23 May 2012

Jasa bukan untuk dibalas


Jasa bukan untuk dibalas
By Editor • May 15, 2009

Oleh IZHAR SYAFAWI

… Pada tahun 1905, masyarakat Melayu Kelantan menjadi gempar dengan sebab “telah jatuh di dalam negeri sahaya satu pekerjaan yang pelik, tiada pernah jatuh lagi dahulunya, iaitu datang seorang nama Haji Encik ´Id bin Haji Jamaluddin Linggi ke Kelantan mengajarkan ilmu tarekat Ahmadiyah.” …

Demikianlah antara salinan isi warkah daripada Raja / Sultan Kelantan, bertarikh 14 Ramadan 1323 (bersamaan 12 November 1905) yang diutus “kepada orang tua sahaya, Wan Ahmad bin Haji Wan Din al-Fatani”, seorang tokoh ulama besar Alam Melayu yang menetap di kota Mekah.

Haji Encik ‘Id yang dimaksudkan itu ialah Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris. Dikenali juga dengan panggilan al-Syeikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi. Datuknya, Haji Idris, anak Hajah Rahimah binti Khatib Musa dikenali sebagai seorang yang alim. Hampir separuh daripada usianya dihabiskan di kota ilmu Mekah kerana menuntut ilmu. Haji Idris berketurunan campuran Minangkabau-Bugis Linggi. Ini kerana isteri Khatib Musa yang bernama Zalikha adalah anak seorang pembesar di Kampung Semabuk, Minangkabau.

22 May 2012

Tuhan Merahmati Cinta







Sekiranya terdapat seorang lelaki dan perempuan saling mencintai antara satu sama lain, perbuatan itu tidaklah salah menurut agama. Perasaan cinta itu bukanlah dibuat-buat sebaliknya telah ditanam oleh Allah S.W.T. Ketahuilah bahawa cinta itu mulia dan suci.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang bercinta dan merahsiakannya dan tidak berbuat maksiat kemudian mati, dia akan  masuk syurga."
 (Hadis dipetik dari kitab ad-Durr al-Mantsur fil Ahadis al-Nusytaharah, karangan Imam as-Suyuti)


Abu Nasir as-Sarraj berkata, 
"Sesungguhnya orang yang bercinta akan taat kepada orang yang dicintai."
Kecintaan di sini termasuklah cinta seorang makhluk kepada Tuhannya. Dia akan mentaati sepenuhnya perintah Tuhan tanpa mempersoalkannya. Suami isteri yang saling mencintai juga begitu. Hayatilah cinta Rasulullah s.a.w dan Sayidatina Khadijah r.a. Tidak kira siapa yang berada di hadapannya, Rasulullah s.a.w tetap akan mengenangkan Khadijah dan menceritakan kisahnya kepada mereka. Sabda Nabi s.a.w "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menanamkan rasa mahabbah di dalam kalbuku terhadap Khadijah."


Petikkan dari Majalah Q&A

06 May 2012

Maqam-maqam dalam Tasawuf

Terdapat 8 maqam yang perlu ada dalam diri seseorang itu untuk mencapai Makrifat.

  1. Maqam Taubat
  2. Maqam Sidq
  3. Maqam Zuhud
  4. Maqam Sabar
  5. Maqam Fakir
  6. Maqam Tawakal
  7. Maqam Reda
  8. Maqam Syukur
Apakah yang dimaksudkan dengan "maqam"?
Maqam pula ialah pencapaian adab yang tertinggi oleh seorang sufi, natijah daripada mujahadah dan usaha keras sehingga melahirkan sifat sabar, natijah daripada latihan sabar. Zuhud pula adalah daripada latihan memikirkan kesan balasan hasil perbuatan sendiri dan lain-lain lagi. 
[Sebahagian daripada ulama tasawuf mengatakan bahawa maqam itu ialah taubat, syukur,raja', khauf, zuhud, tauhid,tawakal dan mahabbah.]


Petikkan dari buku
Soal jawab A-Z tentang Tasawuf tapi anda tiada tempat untuk bertanya...
Oleh Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri
Terbitan Telaga Biru.

http://www.telagabiru.net.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=375:soal-jawab-a-z-tentang-tasawuf-tapi-anda-tiada-tempat-untuk-bertanya&catid=45:buku&Itemid=339

Ada baik dibaca juga.....