12 September 2012

Ya Rasulullah kami ingin berkenalan dengan mu!!



Sifat-sifat tubuhnya yang mulia.



Daripada Ali bin Abi Talib k.w.j. berkata,
"Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang sendinya besar. Terdapat bulu yang jelas dari dada sehingga pusatnya. Apabila berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun dari tempat yang tinggi.Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan Baginda, sama ada sebelum (baginda lahir) mahupun selepas (baginda meninggal dunia)". 
(Riwayat at-Tirmizi)


Kesayangan manusia (sahabat) terhadap Nabi Muhammad s.a.w menyebabkan segala apa mengenainya  lebih-lebih lagi sifatnya telah disurat dan dirakamkan dalam semua kitab, Sunanulsitta khususnya dalam Al-Zarqani dan Al-Syama' al-Imam al-Tarmidzi r.h. Hasil dari itu maka seorang manusia muslim dengan segera dan tidak teragak-agak akan dapat mengenali baginda Rasulullah s.a.w. 

Rasulullah s.a.w di kurniakan sebatang tubuh yang tegap dan kacak (Murabba' Al-Qamah) cahaya kulitnya putih kemerah-merahan. Ukuran tingginya seimbang dan sederhana, bila melangkah berjalan, maka seakan menurun dari tanah tinggi kata sahabtnya. Rapi dan penuh dengan kesungguhannya.
(Keadaan ini selain dari sebab-sebab bentuk tubuhnya yang tegap dan sihat maka ianya mencerminkan hasrat jiwanya yang tidak pernah kekosongan. Ada orang yang berbadan tegap dan rangkanya menggerunkan. Namun hentakkan kakinya tidak bermaya dan tidak tentu arah sahaja. Bila diajak bercakap, jelas nampak rupanya jiwa dia kosong, tidak punya program hidup sebeb itu dia merayau-rayau membawa kaki sahaja. Bagi Muhammad s.a.w setiap detik umurnya penuh tepu dengan kerja. Maka anggotanya pun turut hidup dan menghayunkan rentak yang aktif).



Wajahnya cantik berseri dan sentiasa senyum, mempunyai perwatakan menarik. Pernah sahabat-sahabatnya menatap wajahnya lama-lama kemudian menengadah kelangit merenung bulan purnama untuk menentukan mana satu yang lebih berseri. Di tengahnya terpacak sebatang hidung yang comel tirus memancong. Kerongkongnya matanya terpahat luas menampakkan bulatan mata hitamnya dengan jelas. Bahagian putinya yang terpaut sekeliling menambahkan lagi seri wajahnya. Dari atas melebat turun rambut-rambut hitam berikal mayang mencecah bahu. Janggutnya yang hitam dibiarnya tumbuh dengan galaknya bagi menampakkan sikap kelakian yang arif agaknya. Bila panjang menjulur lebih dari segengam jarinya terus dipotong, serta dipesan oleh baginda supaya umatnya juga berbuat begitu, supaya kamu mempunyai watak dan sahsiah muslim yang tidak serupa dengan kafir musyrik.

Giginya tersusun gagah. Tentang putih bersihnya jangan ditanya kerana bersugi itu besar pahala mengikut ajarannya. Dan baginda sendiri sangat acap kali bersugi sampai saya bimbang takut giginya haus ujar isteri baginda Rasulullah s.a.w. Bau mulutnya yang manis-manis anak itu membuatkan orang suka duduk berdekatan baginda Rasulullah s.a.w ketika berkata. Yang anih bau peluhnya jua begitu. Pernah seorang perempuan tua, Ummu Aiman menyiapkan sebotol kecil, nasib-nasib dapat menyimpan peluh baginda Rasulullah s.a.w didalamnya.

Di atas dadanya yang luas bidang itu terdapat banyak bulu-bulu gagah. Arus suburnya menali turun kebahagian bawah perutnya. Manakala perutnya tidak besar berlabu tapi kemas dan sama kempis dengan bahagian dadanya. Di bahagian belakang di celah dua tulang kipasnya menimbul sebiji butir sebesar telur burung kecil bertulis Allah dan dikenali sebagai "Mohor Kenabian". Mengikut cerita maka butir ajaib inilah menyebabkab seorang Padri di Negeri Syam menggesa bapa saudaranya Abu Talib yang sedang menjalankan urusan perniagaan bersama Nabi yang masih berumur 12 tahun itu supaya cepat membawa balik ke Mekah, jangan sampai ketara oleh Yahudi berdebah disini.


Pada dasarnya Islam menerima kebenaran mimpi dengan syarat-syarat yang tertentu. Dia adalah ssatu-satunya saluran ghaib yang masih baki untuk manusia meninjau-ninjau ke alam seberang sana. Kerana kenabian sudah tamat, apa yang baki ialah khabar-khabar gembira atau mimpi salih yang dapat dilihat oleh seorang mukmin, 
Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang bermimpi melihat aku setelah aku mati, maka seolah-olah dia melihat aku sewaktu aku masih hidup, kerana syaitan tidak akan berdaya meniru contoh rupaku."

Wallahualam....

Petikan dari :
Satu analisa ditulis oleh Ibnu Azhari al-Kelantan
dan dipanjangkan oleh Dato' Syeikh Hj Mohd Murtadza bin Syeikh Hj Ahmad
Mantan Mufti N.Sembilan 

No comments:

Ada baik dibaca juga.....