22 May 2012

Tuhan Merahmati Cinta







Sekiranya terdapat seorang lelaki dan perempuan saling mencintai antara satu sama lain, perbuatan itu tidaklah salah menurut agama. Perasaan cinta itu bukanlah dibuat-buat sebaliknya telah ditanam oleh Allah S.W.T. Ketahuilah bahawa cinta itu mulia dan suci.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang bercinta dan merahsiakannya dan tidak berbuat maksiat kemudian mati, dia akan  masuk syurga."
 (Hadis dipetik dari kitab ad-Durr al-Mantsur fil Ahadis al-Nusytaharah, karangan Imam as-Suyuti)


Abu Nasir as-Sarraj berkata, 
"Sesungguhnya orang yang bercinta akan taat kepada orang yang dicintai."
Kecintaan di sini termasuklah cinta seorang makhluk kepada Tuhannya. Dia akan mentaati sepenuhnya perintah Tuhan tanpa mempersoalkannya. Suami isteri yang saling mencintai juga begitu. Hayatilah cinta Rasulullah s.a.w dan Sayidatina Khadijah r.a. Tidak kira siapa yang berada di hadapannya, Rasulullah s.a.w tetap akan mengenangkan Khadijah dan menceritakan kisahnya kepada mereka. Sabda Nabi s.a.w "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menanamkan rasa mahabbah di dalam kalbuku terhadap Khadijah."


Petikkan dari Majalah Q&A

No comments:

Ada baik dibaca juga.....