Sifat-sifat tubuhnya yang mulia.
Daripada Ali bin Abi Talib k.w.j. berkata,
"Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang sendinya besar. Terdapat bulu yang jelas dari dada sehingga pusatnya. Apabila berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun dari tempat yang tinggi.Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan Baginda, sama ada sebelum (baginda lahir) mahupun selepas (baginda meninggal dunia)".
(Riwayat at-Tirmizi)
Kesayangan manusia (sahabat) terhadap Nabi Muhammad s.a.w menyebabkan segala apa mengenainya lebih-lebih lagi sifatnya telah disurat dan dirakamkan dalam semua kitab, Sunanulsitta khususnya dalam Al-Zarqani dan Al-Syama' al-Imam al-Tarmidzi r.h. Hasil dari itu maka seorang manusia muslim dengan segera dan tidak teragak-agak akan dapat mengenali baginda Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w di kurniakan sebatang tubuh yang tegap dan kacak (Murabba' Al-Qamah) cahaya kulitnya putih kemerah-merahan. Ukuran tingginya seimbang dan sederhana, bila melangkah berjalan, maka seakan menurun dari tanah tinggi kata sahabtnya. Rapi dan penuh dengan kesungguhannya.
(Keadaan ini selain dari sebab-sebab bentuk tubuhnya yang tegap dan sihat maka ianya mencerminkan hasrat jiwanya yang tidak pernah kekosongan. Ada orang yang berbadan tegap dan rangkanya menggerunkan. Namun hentakkan kakinya tidak bermaya dan tidak tentu arah sahaja. Bila diajak bercakap, jelas nampak rupanya jiwa dia kosong, tidak punya program hidup sebeb itu dia merayau-rayau membawa kaki sahaja. Bagi Muhammad s.a.w setiap detik umurnya penuh tepu dengan kerja. Maka anggotanya pun turut hidup dan menghayunkan rentak yang aktif).

.jpg)