menyebutnya".
 ( Hadis riwayat Abu Nuaim dan ad-Dailami )

Sesuatu atau seseorang yang dicintai akan menjadi ingatan dan datang menjunam kedalam hatinya tanpa dapat dielak atau dicegah. Oleh sebab itulah orang yang mencintai selain dari Allah S.W.T, fikirannya tidak pernah jernih.
TingkatanTafahhum antara seseorang tidaklah sama orang yang satu dengan yang lain tidaklah sama penertian dan fahamannya tentang makna ayat-ayat Al-Quran yang dibaca serta tasbih yang diucapkan. Terdapat banyak makna indah dan lembut yang dapat difahami oleh orang yang sedang sembahyang.

Rajaq

Rajaq adalah harapan kepada Allah S.W.T. Harapan kepada makhluk tidak sama dengan harapan kepada Allah S.W.T. Seorang hamba Allah yang mendirikan sembahyang sepatutnya mengharap ganjaranNya atas sembahyangnya itu, sebagaimana ia takut akan hukumanNya kerana kelalaiannya dalam sembahyang.
Sebab timbul (muncul)
Rajaq (harapan) kerana makrifat kasih sayang Allah S.W.T serta makrifat tentang
luthf, kedermawanNya, pemberianNya yang melimpah ruah dan keindahan ciptaanNya.


Rajaq juga disebabkan keyakinan akan kebenaran yang terdapat dalam firman-firman Allah S.W.T. Dalam Al-Quran telah tercatit iaitu janji syurga bagi orang yang mendirikan sembahyang.Setelah keyakinan akan janji Allah S.W.T yang disertakan makrifat tetang luthf dan kasih sayangNya, maka tumbuhlah harapan (rajaq) kepada Allah S.W.T.

Hayaq

Hayaq (rasa malu) adalah perasaan yang berada di luar takzhim, haibah dan rajaq. Punca atau sumber hayaq kerana melakukan dosa atau lalai menyebabkan ibadat kurang sempurna. Dalam diri seseorang boleh jadi wujud takzhim, haibah dan rajaq tetapi tanpa hayaq, kerana tidak sedar bahawa dirinya telah berbuat dosa atau lalai semasa beribadat kepada Allah S.W.T.

Hayaq atau rasa malu wujud kerana ibadat sembahyang dirasakan kurang sempurna. Juga wujud kesedaran bahawa dirinya tidak dapat melakukan takzhim (pengagungan dan penghormatan) kepada Allah S.W.T dengan cara yang sebaik-sebaiknya iaitu yang sesuai dengan keagungan Allah S.W.T.

Perasaan seperti itu (rasa malu) makin mendalam bila terdapat penyakit pada hati batin, seperti sifat kurang ikhlas dan suka kepada kenikmatan dunia. Boleh juga disebabkan penyakit was-was.

Ditambah pula kesedaran tentang betapa tingginya keagungan Allah S.W.T, betapa hebat ilmuNya yang meliputi rahsia dari gerak yang terlintas dalam hati manusia. Bila hal-hal seperti itu tertanam dengan teguh dalam hati akhirnya muncul perasaan malu atau disebabkan
Hayaq.

Dari petikan karya Imam Al-Ghazali

No comments:

Ada baik dibaca juga.....