19 October 2012

Sifat Wa Muqawwimat al-Muslim

Sifat dan ciri-ciri seorang muslim 
oleh Sheikh Muhammad Fauzi dari Mesir
Siri I

Pertama
Jasmani Yang Kuat
  • Mencegah penyakit dengan segera membuat pemeriksaan menyeluruh. Mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan yang perlu bagi diri dan keluarga serta membuat pencegahan awal
  • tidak berlebih-lebih dalam hal makan minum. Mengamalkan adab-adab makan minum dan amalkan puasa sunat.
  • Menjaga kebersihan menyeluruh sama ada pada badan, pakaian dan tempat tinggal. Melakukan sunat-sunat yang difitrahkan seperti memotong kuku, bersugi dan lain-lain.
  • Mengawal keinginan syahwat dan memelihara anggota badan dari melakukan maksiat.
  • Menjaga waktu-waktu tidur dan tidak berlebih-lebihan.
  • Senantiasa membuat aktiviti riadah berserta wirid-wirid yang sesuai dengannya, dan mengikut peraturan yang betul ketika bergerak dan berhenti.
Amalan baik jika kita mengikhlaskan niat, dalam hal ini keseluruhannya nescaya kita akan beroleh pahala ibadah dan catatkan sebagai orang yang melakukan ibadah.


Kedua 
Akhlak Yang Mantap
  • Bersifat benar, antara lain gambaran benar dalam melaksanakan agama ialah tanpa bersifat dengan sifat nifaq, dusta dan bermuka-muka sebagaimana yang disebut dalam firman Allah S.W.T        
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ                   
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.(Surah at-Taubah:119)
  • Benar dalam percakapan, tidak sayugia seorang pendakwah itu berbohong dan sering menggunakan percakapan tauriyyah iaitu bercakap dengan sesuatu yang difahami oleh orang lain tetapi berbeza pula dari yang dimaksudkannya.
  • Benar dalam perlakuan, iaitu melakukan sesuatu dengan ikhlas, semata-mata kerana Allah dan bersih daripada sifat Riya' dan melakukan pujian sebagaimana friman Allah S.W.T 
قُلِ اللَّهَ أَعْبُدُ مُخْلِصاً لَّهُ دِينِي                                                      Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya.
(Surah al-Zumar :14)

Ulama salaf meriwayatkan perihal seseorang yang apabila dia memberikan peringatan-peringatan lalu ramai manusia yang mendengarnya menangis sehingga hinggar-bingar dan kedengaran ratapan. Sedangkan ada seorang yang lain yang mengajar dalam majlis ilmu, beliau seorang yang alim dan palinga kuat beribadat tetapi tidak seorang pun di kalangan pendengarnya yang tersentuh dan menangis. Lalu anaknya bertanya tentang hal itu. Jawab orang soleh itu: "Wahai anakku, tidak sama antara ratapan orang yang kematian anak dan ratapan orang yang diupah".

  • Sifat Sabar. Sabar adalah pasangan bagi sifat yaqin. Firman Allah S.W.T :

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ 

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.(Surah as-Sajadah:24)

Sabar jua pasangan kejayaan Firman Allah S.W.T :
 إِنَّهُ مَن يَتَّقِ وَيِصْبِرْ فَإِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ                    

Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.(Surah Yusuf:90)                                                                        

Ketahuilah bahawa kejayaan itu ada bersama kesabaran. Masa adalah sebahagian daripada proses rawatan. Jesteru setiap pendakwah janganlah terburu-buru mengharap kejayaan dan hasil sebaliknya bergantunglah dengan Allah dan berusaha. Seorang yang menginginkan zuriat perlu melahirkannya, jika ingin melahirkannya perlu mengandung, jika mengandung maka tidak terlepas dari kesakitan.

  • Merendah diri. Sebagaimana firman Allah S.W.T :

اَ تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَى مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجاً مِّنْهُمْ وَلاَ تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ

Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu) dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin).

(Surah al-Hijr :88)

Firman-Nya lagi: 
بِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ 
 فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى 
اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِين

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
 (Surah ali-'Imran:159)

Seorang pendakwah perlu menjadikan sifat rendah diri sebagai bekalan bersama-sama orang lain atau ketika bersama teman,terutama kepada para ulama, Syeikh, dan pendidiknya sehinggalah dikatakan : "Jika kamu melihat seorang yang fasiq sedang kamu seorang yang kelihatan baik janganlah kamu berbangga sebaliknya pujilah Allah kerana melepaskan kamu daripada ujian sifat yang buruk itu. Dan ingatlah senantiasa bahawa dikhuatiri amalan kamu yang baik itu rosak disebabkan adanya sifat Riya' dan Ujub. Kadang-kadang orang yang melakukan dosa itu menyesal, kecewa dan takut terhadap kesilapan yang dilakukannya yang menjadi sebab dosanya diampunkan oleh Allah S.W.T".


Ketiga
Menguasai Ilmu
Firman-Nya: 


فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ وَلَا تَعْجَلْ بِالْقُرْآنِ مِن قَبْلِ أَن يُقْضَى إِلَيْكَ وَحْيُهُ وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْماً



Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku". (Surah Taha : 114)

Firman Allah:

 يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ  خَبِيرٌ

........supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
(Surah al-Mujadalah:11)

 Firman Allah:

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(Surah Al-Fatir:28)

Dr Yusuf al-Qardhawi menjelaskan antara senjata para pendakwah selain daripada iman dan akhlaq yang ketika ialah senjata ilmu dan keilmuan. 
  1. Al-Quran
  2. Sunnah Nabi
  3. Fiqh
  4. Aqidah
  5. Tasawuf
  6. Sistem Islam
  7. Pengetahuan sejarah
Para pendakwah juga dituntut supaya mempelajari ilmu akhlak dan ilmu pendidikan.



Keempat
Kemampuan Berusaha
Peandakwah yang tidak bergantung dengan sesuatu yang pada tangan manusia lain akan disenangi. Pendakwah perlu haloba untuk mencari segala yang telah dijanjikan oleh Allah sebagaimana firman-Nya:


لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْاْ رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نُزُلاً مِّنْ عِندِ اللّهِ وَمَا عِندَ اللّهِ خَيْرٌ لِّلأَبْرَارِ
Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).(Surah ali-Imran:198)


Firman Allah S.W.T :


وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ قَلِيلاً مَّا تَشْكُرُونَ

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.



Kelima
Ibadah yang Sempurna
Firman Allah S.W.T:


لَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحاً إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـهٍ غَيْرُهُ إِنِّيَ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ
Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat)"(Surah al-A'raf: 59)


وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah al-Nahl:36)

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ
Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.
(Surah al-Anbiaa':92)


وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".
(Surah al-Anbiaa':25)

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(al-Fatihah:5)

قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.(Surah al-An'am:162)


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.(Surah al-adz-Dzaariat:56)

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?(Surah Muhammad:24)


لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعاً مُّتَصَدِّعاً مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.(Surah al-Hasyr:21)

Keenam
Bermujahadah

Antara firman-Nya:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.(Surah al-Ankabut:69)

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. (Surah al-Hijr:99)

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلاً
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.(Surah al-Muzammil:8)




Petikkan dari buku
Sifat dan Ciri-ciri Seorang Muslim Siri I
Diterbitkan oleh
Jabatan Mufti Negeri Sembilan







No comments:

Ada baik dibaca juga.....